Wednesday, March 9, 2011

Calon Jodoh Untuk Adik 9

BAB 9
Aku tidak tahu apa yang ada di dalam fikiran kakak sehingga dia benar-benar melakukankannya. Aku tak pernah jangka yang Kak Ina akan mengambil kira soal Abang yang ingin mengenenkan Ee buatku itu menjadi terlalu serius di dalam hidupnya. Aku ingat cerita itu habis setakat semalam sahaja tetapi rupanya ada sambungan sampai ke hari ini. Tanpa menunggu masa yang lama Kak Ina telah menetapkan janji temuku dengan teman lamanya. Kak Ina pantas!! Sepantas Soyuz yang membawa Dr. SMS naik ke ISS aku rasa.
Dengan tindakan drastik Kak Ina itu tidak semena-mena aku lebih teruja untuk berjumpa dengan Ee dari berjumpa dengan date yang Kak Ina aturkan hari ini. Berpengaruh sungguh yer Ee itu. Aduhai Kak Ina. Melecetnya lebih!
Aku memang sayangkan Kak Ina walaupun mulutnya agak jahat dan selalu membuatkan tahi telingaku mencair setiap kali mendengar dia membebel di tepi telinga, aku akan lebih sayangkannya jika dia berusaha untuk menolong aku mencari kerja yang lebih baik dan bergaji lebih tinggi dari bekerja sebagai jurujual di Courts Mammoth. Ini mahu membantu mencari lelaki yang boleh dijadikan bakal suami pula. Aku masih muda. Sikit bulan lagi umurku akan menginjak ke angka 23 tahun. Aku belum mahu berkahwin kerana aku masak pun tak tahu lagi. Percayalah!!
Aku seperti lembu dicucuk hidung. Tidak boleh nak menolak. Tidak boleh berkata tidak.
Mentang-mentang selama ini hampir seluruh maintenance hidupku ketika masih belajar dan menganggur dahulu ditanggung oleh Kak Ina sewenang-wenangnya dia memaksa aku melakukan benda-benda yang paling aku tidak suka. Konon-konon sebagai membalas jasa.
Perlukah aku bertemu dengan lelaki yang ingin dia kenalkan kepadaku yang masih single and available ini dengan memakai baju kurung kain cotton dan mekap melekat di muka sana-sana sini. Aku terasa aku diperlakukan seperti badut sarkas. Selalu aku hanya suka mengenakan celak mata berwarna hitam atas bawah alis mata sahaja. Tapi kerana mengikut telunjuk Kak Ina, mataku seperti mata burung nuri. Warna-warni!! Kuning ada. Hijau ada. Macam dekat petrol pam jugak!!
Atas desakan Kak Ina, aku berada di sini hari ini pada hari cutiku. Di tengah-tengah Secret Recepi menanti lelaki yang telah Kak Ina tetapkan untuk bertemujanji denganku hari ini. Hatiku sedikit gementar. Aku tidak tahu bagaimana rupanya lelaki yang ingin Kak Ina perkenalkan kepadaku. Mujur juga Kak Ina turut sama menemani aku. Kalau tidak, aku rasa aku dah lama lari dari sini. Tak kuasa eh nak bertemu janji buta-buta macam ni. Semua itu mana boleh pakai!
Arrgghh.. Aku sudah menanti hampir satu jam tetapi kelibat lelaki ini tidak juga muncul.
“kak, Ris paling pantang tau pada orang yang tak tau nak punctual.” Aku mula merungut. Bencinya aku pada orang yang tak pandai menepati waktu. Mintak maaflah. Awal-awal lagi markah buat lelaki yang belum aku temui itu telah aku tolak satu.
“Sabarlah. Mungkin jammed. Kita mana tahu masalah orang. Kita order brownies pulak nak?” Kakak yang turut sama kelihatan gelisah cuba mengumpan aku dengan brownies sementara mahu menanti calon pilihannya yang nombor dua itu tiba.
“Ngee.. Tamaulah.” Kataku laju. “Kak, lama-lama ni Abang Sharul tak bising ker?”Soalku pula. Sudah hampir dua jam aku dan kakak keluar. Aku risau pula abang iparku itu akan bising nanti jika isteri kesayangannya itu pulang lewat.
“Tak apa. Dia pergi mancing dengan abang.” Kata Kak Ina bersahaja.
Aku melopong. “Boboy dengan gegirl.”
“Rumah opah diorang.” Kata Kak Ina sambil tersengih.
