Wednesday, November 10, 2010

YESS BOSS!! BAB 21

“No.” Aryana membantah. Dia bangun untuk keluar dari bilik bos. Urusan kerjanya masih banyak diluar. Dia tidak mahu membuang masa yang ada hanya sekadar untuk berbincang dengan bos tentang perkara ini. Agen cari jodoh yang diusahakan khas untuk mencari jodoh untuk bos sudah lama ditutup. Dia sudah pencen!!
Ilham mengekori laju langkah Aryana. Lengan Aryana ditarik. “Awak kata nak rekemenkan perempuan yang baik untuk saya.” Dia berkata sambil merenung mata Aryana.
Aryana mendongak. Turut sama membalas berani renungan mata bos itu. “Tapi bukan dengan Mellina tu. Saya rekemenkan perempuan-perempuan yang baik dari senarai Datin Rokiah Kamsan. Dia tak termasuk dalam senarailah bos. Lagipun bos kenalah ingat. Saya dah tak buat kerja-kerja tu semua.” Bidas Aryana.
“Tak ada bezanya calon yang mama pilih dengan calon yang saya pilih. Saya percaya kalau Mellina tu pun yang saya bawakan pada mama, pasti mama akan setuju. Dia bijak, ada kerjaya yang bagus juga. Tak ada sebab kenapa mama saya mesti menolak.” Kata Ilham. “Lagi satu, awak kenalah ingat, kalau saya suruh buat satu-satu kerja tu awak kenalah buat.” Sambung Ilham lagi mengajuk cara Aryana berkata kepadanya tadi.
“Bos…” Aryana mengetap bibir.
“Siapa bos sekarang ni. Saya bos ker awak bos.” Balas Ilham.
Aryana berdecit. Dia menjadi serba salah. “Mellina tu tak sesuai untuk bos. Okey. Mungkin dia tidaklah seseksi macam Mulan ker, Maria ker atau yang seangkatan dengannya. Tapi…”
“Tapi apa? Kenapa tak sesuai? Atau Yana sendiri jeles pada Mellina tu.”
Aryana mendengus. Kalau ikutkan cemburu dari dulu dia sudah tahu apa makna cemburu bila setiap kali bos keluar dengan perempuan lain. Sehingga rasanya cemburu itu sudah sebati di dalam diri.
“Yana dah tak sanggup nak masukkan perempuan yang sejenis macam Yana sendiri ke dalam mulut buaya tembaga.” Aryana sedikit terjengket untuk menuding mulut bos dengan telunjuknya.
Mulut Ilham melopong. “Buaya tembaga?” Soalnnya dengan pandangan mencerun merenung ke wajah Aryana yang bersahaja.
Melihat pandangan yang mencerun itu Aryana melarikan matanya untuk melihat tempat lain. Dia berpeluk tubuh. “Tak. Sebenarnya adalah seekor naga yang besar.” Aryana menjawab. Dua-dua tangan didepangkan seluas-luasnya.
“Aryana!!” Suara Ilham naik lagi.
Ngee… Aryana berjalan menghentak-hentak kaki ke sofa. Dia menghempas kasar punggung ke atas sofa kulit yang diimport dari luar negara ini. Ilham masih mengekori ke mana Aryana pergi. Dia turut sama duduk di sofa bertentangan dengan Aryana.
“Bos takkan tak ada orang lain. Bos baru jer jumpa dengan Mellina tu semalam. Kita tak tahu pun dia tu baik ker tak baik ker.” Aryana cuba bertanyakan jika bos punya pilihan yang lain. Mungkin ada pilihan B, C atau D.
“No. Mellina.” Ilham tekad.
“Boss…” Rengek Aryana.
“No.” Ilham menegaskan sekali lagi yang keputusannya adalah muktamad tanpa ada talian hayat yang menyebabkan dia perlu berfikir dua kali. Sekali dia kata itu yang dia mahu, jadi itulah yang dia mahu.
“Boss…” Aryana masih berharap.
“Nope!!” Suara Ilham meninggi searas dengan ketinggiannya yang sudah berdiri tegak merenung dengan pandangan mata mencerun Aryana yang sedang duduk di sofa.
“Yess bos…” Aryana bersuara lemah. Akur dengan kemahuan bos.
“Good.” Ilham tersenyum puas. “Kan senang kalau mendengar kata.” Perli Ilham. Dia kembali ke meja kerjanya. Dia kembali mengadap laptop yang ditinggalkan.
Sekarang giliran Aryana pula mengekori langkah bos . Dia duduk di atas kerusi berhadapan dengan bos. “Tapi dengan satu syarat.” Jari telunjuk Aryana di naikkan ke atas.
Skrin laptop di tolak ke bawah sedikit. Wajah Aryana dipandang. “Asalkan dengan Mellina, sepuluh syarat pun saya sanggup terima.” Tenang Ilham berkata dengan senyum mekar di bibir.
Aryana menarik muka. Dia tarik nafas dalam-dalam sebelum berkata. “Kali ini yang terakhir Yana tolong bos. Janji?” Mata Aryana mengecil, telunjuknya pula ditala pada bos.
“Promise!!” Ilham mengejitkan matanya.
“Okey.”

