Wednesday, November 24, 2010

Calon Jodoh Untuk Adik 4

Keesokkan harinya, aku telah pulang semula ke rumah sewaku. Hajat untuk berlama-lama terbantut apabila kakak telah mula membebel-bebel ditepi telingaku dengan mengatakan hajatnya untuk memperkenalkan aku dengan orang tu dan orang ini. Oleh sebab itu aku mengambil langkah bijak untuk keluar dari rumah kakak awal-awal lagi. Aku menarik nafas lega apabila hanya Suhaila seorang sahaja duduk di ruang tamu. Mujur, hari ini Fazura tiada di rumah kami lagi. Jika tidak, pasti aku akan duduk terkurung di bilik sendiri.
“Ris sekejap. Aku nak cakap.” Tegur Suhaila memintaku untuk berhenti sebentar kerana ada benda yang ingin dibicarakannya. Aku menurut. Kakiku hayun lemah. Punggungku juga ku letakkan lemah di atas sofa.
“Apa dia?” Aku sekadar bertanya.
“Kau marah aku yer Ris?” Suhaila bertanya.
Aku merenung ke dalam mata Suhaila. Perlukah Suhaila bertanya lagi kepadaku jika dia sudah tahu apa jawapan yang akan aku jawab untuk soalannya tadi. Aku mengeluh lemah. “Aku malaslah nak cakap pasal benda ni.” Aku menjawab.
“Ris, kau kawan aku, Zura kawan aku. Aku tak boleh nak pilih salah sorang dari korang. Dua-dua aku sayang.” Kata Suhaila lemah.
Aku kembali melihat semula raut wajah Suhaila yang sugul. Tidak adil pula aku mengheret suhaila sama-sama di dalam masalah ini. “Aku faham. Kau tak payah risau ok. Aku ok dan tak ada apa-apa.” Kataku sekadar mahu menyedapkan hati Suhaila.
“Tapi semalam kau macam berangin jer dengan aku.”
Aku mengetap bibir. “Sudah kau ajak perempuan tu ke sini tanpa bagi tahu aku. Memanglah aku berangin. Sekurang-kurangnya kau bagi tahulah dulu. Senang aku standby cili padi untuk aku ganyang-ganyangkan ke muka perempuan tu.” Hamburku penuh amarah.
Suhaila menelan air liur. Terkedu.
Aku ketawa kecil melihat muka cuak Suhaila. Lakonanku berkesan. “Jokinglah. Kau ingat aku berani nak cederakan orang sampai macam tu sekali ker.” Kataku akhirnya.
Suhaila mengurut dada. Lega.
“Kau boleh terima kenyataan ker yang kawan kita tu nak kawin dengan Azizi.”
“Dia bukan kawan kita. Kawan kau ajer. Lantaklah dia nak kawen dengan Zizi ker. Dengan siapa pun. Aku tak mahu ambil tahu apa-apa hal yang berkaitan dengna dia dah.” Kataku lagi.
“Tapi kau tak boleh nak marah-marah sampai macam ni tau Ris. Kau sendiri tahu, Zizi sebenarnya tak ada apa-apa perasaan pada kau. Kau yang melebih-lebih. Dari dulu kau tahu kan, Zizi sebenarnya ada perasaan dekat Fazura, tapi disebabkan Fazura lebih memilih untuk bersama mamat yang kerja dekat Maybank tu yang buat Azizi memilih kau. Zizi tu memilih kau sebab terpaksa. Masa dia bersama kau pun sekadar alasannya sahaja supaya dia mudah dekat Fazura. ” Luah Suhaila.
Aku mengetus geram. Ya. Aku sedar aku telah diperbodohkan. Sayang punya pasal aku rela diperbodohkan oleh Azizi. Suhaila benar 180%!! Tapi mamat Maybank antara penyebabnya juga. Jika mamat maybank tu menjaga kekasihnya betul-betul, pasti lama-lama Azizi akan jatuh cinta pada aku juga. Aku yakin. Ini disebabkan mereka berdua putus cinta, Fazura telah menerima lamaran Azizi untuk menjadi kekasihnya. Patutkah aku marah pada Fazura kerana mencaras Azizi dari aku padahal Fazura langsung tidak tahu kalau aku dan Azizi sedang bercinta kerana kami selalu sahaja katakana pada semua orang yang kami sekadar teman tapi mesra. Aku cuba muhasabah diri. Menimbang tara apa yang telah berlaku ini baik-baik.
“Semalam kau ke mana jer?” Tanya Suhaila apabila aku lama berdiam diri.
“Aku tidur rumah kakak aku lah.” Jawabku.
“Tak. Sebelum Kak Rina ambik kau. Kau kemana. Kata nak cari kerja sama-sama.”
Aku mengerut dahi. “Owhh.. Aku pergi berjumpa dengna si mangkuk tingkat tu.” Kataku bersama sengih dibibir.
“Siapa pulak mangkuk tingkat tu. Kalau mangkuk hayun dan mangkul tandas tu aku tahulah.” Tanya Suhaila polos.
