Thursday, November 4, 2010

Calon Jodoh Untuk Adik 2

BAB 2
Aku pulang ke rumah dengan hati yang sebal. Menyesal pula aku menjalankan akalku untuk berjumpa dengan lelaki batu yang langsung tidak berperasaan itu. Menyesal sangat-sangat. Masuk ke dalam rumah aku lihat Suhaila sedang sibuk membantu perempuan kaberet itu menggubah hantaran. Sengaja aku meletakkan ganti diri perempuan kaberet kepada Fazura. Panas hati punya pasal. Lagi pun itulah ganti diri yang paling sesuai untuk Fazura. Tidak kira siapa punya, semua mahu disapu. Boyfriend teman baik sendiri pun dia sanggup.
“Hai Ris. Kau baru balik. Aku ada beli kuih cucur udang untuk kau. Ada atas meja. Silalah makan.” Tegur Fazura hemat.
Aku menjeling sombong. Sudah kau rampas kekasih hatiku itu, sekarang mahu pula sogokkan aku dengan cucur udang pula. Ingat cucur udang warung Mak Tam tu boleh mengubat rasa sakit dihati? Aku berlalu tanpa menghiraukan Fazura dan Suhaila.
Aku menyampah melihat muka Fazura. Macamlah cantik sangat mukanya itu. Owhh.. Aku terlupa, Fazura mempunyai alis mata yang cantik, hidung mancung, dan kulit putih gebu. Pertama kali aku perkenalkan Azizi kepada Fazura (sewaktu itu kami masih berteman baik), Azizi turut mengakui kecantikan yang ada pada Fazura. Ahh!! Dasar lelaki bermata keranjang, dihadapan aku sebagai kekasihnya waktu itu boleh pula dia memuji kecantikan wanita lain.
Melihat muka Suhaila pula geram dihatiku menjadi berganda-ganda. Suhaila boleh sahaja bermuka sardine seperti tiada apa-apa. Ini pasti idea dari Suhaila mengajak Fazura untuk menginap semalam dua di rumah kami untuk menyiapkan hantarannya.
Pintu bilik ku hempas kuat menunjuk rasa protes. Beg sandang aku hayunkan sahaja di atas tilam sebelum badanku sama-sama kulayangkan menghenyak tilam spring single yang sekadar ku hamparkan di atas lantai bilik. Lengan ku letak atas dahi. Merenung siling dengan rasa berbalam-balam. Argghh!! Bunyi suara popeye dari telefon bimbitku menandakan ada mesej masuk. Malas-malas aku mengambil beg sandangku yang ada disebelah. Telefon bimbit aku keluarkan. Mesej yang masuk aku baca. Mataku membuntang. Sudah!! Bala tiba.
Aku buat tidak tahu pada mesej itu. Tidak berapa lama selepas itu bunyi pula irama lagu Kebahagian dalam Perpisahan yang sememangnya cukup kena dengan jiwaku. Ini lagu tema untuk musim ini. talian aku angkat.
“Malaslah kak.” Aku berkata sebelum sempat kakak dihujung talian sana berkata apa-apa. Sebelum kakak menggunakan helahnya baik aku kata siap-siap. Aku malas nak menemani kakak membeli belah. Bukan aku tidak faham perangai kakak, yang suka menyuruh aku menjaga anak-anaknya sementelah dia sibuk membeli belah. Tambah-tambah lagi sekarang mega sale akhir tahun. Aku perlu mengelakkan diri dari menjadi amah kakak.
“Tolonglah Ris. Akak nak harapkan sapa tolong tengok-tengokkan budak-budak tu. Abang Sham belum balik dari Kuching lagi ni. Jomlah Ris. Pampers Gegirl dah habis.” Kata Arina penuh mengharap.
“Akak kalau nak beli handbag Guess tu cakaplah nak beli handbag. Jangan pulak cakap nak beli pampers Gegirl pulak.” Kataku setelah menghidu taktik kakak. Menggunakan nama Gegirl pulak. Aku tahu, malam tadi telingaku sudah berbuih mendengar angan-angan kakak yang ingin membeli handbag Guess berwarna pink macam jiran sebelah rumahnya. Kata kakak, dia hanya tunggu green light dari Abang Sharul sahaja. Pasti, lampu sudah hijau. Sebab itu hari ini tak sempat-sempat akak mahu pergi beli juga.
Aku mengetap bibir apabila mendengar suara kakak mengekek ketawa dari hujung talian. Sudah ku katakana…
“Bolehlah yer Ris. Alah.. Duduk rumah pun bukan Ris buat apa. Bukan Ris ada kerja pun.” Arina berkata dengan sisa ketawa.
Aku gigit bibir. Cuba menimbang-nimbang pelawaan kakak. Betul juga. Di rumah pun aku panas hati. Lebih baik aku pergi ikut kakak. Sekurang-kurangnya kakak tidak lokek kalau keluar dengan dia. Paling-paling tidak pun, aku nak suruh kakak belikan tshirt di Padini nanti. Alah.. aku rasa elaun yang Abang Sharul berikan pada kakak setiap bulan tu masih berbaki lagi jika setakat nak belikan adik kesayangnyan ini sehelai tshirt Padini. Sehelainya.
“Okeylah kak. Nanti akak ambil Ris ok.” Putusku.
“Good girl. Macam nilah adik akak. Malam nanti tidur jer rumah kakak. Banyak benda nak update dengan Ris.” Kata Arina.
“Okey.” Aku menurut. Aku juga ada benda yang ingin ku kemaskini dengan kakak. Kalau boleh aku nak ajak abang turut sama ada. Senang, untuk aku ceritakan kepada keduanya. Owhh yer.. Mereka tidak tahu aku sudah ‘menjanda’. ‘Menjanda’ tu maksudnya sudah putus cinta, ditinggal kekasih bukan ditinggal suami. Kerana itu aku letakkan koma dua di atas.