Aku mengetap bibir. Senangnya kakak. Suka-suka hati sahaja meninggalkan anak di rumah mertua sedangkan dia boleh bersenang lenang keluar.
“Ris, Ris, dia dah datang.” Kata Kak Ina seakan teruja melihat kehadiran teman lamanya itu. Kak Ina meminta aku untuk membetulkan kedudukanku dan memperkemaskan diri apabila lelaki itu semakin menghampiri kami..
Aku menoleh kebelakang selepas membetulkan baju kurungku ini serba sedikit. Mataku terpana sebentar melihat susuk tubuh lelaki itu. Aku lihat lelaki itu. Lelaki yang sama aku jumpa di McDonald hari itu. Tidak seperti aku yang terkejut beruk, dia kelihatan biasa sahaja. Boleh tersenyum lagi. Okey. Satu markah buat senyuman yang manis itu. J
“Hai Encik Fariz. Mari saya kenalkan. Inilah adik saya. Seri Arisa.” Kakak mula memperkenalkan aku kepada temannya yang bernama Fariz itu.
“Siti Nur Haliza?” Kata Fariz buat-buat tidak dengar dengan kata-kata Arina tadi.
Kak Ina hanya ketawa mendengar jenakanya itu. Aku pula sekadar tersenyum tawar. Lawak lelaki bernama Fariz ini langsung tidak membuatkan aku rasa seperti mahu ketawa. Kalau lawak sebegitu sudah basi untuk diperdengarkan kepada aku kerana ramai manusia telah menggunakan lawak yang sebegitu kepadaku semenjak Siti Nurhaliza menang AJL pada tahun 1995 melalui lagu Jerat Percintaan. Tahun tu aku masih bodoh-bodoh jugak sebab Anuar Zain yang kena ikat tangan pun tak kenal!
Melihat aku yang langsung tidak beriaksi dengan jenakanya membuatkan Fariz seperti malu sendiri. “Seri Arisa.” Kataku cuba membetulkan sebutannya. Aku tidak mahu memalukan Kak Ina di depan temannya ini. Kak Ina awal sudah bagi amaran keapdaku agar menjaga tingkah di depan temannya ini kerana Fariz bukan sebarangan orang. Fariz bekas bos Kak Ina semasa Kak Ina menjalani latihan praktikal di Jabatan Perkhidmatan Awam dulu. Dulu Fariz hanyalah pegawai kerajaan skim PTD M41 sahaja. Sekarang dia sudah menjawat gred yang lebih tinggi. Gred M48. Kakak kata gaji mencecah lima ribu ringgit sebulan dan telahpun memilih opsyen pencen apabila bersara kelak. Ada rumah sendiri dan memandu Nissan Sentra berwarna hitam. Walaupun rumah dan kereta masih dalam pinjaman bank, tetapi menurut kiraan kakak, sebelum pencen pasti dua-dua hutang itu akan selesai. Silap-silap hari bulan sempat membeli rumah banglo sebagai rumah kedua pula. Kelebihan Kak Ina yang paling aku kagum. Kak Ina kalau buat research pasal seseorang pasti dia akan buat sungguh-sungguh. Semua benda dia akan korek dalam-dalam. Gayanya Encik Fariz ini calon yang paling sesuai untuk aku pada mata Kak Ina. Aku sendiri? Entah. Tak ada feeling langsung.
Sepanjang tempoh pertemuan aku lebih banyak mendiamkan diri. Kak Ina pun Kak Ina. Dia kata mahu perkenalkan Encik Fariz kepadaku. Tapi aku rasa dia pula yang over. Rancaknya Kak Ina dan Encik Fariz bercerita itu ini sampaikan aku rasa aku macam tunggul ajer di tengah-tengah mereka berdua. Tahulah sudah lama tidak bertemu, tapi perlukah buat episode jejak kasih di sini. Di hadapan aku yang bagaikan telah disumpah menjadi tunggul kayu antara mereka.
“Kak..” Aku cuba mencelah dibalik perbualan kakak dan Encik Fariz yang masih lagi rancak.
“Apa dia?” Soal Arina.
“Nak pergi tandas.” Kata si tunggul kayu ini perlahan sambil bermuka ketat.
“Errmm…” Arina membalas dengan gaya bersahaja. Selepas itu dia menyambung semula perbualan yang terhenti akibat dari gangguan aku tadi.
