Friday, May 6, 2011

Calon Jodoh Untuk Adik 10

“Memancing di kolam ikan berbayar ni bukanlah sesuatu aktiviti yang paling aku suka.” Ngomel Izlan sambil tangannya melontar mata pancing ke dalam kolam untuk sekian kalinya. Sudah berjam-jam dia di sini, tetapi mata kailnya masih lagi belum mengena. Kenapa ada manusia yang sanggup menjadikan aktiviti memancing sebagai hobinya sedangkan ianya terlalu membosankan. Bagai menanti buah yang tidak gugur.
“Shhhuuushhhhhh!!!!!!” Azmer dan Sharul sama-sama meletakkan telunjuk di bibir. Isyarat agar Izlan duduk diam-diam.
Izlan berdecit. “Tengok. Sudahlah kau orang memaksa aku datang ke sini lepas tu suka-suka pulak menyuruh aku diam.” Bising Izlan lagi. Suaranya kuat sedikit.
“Shhhussssssssssssshhhhhhhhhh.” Sekali lagi Azmer dan Shahrul serentak mengisyaratkan agar Izlan diam.
Izlan mengeluh lemah. Inilah satu-satunya aktiviti yang paling dia tidak boleh masuk dengan mereka berdua. “Korang tau tak aktiviti memancing ni tak akan dapat hilangkan bosan aku tau!” Gumam Izlan. Dia mencangkung di hadapan kolam. Masih ada sedikit harapan agar adalah seekor ikan yang akan mengena umpanya nanti.
“Heyy….Ee.. Kau senyap boleh tak. Macam mana kail kau tak mengena kalau dari tadi kau asyik membebel ajer.” Marah Shahrul yang mula bosan dengan bebelan Izlan yang dari tadi tidak henti-henti.
“Kalau aku tahulah macam ni punya bosan memancing, baik aku duduk di rumah sambil menonton hantu kak limah balik rumah!” Izlan membebel lagi. Tangannya meraba ke dalam bakul bekalan yang dibawa oleh Sharul. Roti Gardenia di dalamnya di ambil. Dia makan roti tawar itu bersama air mineral.
“Kau kata kau bosan duduk rumah, aku ajak lah kau ke sini. Lagipun dah lama kan kita nak pergi memancing sama-sama.” Sahut Azmer yang masih setia menanti mata kailnya mengena.
“Entah kau ni pun Ee. Cer kalau aku ajak memancing perempuan tentu kau tak akan membebel macam ni kan. Mesti muka tu ada senyum sentiasa.” Sedas Sharul pedas.
“Korang ni kenapa. Masing-masing nak cari salah aku. Berapa kali aku nak cakap, bukan aku yang cari perempuan-perempuan tu. Mereka jer yang menagih sedikit kasih sayang dari aku.” Izlan membela diri.
“Yerlah kau tu. Kau pun pantang. Melayan ajerlah.” Ujar Shahrul yang sememangnya kurang berkenan dengan perangai Izlan yang satu itu.
“Aku melayan supaya orang tak chop aku sebagai abang sombong. Tengok sekarang, bila tak ada yang menagih kasih, kan aku relek ajer boleh melepak dengan korang. Jadi terbukti. Bukan aku yang mengejar perempuan. Tetapi perempuan yang suka mengejar aku.” Terang Izlan dengan panjang lebar lagi.
“Sudahlah kau. Ikan dalam kolam ni pun tak lalu nak mendengar pujian kau terhadap diri kau tu sendiri. Perasan.” Selar Sharul yang sudah malas mahu melayan perasan Izlan itu. Sebelum Izlan mengaku dirinya sekacak Aaron Aziz baiklah dia berhenti dahulu.
Izlan mengekek ketawa mendengar rungutan Sharul itu. “Kau ni Shah, semenjak kahwin dengan Ina mulut pun dah 2x5 jer dengan dia. Main sembur ajer mana tempat tak kira masa.” Kata Izlan masih ketawa.
Giliran Shahrul pula mencebek apabila diperli oleh Izlan.
“Ina tak bising Shah kau keluar memancing lama-lama ni.” Sampuk Azmer yang baru teringat bahawa mereka telah berada di sini sejak pagi tadi. Sekarang pun sudah menginjak ke petang masih lagi belum menunjukkan tanda mahu pulang.
“Owhhh.. Tak, dia keluar dengan Ris tadi. Anak-anak pulak sejak semalam aku sudah eksport ke rumah mak aku.” Kata Sharul.
“Keluar dengan Ris?” Azmer mengerut dahi.
“Haah.” Sharul mengangguk. “Katanya nak kenalkan teman lamanya ketika praktikal dulu dengan Arisa.” Sharul menyambung.
“Hahh…” Mata Azmer membulat. “Maknanya…”
“Adjustlah tu…….” Sampuk Izlan.
