Thursday, July 21, 2011

Calon Jodoh Untuk Adik 16

BAB 16
Kalaulah ini dinamakan berdosa, berdosalah aku.  Berdosa kerana membantah kata-kata abang.  Selepas berlaku sedikit pertikaman lidah hari itu, abang sudah tidak lagi mahu menghubungi aku.  Tradisi makan bersama setiap hujung bulan pun sudah beberapa kali tertangguh.  Abang seperti mahu menjauhkan diri dari aku.  Aku sungguh kecil hati apabila abang berkeadaan seperti ini.  Apa hebatnya Ee sampai abang boleh buat begini dengan aku. 
Aku ada menghubungi abang untuk memulihkan perhubungan kami berdua, tetapi abang masih lagi bersikap dingin.  Aku menjadi pelik dengan perubahan hormone abang.  Sekarang abang mudah tersentap jika ada yang membantah kata-kata atau hajatnya.  Abang akan merajuk dan membawa diri.  Kak Ina juga perasan akan perubahan dalam diri abang itu cuma dia malas mahu mengambil pusing.  Menurut Kak Ina itu tanda protes abang apabila usulnya ditendang dan tidak perlu untuk berasa kuatir.  Sikit-sikit masa nanti, apabila angin abang sudah reda, pasti abang sendiri akan mencari kami.  Abang bukan boleh berenggang lama sikit dengan kami adik beradik.  Sedari kecil begitulah abang kami.  Hubungan antara kami adik beradik menjadi lebih rapat, lebih akrab apabila abah dan emak meninggal dunia.  Abanglah yang menjaga kami.  Pada aku abang umpama ayah, dia juga bagai dewa pelindung hidup aku, kerana itu aku terlalu menghormati abang dan akan berfikir banyak kali sebelum berani menjadi kurang ajar dengannya.  Tapi, kenapa abang tidak faham yang dia tidak boleh memaksa aku untuk jatuh cinta dengan sesiapa pun.  Itu bukan kuasa abang jikalaupun, dialah yang akan menjadi wali pada majlis perkahwinan aku satu masa nanti.
Bunyi pintu dibuka dari bawah membuatkan aku terkocoh-kocoh segera turun ke bawah.  Aku lihat Suhaila sudah menghempaskan badannya di atas sofa. 
“Abang cakap apa?  Cer citer.. Cer citer..”  Soalku tidak sabar.  Aku lihat Suhaila memejamkan matanya.  Gaya letih sangat.  Pelik.  Mereka ini berdating atau pergi menari poco-poco? 
“Ila, abang aku cakap apa.  Cer citer…Cer citer.”  Tanyaku lagi.  Kusyen kecil aku baling ke badan Suhaila apabila pertanyaanku dibuat tidak endah oleh Suhaila.
“Ris kau boleh bagi aku berehat sekejap.  Aku penat.”  Pinta Suhaila.  Masih lagi memejamkan matanya.  Kusyen yang dibaling oleh Arisa tadi ditekap di dada.  Dia peluk erat-erat.  Terasa dia mahu tidur. 
“Eyhh…Kau ni pergi dating ker atau pergi senamrobik dan menari poco-poco tadi tu hah..”  Aku menepis lengan Suhaila untuk menghalangnya dari tidur.  Aku tersenyum apabila melihat Suhaila kembali terjaga. Matanya terkebil-kebil. 
Suhaila meregangkan otot tangan.  Tengkuknya dipusing kiri kanan.  Dia mengeluh lemah.  “Abang kau tanya sepatah, jawab sepatah.  Muka kelat.  Aku nak tanya lebih-lebih pun aku takut.”  Beritahu Suhaila.
“Selama ni kau tak pernah pun takut atau malu bila depan abang aku.”  Aku bertanya pelik. 
“Dia kata dia tak sihat.  Semua benda pun nak cepat.  Dalam sejarah, aku rasa inilah dating paling pantas dan cepat yang pernah aku pergi tau.”  Tutur Suhaila lagi.
“Abang tak sihat?”  Dahiku berkerut.  Kepalaku mula terbayang-bayang keadaan abang. 
“Dia kata dia demam dengan sakit kepala sikit.  Dia tengah sakit.  Takkanlah aku nak bebankan kepala bakal laki aku tu lagi kut.”  Kata Suhaila sempat berseloroh.
Pap!
Majalah Galaxie yang ada di atas meja kopi cepat mengena ke lengan Suhaila.  Tolonglah..  Abang dari dulu tak pernah melayan.  Suhaila pula yang over!
Suhaila mengekek ketawa. 
Aku berdecit.  Buang stim ajer mengatur temujanji Suhaila dengan Abang.  Suhaila ni tak pandai betul mencari maklumat.  Aku cepat-cepat naik ke atas.
“Nak kemana?”
“Rumah abang!”  Jeritku dari bilik.
“Nak ikut!!!”  Jerit Suhaila yang tiba-tiba kembali menjadi segar bugar. 

No comments: