Wednesday, May 13, 2015
KERETA KANCIL, PROTON SAGA : BAB 7
Bab 7
Hari ini aku memang terlebih semangat. Bukan aku sahaja, Naimah juga. Makcik ni sanggup tuang kelas hari ini
semata-mata nak teman aku pergi ke pejabat GTV.
Aku tahu, Naimah bukan nak sangat teman aku, tapi lebih kepada niatnya
mahu mencuci mata melihat personaliti-personaliti GTV yang bersepah-sepah dekat
sana. Macamlah aku tak tahu perangai
Naimah.
Aku sampai di GTV dalam pukul 7.30 pagi. Nasib baik kami keluar awal, kalau tidak
pasti akan tersekat di dalam kesesakan lalu lintas. Aku parkir Kancil comelku itu di tempat
parkir pelawat. Semasa keluar dari perut
Kancil mataku terlihat Proton Saga yang sangat aku kenali itu. Aku cam sangat Proton Saga ini tambah-tambah
lagi apabila melihat bumper belakang yang masih rongak dan masih terdapat kesan
calar balar. Gulpp… Aku telan air liur. Dah kenapa Saga ini pun turut ada di
sini. Aku tak mahu dah jumpa mamat
stereng lock itu. Aku harap haluan aku
dan dia berbeza. Ngee… Aku panjat doa dalam hati semoga aku tak
jumpa mamat tu di sini.
Sebaik sampai di lobi GTV aku dan Naimah disambut mesra oleh
Encik Bon. Encik Bon membawa aku dan
Naimah naik ke tingkat lima. Katanya
penerbit program sudah tidak sabar mahu berjumpa denganku. Sepanjang perjalanan ke pejabat penerbit, aku
telah terserempak dengan beberapa orang selebriti GTV. Aku sangkakan aku yang akan kelihatan jakun
apabila bertemu dengan mereka tetapi keadaan terjadi sebaliknya. Mereka pula yang terlebih excited bertemu
denganku. Bayangkanlah pembaca Berita
Dunia Jam 12 Suhaimi Osman yang legend itu pun beriya-iya mengajak aku selfie
bersama bila dia mengecam wajahku dengan gadis Kancil yang malang itu adalah
sama. Aku tengok Suhaimi Osman ni baca
berita dekat tv dari aku kecil kut!
Aku sempat bergambar dengan empat lima orang staff lain
juga. Melihat kepada sambutan yang aku
terima di sini, aku jadi terharu pula.
Aku dapat rasakan aku akan mempunyai masa depan yang cerah di GTV. Mungkin impak populariti yang datang kepada
ku secara mengejut ini membuatkan GTV berminat mahu menawarkan kerja di
sini. Kalau betul la seperti apa yang
aku bayangkan, kecil tapak tangan, airport KLIA aku tadahkan. Tangan dah tak sabar nak hantar surat resign
ke Alaudin and Co.
“Silakan.” Encik Bon
mempersilakan aku dan Naimah masuk sebaik sahaja dia membuka pintu bilik
penerbit kepada kami.
“Owhh…. Awek
Kancil. Silakan… Silakan…”
Kedatanganku disambut dengan mesra.
“Saya Nancy. Salah seorang
penerbit yang selalu memberi ratings yang tinggi kepada GTV.” Wanita itu memperkenalkan dirinya
kepadaku.
Aku cuma mengangguk-angguk padahal aku pun tidak tahu
rancangan mana yang pernah wanita ini terbitkan. Aku mana pernah kisah siapa penerbit sesuatu
rancangan di tv tu.
“Awek Kancil…”
“Dian… Nama saya
Dian.” Aku memperkenalkan diriku
kepadanya. Apa kes duk Awek Kancil, Awek
Kancil dengan aku dari tadi. Kalau Awek
Ferrari ker, Awek Lamboghini ker, Awek Porcshe ker, sedap juga aku dengar.
“Owhh… I’m
sorry. Lupa pula nak tanya nama you
tadi. You tahu tak Maimunah….”
“Cik Nancy, Dian.
Nama saya Dian Harlina. Bukan
Maimunah.” Sekali lagi aku betul kan namaku.