Kalau bab shopping kakak adalah manusia yang paling menepati waktu. Cepat sahaja Toyata Wish kakak sudah berada di depan pagar rumah sewaku. Aku bergegas turun. Dibelakangku sudah siap bergalas beg sandang. Aku bercadang nak melepak di rumah kakak seminggu dua sementara Abang Sharul tiada di rumah. Kalau abang iparku yang terbaik itu ada dirumah, aku segan sedikit.
“Pergi mana Ris?” Tegur Suhaila.
“Keluar. Dalam rumah ni panas!!” Sindirku pedas seraya mataku menjeling tajam pada Fazura yang sedang terkemut-kemut memotong reben berwarna pink. Bencilah!! Warna pink adalah warna impian yang ingin aku gunakan sebagai tema majlis kahwin aku dengan Azizi. Itulah yang aku selalu berangankan dulu. Huhh…
Suhaila menjongket bahu. Tidak mahu bercakap lebih panjang. Dia tahu, Arisa pasti ke rumah kakaknya. Situlah tempat Arisa melepak.


Seperti yang sudah aku telah, inilah kerjaku apabila mengikut kakak membeli belah. Aku akan menjaga anak-anak kakak yang dua orang ini. Kakak aku tidak tahu, kedai mana pula yang dia pergi sukat. Disebabkan aku sudah tidak larat ingin mengikut hala tuju kakinya aku telah meminta kakak untuk menantinya sahaja di dalam restoran Mc Donald.
Aku memerhati anak-anak kakak yang sedang bermain di dalam playground yang disediakan di restoran ini. Mataku tidak lekang dari melihat kelibat mereka dari jauh. Memandangkan keadaan agak sesak aku perlu berhati-hati. Dulu pernah terjadi tragedi. Boboy hilang di dalam jagaanku semasa di pusat membeli belah Alamanda. Kakak bukan main mengamuk sakan. Mujur ada insan yang terjumpa Boboy membawa Boboy pergi mendapatkan deejay yang bertugas untuk memaklumkan ada budak hilang melalui pembesar suara. Dan berlaku peristiwa jejak kasihan di tepi kaunter deejay yang bertugas. Kakak menangis beria sedangkan Boboy rileks sahaja.
Disebabkan peristiwa itu sebulan aku memboikot kakak, sehinggakan Abang Sharul pula yang kena main peranan sebagai tukang pujuk. Kan aku sudah katakan, Abang Sharul adalah abang iparku yang paling terbaik. Sedikit pun dia tidak marahkan aku, sebaliknya kakak yang kena bambu. Memang patut. Kerana kakak jika sudah membeli belah, anak-anak sampai terlupa. Sibuk nak beli handbag, ‘handbag’nya yang berdua ini boleh terlepas. Hari itu, aku juga salah kut. Kerana terpandangkan Azizi sedang berpegang tangan dengan Fazuralah membuatkan aku leka dalam mengawasi Boboy dan Gegirl. Hari itu juga, segalanya terbongkar yang selama ini mereka bermain dibelakangku.
