Wednesday, February 23, 2011

Calon Jodoh Untuk Adik 8

Aku masih lagi tekun membantu Kak Ina di dapur. Kacang botol dan timun yang telah dibersihkan aku potong-potong kecil supaya mudah di makan dengan nasi. Hari ini ada aktiviti makan-makan. Setiap bulan inilah aktiviti yang kami biasa lakukan. Cuma bulan lepas sahaja tiada aktiviti makan-makan kerana Abang ada kerja di luar. Aku sudah berada di rumah Kak Ina sejak semalam lagi. Maklumlah, aku bukankah bekerja part time sebagai orang gaji Kak Ina.
Di luar Abang dah Abang Shahrul sedang sibuk memanggang ikan terubuk. Bau aroma rempah yang dilumur di sekeliling ikan terubuk itu benar-benar membangkitkan selera. Kelebihan Kak Ina yang membuatkan Abang Shahrul semakin hari semakin menyayangi Kak Ina adalah kerana kebolehan Kak Ina untuk memasak segala jenis masakan. Aku bangga dengan Kak Ina kerana di awal perkahwinannya, Kak Ina bukan pandai masak pun. Masak nasi pun selalu sahaja hangit, master hanyalah meggie-kari-telur-gegar sahaja. Kini, dia sangat hebat. Macam Chef Diva!
“Mummy, abah dah siap masak ikan.” Beritahu Boboy.
“Apasal muka macam ni Boy…” Kata Arina seraya membersihkan muka Boboy yang sedikit hitam dengan kertas tisu. “Ni main apa ni Boy…..Mesti main dengan arang ni.” Bebel Arina tidak habis-habis.
“Sudahlah Kak Ina. Jom kita bawa semua ni ke depan. Makan kat pondok depan tu kan.” Kataku tidak mahu mendengar lagi suara Kak Ina membebel marahkan Boboy.
“Yerlah. Ris bawak semua ni keluar dulu. Kakak nak tukarkan baju Boboy sekejap.” Kata Arina memberi arahan.
“Okey.” Aku akur. Sayur pucuk ubi masak lemak aku senduk ke dalam mangkuk. Begitu jugak dengan daging masak kicap dan sayur campur. Bawang kecil, cili padi dan tomato yang telah siap dihiris-hiris diperahkan asam limau dan kicap cap kipas udang sebagai pencicah ikan bakar pun sudah siap sedia. Aku angkat satu persatu ke hadapan sementara kakak memandikan Boboy. Di bilik air tingkat atas, masih kedengaran suara Kak Ina membebelkan Boboy. Kak Ina kalau sekali membebel memang payah berhenti.
Kami semua sudah berkumpul di atas pondok kecil di laman rumah Kak Ina dan Abang Shahrul. Semua makanan sudah siap berhidang. Selang beberapa minit muncul Kak Ina dan Boboy. Kelihatannya mata Boboy membengkak sedikit. Masih kedengaran Boboy yang tersedu sedan ketika mendapatkan abahnya. Abang Shahrul cepat-cepat memujuk anak kecil itu. Aku fikir, pasti teruk Boboy kena marah dengan mummynya tadi. Entah-entah kepit ketam Kak Ina kena di badannya.
Selesai membaca doa kami semua makan dengan berseleranya ditambah lagi dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, semuanya makan bertambah dua tiga kali. Cuma abang sahaja yang kelihatan agak kurang berselera.
“Sikitnya makan abang. Selalu abanglah orang paling last sekali habis makan.” Kataku apabila melihat abang sudah mencuci tangan pada paip di tepi pondok.
“Haahlah Abang Mer. Tambahlah lagi.” Kata Shahrul pula. Dihadapan ahli keluarga dia akan menggunakan kata ganti diri Abang Mer kepada Azmer sebagai tanda hormat. Tapi apabila lepak-lepak berdua dia dan Azmer lebih senang untuk menggunakan kau aku sahaja.
Azmer sekadar mempamerkan senyuman segaris. “Dah kenyang. Tadi sebelum datang ke sini abang dah makan dengan Ee.” Beritahu Azmer.
Arina mencebek. “Tak habis-habis dengan Ee.” Ngomelnya ketika menyuap nasi ke mulut Gegirl.
“Ee ada dekat rumah ke hari ini. Kenapa tak ajak dia makan sekali.” Sahut Sharul pula sengaja mahu menggiat isterinya.
Mata Arina membuntang. Suami dan abangnya selalu begitu. Itulah perkara yang paling dia tidak suka kenapa perkara itu yang seringkali mereka persendakan.
Serentak dengan itu Azmer dan Sharul sama-sama meletus ketawa.
Aku menjadi pelik melihat mereka bertiga. Ini sudah kali ke berapa aku mendengar nama Ee itu. setiap kali nama Ee disebut, pasti Kak Ina naik berang.
“Saper Ee tu abang?” Kataku ingin tahu.
“Kawan abang dengan Abang Shah.” Beritahu Azmer.
“Kenapa Kak Ina marah sangat setiap kali nama Ee naik?” Aku bertanya lagi. Tiba-tiba aku berminat pula untuk mengetahui gerangan nama Ee itu.
“Mana ada kakak marah. Meluat ajer.” Sampuk Arina menyangkal kata-kata Arisa.
Kata-kata Arina itu sekali lagi mengundang tawa kecil Azmer dan Shahrul.
“Ris nak berkenalan dengan Ee tak? Dia baik.” Kata Azmer tiba-tiba.
Aku merenung abang.
“Abang jangan pandai-pandai nak kenenkan Arisa dengan Ee tu. Ina tak setuju.” Kata Arina. “You pun yer…” Sambungnya lagi menuding telunjuk ke arah Shahrul yang tersengih-sengih menyokong usul abang iparnya itu.
“Ris pun yer. Banyak lagi lelaki lain kat luar sana. Tak payah nak hadap sangat Ee tu.”
Aku memandang pelik kea rah kakak yang tidak berhenti membebel. Aku pun kena?
“Apa ni nak marah-marah orang pulak. Tak cakap apa pun.” Kataku tidak puas hati. Aku tidak tahu hujung pangkal jalan cerita pun apa sebenarnya sengketa mereka dahulu.
“Apa salahnya dengan Ee. Sekurang-kurangnya abang tahu yang Ee boleh jaga Arisa dengan baik kalau mereka bersama.” Selar Azmer. Kadang-kadang dia rasakan Arina terlalu berlebihan memarahi Izlan seperti ini. Jika bukan kerana usaha Izlan yang murni itu, tidak mungkin jugaklah Arina akan menemui bahagia dengan Shahrul sehingga ada anak dua. Kenapa hal yang lama perlu dipanjang-panjangkan. Ada benarnya kata-kata Izlan. Kaum wanita biasanya dikuasai emosi.
“Jangan nak mengada. Ris jangan terima usul abang tu. Kalau betul Ris nak cari calon, kakak boleh kenalkan yang lebih baik, yang lebih ganteng, yang lebih hebat dari Ee.” Tukas Arina.
“Sudahlah. Abang Mer dengan Kak Ina ni. Dari hari tu bertekak bila sebut jer nama Ee. Ris tak perlukan mana-mana lelaki pun setakat ni okey. Come on lah. kasi canlah Ris enjoy dulu. Lagipun terburu-buru buat apa.” Kataku mahu menamatkan perdebatan mulut antara Abang dan Kak Ina.
Azmer mempamerkan senyumannya. “Abang sengaja jer bergurau. Kita bukan selalu berkumpul ramai-ramai macam ni. Takut nanti dah tak ada peluang lagi nak berkumpul bergurau adik beradik macam ni.” Ujar Azmer rendah.
Aku dan Kak Ina berpaling melihat tepat ke wajah abang.
“Apalah Abang Mer ni. Bukan setiap bulan ker kita berkumpul macam ni.” Ujar Shahrul seraya menepuk bahu Azmer. Ada segaris senyuman payah terukir dibibirnya.
Azmer tersenyum hambar. “Yerlah. Aku tahu. Tapi aku kan sejak dua menjak ni sebuk ajer. Manalah tahu tak ada peluang nak berkumpul macam ni.” Tipu Azmer.
“Abang ni apalah! Kalau bulan depan abang sibuk, kita kan boleh postpone bulan depan lagi. Kalau bulan depan lagi abang sibuk. Kita boleh postpone ke bulan bulan depan lagi. Kalau sibuk jugak, kita boleh postpone……….”
“Bulan…bulan…bulan depan lagi…” Sahut mereka semua.
Kami semua ketawa senang hati di dalam pondok. Senang hati kerana perut kenayang. Dan jugak ada yang senang hati bila cerita Ee mati di situ sahaja.

Layanlah kisah Abang Ee nih!

Luvs,
Eila

5 comments:

mama_ariana09 said...

tk ada plak ee kat entry ni,,hehehe

hajar said...

akhirnya... :))

nacha said...

jd ke nak 'pow' abg EE tgk concert Maher Zain? b'day akak sure meriah & gempaq kalo abg EE nak sponsor tgk concert Maher Zain. hahaha..

-KaMi- said...

siapakah ee 2??
masih menjadi tanda tanya ni.. smbung

SyUhAdA said...

ee tu izlan la kan?