Suka-suka hati tukar nama aku sebagai Maimunah pulak dah.
“Tak kisahlah Maimunah ker, Fauziah ker, yang I tahu I
excited sangat hari ni sebab I dapat juga jumpa dengan you, Latifah.”
Aku mengetap bibir apabila sekali lagi Nancy salah sebut
namaku. Kali ini namaku jadi Latifah
pula. Aku mengerling kea rah Naimah yang
sedang berusaha menahan ketawa dari meletus kuat.
“Come…come… I know
you mesti datang. Siapa yang tak mahu
jadi popular kan.” Ujar Nancy.
Melihat kening Nancy yang sedang menari ronggeng itu
membuatkan aku jadi penasaran mahu mengetahui projek yang ingin dia
jalankan. Aku tidaklah hadap sangat mahu
jadi popular tapi kalau popular senang sikit nak buat duit. Kut yer aku tidak ada apa-apa bakat, paling
tidak dengan populariti yang aku raih, aku mungkin boleh dilantik menjadi duta
sabun susu kambing!
“Cik Nancy nak bincang pasal projek apa dengan saya?” Aku menyoal.
Nancy ketawa devil.
Kuat. Bergema di dalam bilik
ini. Dia mengajak aku dan Naimah duduk
di atas sofa empuk di ruang tengah biliknya.
“Sabar. Kita tunggu seorang
lagi. Dia keluar pergi tandas sekejap
tadi.” Ujar Nancy. “Panjang umur. Baru sebut dah datang.” Sambung Nancy merujuk kepada seseorang yang
baru masuk ke dalam bilik ini.
Aku berpaling ke arah pintu bilik. Mulutku ternganga luas melihat figura yang
berdiri di hadapan pintu. Doaku sewaktu
melintasi proton saga tadi tak dimakbulkan tuhan. Orang yang aku tak mahu sangat jumpa sekarang
betul-betul berdiri di hadapanku. Dia
tenang. Aku yang gelabah. Apakah projek yang dimaksudkan oleh Nancy
tadi adalah projek sidang media untuk memberitahu satu Malaysia kejadian yang
sebenar??!!
“Encik Waliuddin, mari sini saya kenalkan dengan Cik
Azizah…”
“Cik Nancy, Dian Cik Nancy.
Dian Harlina.” Aku menggetus
geram. Sekarang Azizah. Aku tak tahu lepas ni nama siapa pulak yang
Nancy akan sebut.
“Wali.
Waliuddin.”
Lelaki itu memperkenalkan dirinya kepadaku. Gaya macho habis. Aku sengaja tunjuk muka kekwat. Lelaki itu masih lagi tenang. Ewahh.. cool pulak dia. Mementang dekat stesen tv pandai pulak buat
cool. Hari tu bukan main kau kan sanggup
nak menghayun stereng lock pada seorang awek!!
“Okey. Memandang kamu
berdua pun dah ada di sini, I pun tak sabar dah nak bincang pasal projek
terbaru yang I nak terbitkan.” Nancy
memulakan mukadimah. “I akan terbitkan
satu program reality….” Ujar Nancy.
“Program reality?”
Aku memintas kata-kata Nancy.
Nancy menganggukkan kepalanya.
“Yes. Program ini
akan berkisahkan apa yang berlaku selepas peristiwa kereta kancil dan proton
saga tempoh hari. Dan I mahu kamu berdua
yang menjadi teraju utama untuk program reality I ini.” Ujarnya lagi.
Mataku terbeliak tapi mamat kat sebelah aku ni relek
ajer. Mungkin dia relek sebab inilah
masanya untuk dia nak bagi tahu satu Malaysia yang aku adalah pesalah yang
sebenarnya.
“Saya tak mahu. Saya tak setuju.” Kataku tegas.
Serentak itu Naimah menyiku lenganku.
“Kau lepak dulu boleh tak.
Tanya lah dulu berapa yang dia nak bayar.” Dia berbisik ditepi telingaku. Aku cuma buat tidak tahu pada bisikannya itu.