Aku meminta diri untuk ke tandas sebentar. Sepanjang perjalanan ke tandas tidak henti-henti mulutku menggumam sendiri dengan sikap Kak Ina yang bagai telah lupa dengan tujuan utamanya membawa aku ke sini. Aku sudah terasa seperti membuang masa. Kalaulah cuti hari Sabtu ini aku duduk dirumah sambil menonton filem Shah Rukh Khan di dalam slot Panggung Sabtu di TV3 pasti lebih menarik kut dari duduk menjadi tunggul di tengah-tengah Kak Ina dan Encik Fariz. Menyesal!
Selesai urusan pelaburan di tandas aku kembali semula. Aku lihat hanya Encik Fariz sahaja yang berada di meja kami. Kak Ina pula sudah ghaib. Sudah…
“Kak Ina mana?” Soalku ketika melabuhkan punggung.
“Ina dah balik. Boboy dan Gegirl dah meragam.” Jawab Fariz bersahaja.
Mataku membulat mendengar jawapan Encik Fariz. Kak Ina kan.. Sengaja!
“Kalau macam tu saya pun nak balik jugaklah.” Kataku seraya mengangkat punggung.
“Eh. Ina aturkan pertemuan ni untuk kenalkan awak dengan saya. Lagipun awak minta cuti hari ini pun memang untuk berjumpa dan berkenalan dengan saya kan. Kita tak sempat nak berkenalan lagi. Takkan awak nak balik dah.” Fariz cuba menahanku dari pergi. Kakiku terhenti.
Benaran!
Kelmarin atas usahaku menahan telinga mendengar ceramah dari supervisorku akhirnya hari ini aku dibenarkan untuk bercuti juga. Jarang supervisor mahu memberi cuti kepada kakitangannya pada hujung minggu. Lagipun mana ada seorang sale person pun mahu bercuti time Sabtu atau Ahad pada waktu seluruh orang gomen mendapat gaji. Komisen yang boleh diperolehi pada hari Sabtu Ahad adakala macam menang loteri.
Aku lihat pandangannya matanya. Seperti mengerti apa yang dia harapkan aku kembali duduk.
“Saya ingatkan Encik Fariz lebih berminat untuk bersembang dengan Kak Ina jer.” Kataku sinis ketika melabuhkan punggung kembali.
Fariz ketawa kecil mendengar sindiran ku itu. “Arisa nak makan apa-apa lagi ker?” Dia bertanya.
Aku menggeleng kepala. “Tak apa. Saya dah terlebih makan pun semasa menunggu Encik Fariz datang tadi.” Jawabku terus terang.
“Okey. Jadi kita nak mula dari mana?” Fariz memulakan.
Aku lihat wajah Fariz yang beriak bersahaja. “Mula apa?” Aku bertanya kembali kerana kurang faham apa yang disoalnya.
“Kita nak berkenalan, jadi saya nak tau kita nak mula dari mana.” Terang Fariz.
“Owwhh…” Mulutku bulat. Aku tersengih. Nampaknya dia jenis lelaki yang straight forword. Menyoal pun tidak ada kias-kias dan bunga-bunga. “Encik Fariz lah cerita pasal Encik Fariz dulu.” Aku menyuruhnya memulakan dulu.
“Biasa ladies first.”
“Tak apa. Tu semua dah basi. Kita buatlah cara kita.” Ujarku.
“Nama saya Syed Mohd Fariz bin Syed Mohd Omar. Umur 35 tahun. Anak ke dua dari empat beradik. Saya anak lelaki tunggal dalam keluarga. Berkerja sebagai kakitangan awam. Masih bujang.”
Aku menelan air liur mendengar Fariz bercerita tentang dirinya. Tang umur ada masalah sikit. 35 tahun? Tu lebih tua dari abang tau!! Lupakah Kak Ina pada kreteria laki-laki idamanku yang pernah aku nyatakan kepadanya dahulu. Lelaki idamanku perlulah mempunyai perbezaan umur sekurang-kurangnya setahun dengan aku atau paling tidak tua lima atau enam tahun sahaja. Kak Ina ni ada ke patut mengadjust pakcik tua untuk aku. Aku hampir mencecah 23 tahun. Beza kami 12 tahun!
“Saya Arisa. Umur nak dekat 23 tahun. Anak bongsu. Saya kerja di Courts Mammoth. Sales person.” Kataku senada sengaja mencipta suasana hambar kerana aku tidak berkenan mahu berkenalan dengan lelaki yang tua pada perkiraan beza umur 12 tahun.
“Owhhh…23 tahun.” Kata Fariz bersahaja.
Fariz kulihat mengangguk-anggukkan kepalanya. Aku fikir dia sudah mengagak seorang perempuan yang berpakaian sepertiku pasti berada dilingkungan umur yang sebegitu.
