Tuesday, August 4, 2009

2 X 5 Bab 7

Koyop dah bertampal di kiri kanan dahi. Bau minyak angin cap kapak sudah seharum semerbak di seluruh segenap bilik. Dia masih terbaring lesu. Puan Hamidah yang masih lagi setia memicit kepala anak dara seorang ni sekadar menggeleng perlahan. Tak tau apa ke halnya Syakirin cukup allergic dengan bau buah durian.
“Mak kenapa hari ini semua orang jadi sangat kejam. Masak semua makanan yang ada kena mengena dengan durian.” Rengek Syakirin perlahan. Punyalah tadi dia bertabah ajer menahan bau tempoyak yang boleh buat dia jadi migraine tiba-tiba. Kalau tak pasal ada tetamu yang berkunjung di rumah dia tadi, rela ajer tahan bas Parit Interprise tu pergi makan tengah hari dekat TKK. Mana tidaknya, emak dan Mak Ton masak, gulai tempoyak ikan patin, sambal tempoyak masak, ikan kembung bakar tu pun turut sama dilumur dengan sambal tempoyak. Apa yang dia nak makan selain makan sayur kangkung belacan tu ajer. Tak cukup dengan lauknya, bubur pulut hitam kegemaran dia pun emak main bantai letak ulasan durian jugak dalam tu. Sungguh dianak tirikan betul. Menangis sekuat hati dalam hati ajer tadi bila hari ini memang jadi vegetarian. Yang lain semua makan bukan main lagi. Tambah-tambah lagi Zaim. Ushhh… Habis hati sungguh tengok mamat ni menyudu kuah tempoyak dengan mencolek timun ke dalam sambal tempoyak. Tak kira makan dekat rumah orang, Zaim tetap makan bertambah tiga kali.
“Mana ker gayanya nanti ni Nur Syakirin. Zaim tu mak tengok bukan main lagi berkenan dengan gulai tempoyak. Kamu pulak jangankan nak makan, baunya ajer dah boleh buat nak pengsan.” Kata Puan Hamidah.
“Zaim tu memanglah mak. Tolak batu, kayu dengan besi ajer yang dia tak telan. Yang lain semua sumbat.” Balas Syakirin. Matanya dipejamkan sejenak. Mahu menikmati kenikmatan apabila kepala diurut oleh emak.
“Hish kamu ini.” Puan Hamidah memukul lembut bahu anaknya. “Ada ker cakap macam tu.” Katanya lagi.
“Yerlah. Betul apa.” Syakirin menjawab.
“ini hah. Tarikhnya dah siap. Mak Ton dengan Pak Midi kamu tu taknak bertangguh-tangguh lagi. Bulan depan bolehlah buat persiapan sikit-sikit. Kad kahwin, mak andam kalau kamu nak buat servey harga dari sekarang pun dah boleh mula dah.” Beritahu Puan Hamidah.
“Errrmmm..” Jawab Syakirin malas.
“Dengar ke tak ni.”
“Dengar…”
Sekali lagi Puan Hamidah menggeleng perlahan.