Siapa mahu kisah pasal duit. Maruah diri lagi penting. Lagipun program yang Nancy nak terbitkan itu
tidak mendatangkan apa-apa manfaat pada penonton. Lagi menambahkan program sampah yang sudah
terlalu banyak lagi itu adalah!
“Kita akan buat program ini sebanyak 20 episod. Dan both of you akan dibayar RM5000 untuk
setiap episode.” Tanpa diminta Nancy
menjelaskan lagi.
Aku agak terdiam dengan jumlah yang dinyatakan oleh
Nancy. Satu episode RM5000. Kalau 20 episod, bermakna aku akan dapat
RM100000. Aku mula membuat kira-kira.
“Beb, RM100000
tu. Takkan kau nak tolak.” Naimah berbisik lagi di telingaku. Nadanya seperti seorang penghasut.
“Saya setuju. Asalkan Cik Nancy boleh bagi saya RM30000
sebagai bayaran pendahuluan.” Tenang
Wali bercakap.
Aku mengalih pandang pada Encik Stereng Lock itu. Wahh!!!
Nampaknya lelaki ini bersungguh benar mahu terlibat dengan program
sampah ini. Tidak perlu fikir panjang
pun terus bersetuju.
“Saya tak mahu. Saya
taknak jadi bahan ketawa masyarakat.”
Aku bangun dari duduk dan terus berlalu menuju ke pintu pejabat. Memang RM100000 cukup besar jumlahnya tapi
kalau terpaksa mengadap muka mamat tu hari-hari tak dapat RM100000 pun tidak
mengapa. Aku bukan terdesak sangat nak
pakai duit.
“Dian sekejaplah.”
Naimah terkocoh-kocoh mengikut dari belakang. “RM100000 beb RM100000.” Hasut Naimah lagi. Dian masih sempat mahu mengubah fikirannya
sebelum RM100000 diberikan kepada orang lain.
“Kau ingat aku hairan sangat ker dengan RM100000.” Kataku sedikit angkuh sebelum tombol pintu
aku pulas. Sebaik pintu terbuka mataku
terpaku melihat wajah yang muncul dihadapanku.
“Sorry, Nancy. I
lambat sikit. I harap discussion ni tak
habis lagi. Bila ajer I manager I bagi
tahu you offer I untuk terlibat dengan projek you ni I terus tak sabar nak
start shooting. Siapa tak mahu kerja
dengan penerbit yang hebat dan kreatif macam you ni kan.” Katanya sambil berlalu dihadapanku. Mataku menyorot pandang pada langkah lelaki
itu. Eddy Kencana a.k.a Suhardi
Suparjo!!
“I pun tak sabar nak mulakan shooting program ni tapi nampaknya
kita ada masalah. Calon main cast kita
baru tarik diri.” Nancy bersuara sambil
mata mengerling ke arahku. Eddy Kencana
pun terlibat sama?!!
“Cik Nancy, mana ada saya tarik diri. Tadi tu saya Cuma nak ambil masa berfikir
ajer sama ada setuju nak terlibat atau pun tidak.”
Kening Nancy naik sebelah.
Aku tersengih-sengih sahaja. “Sekarang
saya dah habis fikir. Saya setujulah
untuk terlibat dengan program ni.”
Beritahuku sambil tersipu-sipu malu.
“Betul awak setuju.”
Nancy menyoal inginkan kepastian.
Pantas aku mengangguk laju.
Gila tak nak setuju. Peluang
untuk hari-hari bertemu dengan Eddy Kencana, haruslah aku setuju.
“Good. Kalau macam tu
kita boleh sign kontrak sekarang. Minggu
depan boleh mula shooting. Kerja?”
“Kerja.”
“Mintak cuti dua bulan.”
“Okey!!” Dan semudah
itu aku setuju untuk semua arahan dan rancangan Nancy. Tidak mengapalah kena hadap muka Mamat
Stereng Lock tu selama dua bulan. Aku
tak rugi pun malah akan dapat keuntungan berganda. Aku dapat RM100000 dan jugak dapat spent time
banyak masa dengan Eddy Kencana!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Best!!! Ad sambungan tak cite nie? Bila nak sambung lagi?
MR.MAY
sangat menarik sekali, terimakasih banyak...
Post a Comment