“Sales person?” Dia bertanya. Mengangak itulah jawatan paling sesuai untuk aku di Courts Mammonth.
Aku mengangguk lantas berkata dengan bangga. “Kalau nak beli tv lcd besar ker, plasma besar ker, home theather besar ker boleh datang jumpa saya.”
Fariz tertawa besar mendengar kata-kataku itu. “Ina cakap awak berminat menceburi bidang perniagaan.” Dia berkata.
Aku menelan air liur. Sehingga ke situ pun Kak Ina ceritakan kepada dia. “Sekarang mungkin tidak. Tapi mungkin nanti-nanti saya bakal bergelar bisnesswoman yang Berjaya.” Aku sekadar menjawab.
Dia ketawa lagi setelah mendengar jawapanku yang mungkin agak kreatif. “Single?” Dia bertanya lagi.
Kali ini aku hanya mengangguk kepala. Aku memang seorang perempuan yang baru kehilangan kekasih akibat dicaras teman baik sendiri.
“Single and available?” Fariz masih lagi menyoal aku.
“Lebih kurang.” Jawabku malas.
“Bagus!”
Suara Fariz yang sedikit kuat untuk jawapan yang aku berikan pada soalan terakhirnya itu membuatkan aku sedikit terkejut. Mukaku berkerut. Cuba menafsir riaksinya tadi. “Bagus?” kataku lebih kepada nada menyoal. Keningku terangkat.
“Bagus sebab tak ada siapa yang akan mengganggu kalau awak dan saya masih single dan available. Jadi kita boleh mulakan dengan langkah pertama. Sudi jadi kekasih saya?”Aku melopong mendengar kata-kata Fariz. Siapa nak jadi girlfren dia. Tak mahu aku. Baru pertama kali bertemu sudah mahu declare pakwe-makwe.
“Encik Fariz awak dah tersilap okey. Saya setuju jumpa awak hari ini sebab Kak Ina yang suruh saya berkenalan dengan encik. Berkenalan jer. Bukan suruh terus jadi kekasih encik tau.”
Kata-kataku yang kedengaran cukup jujur dan tidak pandai nak menipu membuatkan dia ketawa besar.
“Saya main-main sahajalah. Saya tahu awak baru putus cinta. Bukan senangkan nak bikin cinta baru.” Katanya bersahaja.
Mataku membuntang. Pasti kak Ina telah bercerita secara detail diri aku. Pengalaman aku putus cinta pun Kak Ina canangkan jugak.
“Macam-macam jugak Kak Ina dah cerita kan pada awak.” Kataku.
“Sikit-sikit. Saya yang minta Ina ceritakan sedikit sebanyak tentang orang yang dia nak perkenalkan pada saya. Saya dah lama tak jumpa Ina. Saya pun tak tahu dia dah berkahwin. Saya dan Ina pun berjumpa semula di dalam Facebook asalnya. Dari situlah dia mula promo pada saya yang dia ada seorang adik yang masih single. Bila saya lihat gambar Ina bersama awak baru saya tahu awak adik Ina. Saya masih ingat wajah awak semasa kita berjumpa di Mcd dulu.” Ujarnya.
“Laa.. Yer ker. Maknanya awak tahulah saya adik Kak Ina yang nak Kak Ina kenalkan tu.”
Fariz mengangguk.
“Awak agak manis apabila memakai baju kurung. Nice.” Katanya.
Aku tersenyum malu mendengar kata-katanya. Dia bijak memuji.
“Errmm… Jomlah kita balik. Dah lama kita kat sini.” Kataku setelah agak lama aku dan dia bertukar cerita.
“Okey. Saya hantar Arisa.”
“Eh.. Tak apalah. Saya boleh balik sendiri.”
“Jangan macam tu. Ina amanahkan saya untuk menghantar awak selamat pulang ke rumah. Saya tak boleh nak mungkir janji.” Kata Fariz jujur.
Aku tidak ada pilihan. Aku angguk sahajalah. Dia orang baik-baik. Buat apa nak takut. Seperti yang Kak Ina maklumkan kepadaku, memang Nissan Sentra hitam yang mneghantarku sehingga ke rumah.



Enjoice!

Eila

4 comments:

hajar said...

nk lagi.... ngeeeee....

Anonymous said...

heronya sapa nih..... dah bab 9 masih tak de hero ke.... hee..hee

xana said...

best..ngee~~
yup..saya doakan semua hasil kaarya akak dicetakkan.aminnnn...boleh buat koleksi..huhu..

-KaMi- said...

macam xckup je entry kali ni...
smbung lg..
xsaba nk tau spe ee 2.. cpt2