Aku ketawa lagi. Dalam ramai-ramai kenalanku. Suhailalah yang paling polos dan selalu blur. Mangkuk hayun dan mangkuk tandas tu merujuk kepada kata ganti diri bagi Azizi dan Fazura yang kadangkala (atau kerap kali) aku guna.
“Mamat maybank tu.” Jawabku.
Mulut Suhaila ternganga luas. “Serius?” Matanya berkelip-kelip. Dia cuba mencari kebenaran dibalik kata-kataku tadi.
Aku sekadar mengangguk.
“Ya ampun Ris. Senekad ni kau Ris. Sampaikan bekas balak Zura pun kau pergi serang.” Kata Suhaila seraya mengurut dada kerana dia sungguh tidak sangka yang aku akan pergi menyerang sehingga sejauh ini.
Aku sekadar bersahaja melihat riaksi Suhaila yang agak dramatic menunjukkan rasa terkejutnya. “Tapi aku agak menyesal jugak pergi jumpa mangkuk tu.” Kataku pula.
“Kenapa?” Suhaila bertanya. Gayanya seperti ingin benar tahu.
“Aku rasa agak bagus jugak perempuan kaberet tu putus dengan mamat tu.” Balasku seperti menyokong pula tindakan Fazura meninggalkan si mangkuk tingkat itu. mangkuk tingkat itu jenis yang menjengkelkan. Kalau bagi free pada aku pun, aku tak hengen!
“PUlak dah. Apasal.” Soal Suhaila pelik.
“Si mangkuk tu lelaki yang menyakitkan hati kau tau. Batu. Tak berperasaan. Hampeh.” Kataku penuh emosi. Kusyen kecil kuhempuk-hempuk dengan penumbukku.
“Okey. Okey. Okey.” Suhaila mengangkat tangan. Dia tahu jika dia tidak menahanku dari berkata-kata, habis semua gerabak KTM pun belum tentu ceritaku berkenaan mamat Maybank tu akan selesai. “Kau nak cakap mamat tu teruklah yer.” Sambung Suhaila apabila aku telah berhenti berkata.
Aku mengangguk. “Haah.” Jawabku ringkas.
“Okey. Kalau macam tu, mari kita sambung tengok Sponge Bob.” Kata Suhaila kembali memberi tumpuan pada kartun Sponge Bob di kaca televisyen.
Aku berdecit mendengar cadangan Suhaila untuk menonton Sponge Bob. Tapi aku turutkan juga.
“Tapi mamat tu hensem tak.” Tanya Suhaila tiba-tiba. Dia tidak pernah melihat mana rupanya mantan pacar Fazura. Selalu mendengar cerita sahaja.
“Macam rumah flat cos rendah yang gagal mendapat CF.” kataku bersahaja. Mataku masih kuhala pada skrin televisyen.
“Owhh..” Suhaila mengangguk-angguk. “Maknanya tak hensemlah tu.” Kata Suhaila rendah yang sudah faham benar tentang terma-terma yang biasa aku gunakan bagi menerangkan sesuatu sifat yang tak kena pada pandangan mataku.
Aku mendengar baris akhir kata-kata Suhaila yang agak perlahan. Bibirku mengukir senyum segari. Penipuanku berhasil. Sebenarnya mamat tu boleh tahan orangnya. Aku tak tipu!
“Tapi kan tadi aku ada jumpa somebody yang lagi best dari mamat tu. Percayalah!!” Aku mula teruja membuka cerita.
“Siapa?” Kata Suhaila yang nampaknya lebih berminat terhadap Sponge Bob dan Patrick dari mendengar ceritaku.
Aku gigit bibir. Alamak. Kan dah cakap. Aku jenis pantang kalau dapat berita sensasi. Aku kan ala-ala Beautifulnara. Mahu cepat sahaja mencanang dalam satu rumah. Aku tersengih mengadap Suhaila. “Tak ada apa-apa.” Kataku seraya menggeleng kepala berkali-kali. Aku taknak makan di mapley yang berjiran dengan Maybank tu lagi.
“Cakap cepat.” Suhaila menunjuk gaya taikonya apabila dia perasaan intonansi nadaku telah berubah secara mendadak. Dia pasti sudah dapat menghidu sesuatu.
Ngeee… “Ada sorang mat indon persis Dude Herlino kerja dekat mapley sebelah Maybank tu.” Kataku lemah. Terasa payah mulutku ini mahu menuturkan nama hero sinetron seberang yang berwajah jambu itu.
“Esok kita breakfast kat sana!” Putus Suhaila terus masuk ke biliknya meninggalkan aku seroang diri di ruang tamu.
Aku tepuk dahi. Tepuk mulut berkali-kali. Kan….

p/s: saya tahu bukan ini yang kamu semua inginkan tapi buat masa sekarang ni layanlah dulu. terima kasih banyak2.

luvs,
eila

3 comments:

IVORYGINGER said...

teruskan menulis. Kami setia menunggu ceta ni. mmg best n lain dr yg ln. really funny. ahaks. realise tension ktorg yg nk exam ni. ahaks.. ;D

syu_hada said...

hehehe.... i like... =)

SyUhAdA said...

haha..
suka2..