“Zaim tarikh dah siap tau. Cuti sekolah bulan enam nanti majlis kamu.” Beritahu Hajjah Zaiton kepada anak terunanya yang begitu asyik menonton siaran bola sepak tertunda Arsenal menentang Manchester United di saluran ESPN.
“Ermm…” Zaim sekadar menjawab malas. Mata dan kosentrasinya masih tertumpu pada skrin lcd Sony Bravia di hadapan. Remote controller Astro awal-awal lagi sudah disorok di bawah bantal yang menjadi alas kepalanya ketika ini. Umi bila dah datang dekat-dekat depan tv ni apa lagi. Mesti mahu mengganggu orang lain menonton. Mesti umi tengah get ready nak menonton sinetron Intan dekat Aruna sekarang ini.
“Cher bagi umi remote Astro ni Zaim. Dah dari tadi kamu duk menatap ajer orang main bola ni. Turn umi pulak nak tengok tv.” Kata Hajjah Zaiton sambil badannya terbongkok-bongkok mencari remote controller Astro di tepi cabinet televisyen. Kalau dah sepuluh minit mencari di tempatnya tiada jugak. tidak syak lagi. Tak lain tak bukan. Pasti remote ini telah disorok oleh anak teruna yang tengah tengok bola tu. Tang-tang sekarang ini memang dah time Intan start dekat Aruna. Hal yang macam ni, Hajjah Zaiton sudah pandai mengagak.
“Mana ada Umi.” Zaim cuba berdalih. Alah umi ni. Betul lah tak bagi can.
“Meh sini.” Hajjah Maimon sudah mengunjukkan tangan.
Zaim bingkas bangkit. Remote Astro di bawah bantal dikeluarkan dan dihulurkan kepada Umi. Umi dengan rakus telah menukar kepada chanel kegemarannya.
“Nak kemana tu?” Tanya Hajjah Maimon bila Zaim sudah menuju ke pintu.
“Keluar sekejap. Ambil angin.” Terus ajer dia berlalu keluar dari rumah. Dia duduk di atas buaian besi di halaman rumah. Dari pagar besi dapat dilihat anak dara jiran di rumah hadapan tu turut sama duduk di atas kerusi batu sambil membaca majalah. Pastikan sangat yang anak dara tu tengah baca majalah. Nama pun Syakirin kan. Dari kecil dah kenal budak ni. Tahu ajer yang memang membaca majalah tu adalah hobi tangga teratas dia. Sekejap-sekejap dia melihat Syakirin ketawa. Sekejap-sekejap dia melihat Syakirin tersenyum. Sekejap-sekejap dia melihat Syakirin tersengih. Sah. Tu adalah tu gossip yang menarik perhatian Syakirin tu.
Zaim bersandar di belakang buai. Rambutnya dilurut dengan dua belah tapak tangan. Dia melepaskan keluhan lemah. Sejak dua tiga menjak ini selalu sangat dia mengelus. Dia bukan apa. Tadi ajer dah macam berita ngeri ajer yang umi sampaikan. Cuti sekolah bulan enam nanti majlis akan berlangsung. Maknanya kurang dari lima bulan lagi dari sekarang dia akan memikul tanggungjawab sebagai suami orang. Sekali lagi Syakirin yang asyik sangat membaca majalah itu dicuri pandang. Syakirin manis jugak. siang tadi bila Syakirin pakai tudung lagilah bertambah manis. Dan rasanya kecil-kecil dulu pun budak ni boleh tahan comel jugak dan sememeh jugak dengan hingus yang tak pernah kering dalam lubang hidung tu. tapi entah kenapa hatinya tidak langsung terasa terpikat pada anak jiran di depan rumahnya ini. padahal time kecik-kecik dulu bukan main lagi main kawin-kawin together-gether. Main pondok-pondok pun bersama-sama. Nak kata macam couple olok-olok budak-budak kecil cakap ‘ai-lebiu-yu-lep-mi’ masa masing-masing berak pun emak ayah yang cebukkan tu pun dah biasa. Cuma pada dia itu hanya cerita budak-budak kecil yang tak cukup umur belum panjang akal punya cerita. Bila dah besar panjang menginjak dewasa dia tahu antara dia dan budak perempuan depan rumah tu sekadar teman sepermainan sahaja. cerita dengan budak yang bermain bersama-sama tu pun mati macam tu ajer bila dia pun masuk asrama. Lepas tu jumpa pula dengan seseorang yang dah Berjaya mencuri hatinya. Lagilah dah tak ingat apa-apa pasal budak tu. Kalau ikutkan dia tak adalah nak memilih yang cantik dimata sahaja untuk dijadikan couple time muda walaupun kalau boleh disukat mengikut skala kecantikan antara Sofea dan Syakirin, dia mengaku jugak, Sofea berganda lawanya dari Syakirin. Syakirin tu biasa sahaja Cuma manisnya yang lebih. Sofea pula, memang cantik gadis kacukan anak mami Pulau Pinang yang dah lama bermastautin tetap di tanah Ipoh ini. Tapi itu bukan faktornya dah soal hati ini susah nak ditafsirkan.