Azmer mengeluh berat. “Ina ni… Entah saper-saperlah yang dia kenalkan pada Arisa tu.” Keluh Azmer. Dia ingat lagi, sebelum ini pun Ina ada mengkenenkan Arisa dengan teman lamanya juga, tetapi apa sudah jadi. Arisa sendiri yang datang mereport yang calon Ina itu tak boleh pakai. Belum apa-apa sudah pandai main pegang-pegang.
“Dah tentulah Ina akan kenalkan dengan lelaki yang baik-baik. Aku pasti tu.” Kata Sharul.
“Yer kalau baik. Kalau tak?” Azmer sangsi lagi untuk calon yang kali ini.
“Kau memang takut yer adik kau dekat dengan mana-mana lelaki. Dulu kau ingat aku tak tau ker yang kau selalu ajer bagi warning pada boyfriend-boyfriend Arisa.” Selar Sharul mengingatkan kembali setiap tindak tanduk Azmer yang dirasakan terlalu mengongkong kehidupan Arisa. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Jika bukan kerana Arisa jenis yang keras kepala, pasti tidak warna warni hidup budak seorang itu jika kalau mahu buat apa sahaja kena ikut pantang larang dari abangnya.
“Aku warning sebab aku tak mahu diorang main-mainkan Arisa. Aku warning sebab aku nak diorang boleh fikir dua tiga kali sebelum buat adik aku kecewa.” Kata Azmer tentang relevan setiap tindakan yang diaturkan untuk melindungi seorang adik perempuan.
“Dan mungkin sebab warning-warning kau tu lah Adik kau asyik kecewa ajer dengan lelaki-lelaki itu.” Balas Shahrul. Salah satu penyebab kenapa ramai sangat lelaki yang takut nak mendekati Arisa adalah kerana Azmer. Kalau tidak Arisa bukanlah kategori wanita teruk sangat pun sampai boleh ada pengalaman lima enam kali putus cinta!
“Macam yang Ina cakap, dah memang mereka semua tu hampeh. Aku tak nafikan. Arisa berkawan main redah jer. Tak pandang kiri kanan. Yang dia tahu muka hensem, jambu itu yang dia berkenan.” Gumam Azmer. Perbualan mereka bertukar serius. Mata kail sudah tidak dipedulikan lagi.
“Kau nak lelaki yang macam mana yang boleh jaga Arisa?” Soal Shahrul.“Macam kau boleh jaga Ina cukuplah. Aku bukan apa, aku nak bila aku tak ada nanti, akan ada lelaki yang baik yang boleh bimbing, yang boleh sayang Arisa macam mana aku sayang dia.”
Shahrul mengeluh. Pandangannya dilemparkan ke tengah kolam. Dia tidak ada benda yang ingin dikatakan lagi.
“Kau ni nak ke mana ni Mer?” Izlan mencelah apabila keduanya sudah terdiam. “Tak adalah kemana. Cuma kalau boleh, biarlah orang yang bersama Arisa nanti lelaki yang aku kenal. Yang aku tahu hati budinya.” Balas Azmer tenang.
“Tak apalah Mer. Kalau kau tak ada nanti, aku ada. Aku boleh jadi abang pada adik kau tu. Hahaha… Anytime aku boleh jaga. Aku suka adik-adik angkat ni.” Izlan berseloroh. Keningnya menari ronggeng.
Kata-kata Izlan itu membuatkan baik Azmer mahupun Shahrul tersentak. Keduanya memandang tepat ke muka bersahaja Izlan yang masih lagi laju memasukkan roti tawar ke dalam mulut.
“Betul kau boleh jaga Arisa. Betul kau boleh sayang arisa, Ee.” Azmer menyoal bertubi-tubi. Inginkan kepastian.
“Untuk kau. Anything! Anytime!” Seloroh Izlan dengan yakin lagi.
“Kau boleh jaga dia untuk aku Ee.” Azmer serius.
Izlan menjadi tidak sedap hati. Dia main-main jer.“Ermm.. Kau ni Mer…….. Janganlah serius sangat.” Kata Izlan terkebil-kebil. Dia tersengih panjang.
“Pancing aku Shah. Pancing aku.” Jerit Izlan apabila melihat mata kailnya bergerak. Dia dan Shahrul terus menarik mata kail itu naik ke atas. Rezeki dia akhirnya. Seekor ikan tilapia yang telah mengena.
Di satu tempat di hujung sana, Azmer melepaskan keluhan lemah lagi.

3 comments:

hajar said...

hehe... akhirnya... ade gak n3 baru... best2... post la lagi.

Unknown said...

adakah azmer akan meninggalkan dunia yg fana ini & izlan kene tunaikan kate2nye itu? huaaaa~ saspendednye!

cArBOnAtE S0Da said...

bila la izlan nk jmpa ngan arisa.. bes je dpt abang cam 2..