“Boleh saya duduk di sini?” Sapa satu suara. Aku mengalih pandang sebentar kepada dia yang bersuara. Aku lihat, seorang lelaki sedang menatang dulang berisi set Big Mac besar bersamanya. Aku sekadar mengangguk memandangkan semua meja penuh. Kotak Happy Meal Boboy dan Gegirl yang sudah kosong, aku alihkan ke tepi. Memberi ruang untuk lelaki ini meletakkan dulangnya.
“Boboy!!” Aku berteriak tiba-tiba apabila melihat ada bunga-bunga pergaduhan antara Boboy dengan seorang anak Cina yang berebut untuk mengelungsur di papan gelungsur. Boboy yang salah. Aku nampak. Dia yang sengaja mahu menunjuk kuasa macamlah playground ini papa dia yang punya. Sebab musabab kenapa aku kureng sikit mahu menjaga anak kakak. Anak-anak kakak jika dibelakang ibu bapa mereka agak bertanduk juga. Itu yang aku tak tahan.
Aku kalih pandang pada lelaki yang duduk dihadapanku. Hatiku tersenyum lucu melihat lelaki itu tersedak sambil mengurut dadanya. Mungkin dia tersedak akibat mendengar suaraku yang nyaring ketika memarahi Boboy. Berkerut-kerut muka lelaki ini.
“Anak?” Dia bertanya.
Aku tidak terus menjawab. Kemudian aku mengangguk.
Dia aku lihat mengangguk-angguk. Tapi pandangan matanya seakan tidak mempercayai kata-kataku tadi.
“Achu nak air.” Pinta Gegirl yang tercungap-cungap.
Lelaki dihadapanku itu mempamerkan senyum segaris. Gegirl telah mengkantoikan aku. Aku buat tidak tahu pada senyuman itu. Milo ais di dalam gelas kertas Gegirl yang masih berbaki ku suakan kepada Gegirl.
Dia masih lagi memerhatikan aku. Aku berdecit. Tak selesa. Bunyi popeye menjerit lagi. Yess. Mama budak berdua ini sudah habis membeli belah dan meminta aku untuk terus ke parking kereta. Tanpa berlengah aku terus menarik Boboy dan Gegirl yang sedang bermain keluar. Ketika aku melalui meja lelaki itu, dia tersenyum lagi. Entah bagaimana, aku boleh pula membalas senyuman itu. Mungkin juga kerana senyuman itu terlalu menawan.
Bunyi popeye menjerit untuk kesekian kalinya.
Cepatlah!!
Aku mendengus geram. Kakak ni kan. Mentang-mentang sudah dapat membeli apa yang dihajatinya, suruh aku cepat-cepat pula. Semakin laju aku menyeret dua-dua anak kakak menuju ke parking kereta.

7 comments:

bidadari cinta said...

tak sabar nak tau next citer ni..
best!!

...CiKdiDa... said...

cian arisa..nk fying kick fazura..nk side kick azizi...sekian...wahaha

hazulfa said...

best..suka

MaY_LiN said...

amboi..
kemain lagi kakak ni kan..
aish..

IVORYGINGER said...

hahaha.. betul setuju ngan cik Diba. mau flying kick sama Fazura n Azizi. Tp kan sapa ya lelaki td ya. En. yg haritu tu kew??? he.. ;D

Anonymous said...

best2!!!!
truskan mnulis kak ila...

SyUhAdA said...

bes2..