Breng!! Breng!!
Bunyi motor EX5 Amir membingitkan suasana malam.
Breng!! Breng!!
Sekali lagi pedal minyak ditekan. Sengaja. Mahu menyakitkan telinga akak.
“Agak-agaklah sikit. Tak Nampak ker akak ada kat sini.” Marah Syakirin. Amir ni sengaja tau. Suka menganggu ketenteraman orang. Apa dia ingat dekat kampong ini rumah abah sebuah ajer ker yang ada. Tu bukan apa tu. Nak menarik perhatian budak Ayu dekat sebelah rumah Mak Ton la tu. Amir pun ada hati nak cop calon orang satu kampong jugak ker.
Amir sekadar ketawa. Muka akak dah berkerut seribu. Dia memang tahu. Akak bukan boleh dengar bunyi motor memekak. Automatic akak pun akan memekak sekali.
Breng!! Breng!!
Plastik twisties yang sudah kosong isi dalamnya direnyuk dan dibaling kea rah Amir yang mengekek ketawa. Apalah maknanya plastic kosong tak berisi itu di baling macam tu. Bukannya boleh sampai pun. Buat mengotorkan laman rumah ajer.
Breng!!....
Panjang bunyi motor Amir.
“Amir!!” Jerit Syakirin. Bengkek betul dengan adik yang dah tumbuh tanduk ni. sudahlah tak lekat dekat rumah. Pantang lepa sikit dia pun lesap. Kalau tak disebabkan motor tu duit tunai aku yang belikan dah lama aku hempuk dengan mertol. Lepas tu pergi hantar timbang kati dekat Jalan Bendahara.
“Apahal ini?” datang satu suara mencelah dari belakang Amir.
Amir tersentak.
Syakirin terkejut.
Zaim ketawa bila melihat expresi muka dua beradik ini iya-iya ajer terkejut dengan kehadirannya yang datang secara tiba-tiba ini.
“Zaim tengok la budak ni. memekak ajer tengah-tengah malam.” Ngadu Syakirin.
“Elleh akak. Mentang future husband ada dekat sini dan-dan nak mengadu.” Amir mencebek. Abang Zaim dia salam.
“Kau main-mainlah. Zaim awak pelangkung sikit budak ni. buat bising satu kampong.” Syakirin membuat pakatan dengan Zaim.
Amir buat muka. Elleh… macamlah aku takut sangat dengan Abang Zaim ni. Abang Zaim dengan aku, aku lagi besar tau. Sikit tak gerun. Akak pun nak carikan aku lawan biarlah kena. Aku ni kategori 80kg. Abang Zaim aku tak tau. Yang aku tau bakal abang ipar ini kurus kering ajer orangnya.
“Lawa motor Mir.” Puji Zaim.
Syakirin membulatkan mata. Terlupa pulak yang Zaim ni dulu masa kecil kaki racing basikal jipang. Agak tak sempat nak merempit motor kerajaan dah hantar pergi oversea sambung degree di sana. La ni dah ada balik dekat sini nanti orang kata dah tua umur masuk tiga puluh tahun tak sedar diri nak pergi merempit di jalan raya lagi ker.
“Biasalah bang. See the leglah sapa tuan dia. Awek berderet tunggu turn nak duduk belakang.” Amir berkata riak. Bangga gila. Tapi tang awek tu dia Cuma tokok tambah ajer. Menyedapkan cerita. Menghebatkan gaya. Padahal sampai sekarang mana ada seorang pun budak perempuan yang pernah duduk dekat belakang ini. Ayu tu. Fuhhh!! Sungguh jual mahal. Haram dia nak pandang motor EX5 ini. Spesies gedik dekat sekolah tu adalah yang rela hati nak naik. Tapi awal-awal say sorry. Dorang tu semua bukan taste dia. taste dia dari dulu sampai sekarang ni tetap jugak Ayuni. Tu ajerlah buah hatinya.
“Ngee.. Keluar muntah hijau akak dengar Mir.” Kata Syakirin jengkel. Perah santan buat pengat betulah Amir ini. Nak ajak Ayu keluar pergi Parade pun sampai sekarang tak Berjaya, lagi mahu nak riak kembang hidung macam tu. Awek berderek konon. Hakkkkk…tui!!
“Satu sikap buruk akak ni abang dia kuat membebel. Abang kena sedia baldi besarlah nanti kalau dah kahwin. Buat tadahan. Sebab Amir confirm, telinga mesti tak tahan dengar mulut makcik ni membebel.” Sengaja Amir menyakat akaknya.
Berdesing telinga mendengar. Amir ni memang nak kena. Jatuhkan saham aku depan Zaim. Siaplah kau Mir. Sebelum balik KL lusa nanti akak sorok kunci motor ni dalam handbag. Bawak balik KL. Tunggulah akak balik baru kau boleh nak merempit lagi.
“Dah-dah masuk. Kau sibuk merempit satu kampong homework tak buat. Pergi. Pergi. Nak periksa tapi main lebih.” Kata Syakirin. Buat-buat tegas.
Amir menjuihkan bibir. Akak tu sajalah tu. Takmo orang kacau dia berasmaradana dengan Abang Zaim dekat tepi pagar. Padahal bukan akak tak tau, kerja sekolah semua dah siap. Ingat EO pencen tu nak bagi keluar ker kalau homework tak siap, kalau buku tak selak. Jangan harap!!
“Okeylah abang. Masuk dulu.” Kata Amir sebelum berlalu. Motornya dituntun masuk ke dalam kawasan rumah. “Akak pun jangan lama-lama. Mana boleh anak dara berembun tengah-tengah malam.” Giat Amir lagi sebelum dia bolos ke dalam rumah.
“Hantu punya budak.” Gumam Syakirin rendah.
“Amir merempit lagi.” Tanya Zaim.
“Entah.” Syakirin menjongket bahu. “Agaknyalah.” Sambungnya kemudian.
“Ishh.. Mana boleh macam tu. Nasihatkanlah dia. kalau minat race dekat track. Jangan buat cara haram. Sepang Curcuit tu cukup besar kalau nak dibuat track berlumba.”
“Amir tu saja ajerlah. Lagipun dah berbuih mulut nasihat. Bukan makan saman. Lagipun dia tu bukan berani pun nak merempit-rempit sangat. Nampak ajer otai tapi penakut. Takut gila dengan abah.” Kata Syakirin diselangi dengan ketawa kecil. Dalam tiga-tiga anak abah, dia seorang ajerlah yang paling selamba buat tak tau ajer dengan garang abah tu. Sebab tu dalam tiga-tiga anak abah dia ajer yang belajar boleh kata takat SPM ajer. Abang lepasan UIA. Mantan student Ahmad Ibrahim Kulliyah of Laws. Amir tu mat rempit dia pun tetap juga best student dekat sekolah. Katanya nak ikut macam abang jugak. Nak jadi lawyer jugak. Gasak koranglah. Syakirin? SPM~1A2, 2B4, 3C6 yang lain cangkul. Hheheheh… Kira okey gak walau tak belajar tinggi mana tu pun. Ada kerja. Kerja tetap. Walaupun sekadar jaga kaunter pembayaran bil di TM Point tu ajer. Okeylah tu. Uniform tip top. Jenama Edmundser gitu. Ingat tukang baca berita TV3 ajer ker boleh pakai suit Edmundser. Orang TMPoint merasa jugaklah.
“Jadi kalau Amir pun takut dengan Pak Majid, sejarah korang adik beradik Kirin ajerlah yang kebal dengan Pak Majid yer.”
“Mana tahu?”
Dah Nampak songsangnya. Boleh bajet dah. “Instinct.”
Syakirin ketawa kecil. “Bagus jugak. Belum apa-apa dah ada instinct. I like!!”
“Nak menggoda Zaimlah tu.”
“Poyo gila.” Syakirin memeluk tubuh tatkala terasa sejuk angin malam sudah mula menyucuk ke dalam tulang. “Eh…Dahl ah. Kirin nak masuklah. Tak elok orang tengok. Kita dekat kampong. Internet bergerak banyak. Zubir intip pun kalah. Abang Naz Melodi memang angkat tangan surrender. Internet bergerak ini memang hebat menyampai berita terkini.”
Pecah ketawa Zaim mendengar kata-kata Syakirin itu tadi. Zubir intip tu dia kenal. Abang Naz Melodi tu memang popular. Kirin. Kirin. Macam-macam betul dalam kepala tu. “Yerlah. Sebelum wartawan-wartawan tak bergaji ni menyampaikan cerita lebih cepat dari berita lebih baik kita cuba elakkan.”
“Tau takpe. Gud nite.”
“Gud nite.”

“Macam tu ajer kak.” Tanya Amir sebaik sahaja akaknya masuk ke dalam rumah semula.
“Macam tu apernya kau ni Mir.” Syakirin kembali bertanya. Tak faham kehendak soalan Amir itu tadi.
“Say gud nite ajer.” Kata Amir.
“Gud nite ajerlah. Kau ingat akak nak buat apa lagi tadi.”
“Kut yer pun haram nak buat gud bye kiss takkan flying kiss pun tak boleh kut.”
“Gilalah kau ni Mir. Sejak bila adik akak pandai sangat ni hah. Luka sunat tu pun baru nak kering dah pandai nak gatal-gatal pulak yer.”
“Akak ni. orang masuk jawi masa darjah empat tau. Sekarang dah masuk form five baru nak kering amendanya pulak. Dah akhil baligh dah lah.”
“tak kuasa akak nak melayan kau ni.” Syakirin mencapai remote tv. ESPN bertukar kepada E Entertainment. PCD tengah terkinja-kinja menyanyi sambil menari di dalam video klip Button.
“Akak malu ker atau akak cover tadi tu.” Giat Amir tak sudah.
Syakirin bingkas bangun. budak ni bukan sekolah esok. Jadi dia takkanlah nak masuk tidur awal malam-malam minggu macam ni. aku yang dah tak terasa nak melayan merapu adik bongsu ni pandai-pandailah cari jalan tamatkan perbualan ini.
“Akak nak tidur. Gud nite.”
Belum sempat Amir nak berkata apa-apa pintu bilik sudah ditutup rapat.

9 comments:

Anonymous said...

orang pertama2 komen...ahaks!
best2..nk lagi!!
lawak la kirin neh..
-ain-

keSENGALan teserlah.. said...

haha..
comey je zaim ngn kirin nieh.
pas kawen cmne la agknye ye..
ekeke..smbung2..

ha-ra said...

cpat smbg!!!

aqilah said...

he.....he...... nak lagi..................

MaY_LiN said...

aceceh..
EO pencen gelaran abah yea..
ai..
ate nye..org jowo ke..?
kijam nye..
guna tukul besi..
hikhikhik

Anonymous said...

best...nak lagi..

alreinsy said...

best2... lawak gak kirin tuh...

myrafragile said...

lawak la kirin ni..hahaha...i'm waiting for new post

Anonymous said...

sukenye cite kirin ngan zaim ni...
cepat le smbg dik...dh x sabo nk tau citer selanjutnya...:) so..sweet...