“Nah!!” Ilham meletakkan barang-barang yang dibelinya sewaktu rehat tadi di atas meja Aryana.
Aryana yang sibuk menaip draf surat melihat sekeping kad dan juga sekuntum ros berwarna merah di atas meja. Matanya melihat bos yang sedang tersengih memandang. “Apa ni?” Aryana bertanya malas. Tangannya mengambil kad tersebut dan dibelek-belek. Dia melakukan perkara yang sama juga ke atas ros merah ini. Siap ambil bau lagi. Kemudian dia letak keduanya semula.
“Sejak bila pulak kesibukan kerja dan keterbatasan waktu rehat sudah buat awak tak tahu lagi yang ini nama kad ucapan dan yang ini namanya bunga ros.” Ilham berkata sarkastik. Ilham menunjuk satu persatu kad dan bunga depan-depan mata Aryana.
Aryana laju bersandar pada kerusi bagi mengelakkan matanya tercucuk dengan pada hujung kad ucapan.
“Bos janganlah jawab macam tu.”
“Dah awak tanya macam tu.”
“Nak buat apa semua ni?”
“Nanti bila masa awak merisik Mellina petang nanti awak kirimkan yer. Ikhlas dari saya.”
Aryana mengambil semula kad ucapan tersebut. Kad dibuka. Kosong.
“Kenapa kosong. Takkan tak tulis apa-apa?”
“Itulah soalan yang saya tunggu dari awak. Tolong buatkan ayat yang penuh dengan kata-kata romantik, lagi puitis.”
“Laa… Bukan Yana yang nak kan Mellina, bos yang nak bos lah yang buat ayat. Takkan itu pun Yana nak kena fikirkan jugak.” Aryana mula tidak puas hati.
“Saya mana terror berjiwa bahasa ni. Yana buatlah. Yana SPM BM A kan?”
“Bos ni melampau tau.”
“Nah!!” Ilham meletakkan not RM50 di atas meja sebagai upah.
“RM50 jer?”
“Nah!! Cukup??” Sekeping lagi not RM50 diletakkan.
“Cukup.”
“Make sure semua okey dan berjalan lancar.”
“Yerlah.”
“Bos..Bos..” Baru Ilham mahu masuk ke biliknya Aryana memanggil lagi.
“Apa lagi.”
“Sign…sign..” Aryana mengunjukkan kad tadi kepada bos.
Ilham kembali semula ke meja Aryana untuk menandatangani kad itu. Penuh gaya dia menarik sebatang pen dari bekasnya. “Wah… Ini pasti boleh bikin tersentuh hati, terbeli jiwa. Sudahlah salam sayang. Ada lep-lep pulak tu.” Katanya dengan senyum meleret.
“Setakat sign siapa-siapa pun boleh bos. Kalau dia tak tahu tak apalah. Kalau tahu, habislah bos.” Balas Aryana.
“Kalau awak tak cakap tak ada nya dia tahu. Ingat. Biar pecah diperut jangan pecah dibulut. Faham tak?” Ilham cuba mengingatkan Aryana agar tidak berpaling tadah pada rancangannya.
“Yess bos..”
“Good. Saya masuk dulu.”


-------------------------------------------------------------------

Seee.... kadang2 memanglah akan terlebih rajin, terlebih baik, terlebih murah hati bila meng'upload' entry seminggu sampai 2x.

p/s: Sebenarnya, saya terlebih sayangkan kamu semua jer.. *peluk ramai-ramai* :)

Luvs,
Eila

17 comments:

Strawberi Comei said...

huhuhu..bila ilham nk jtuh cinta ngn yana nie..

hani said...

hai...sesak jiwa raga gan ragam ilham nie...nape tak nampak org depan mata....celik p buta..!!!

aqilah said...

aduhhhhhhhhhhhhh............ tensionnya!!!!!!!!!!!!!!!!

missn said...

kenapa? kenapa? kenapa? kenapa pilih mellina... ilham ni la..

miznza84 said...

ala................................

Unknown said...

kalu ilham dgn org len slain yana..UNLIKE cite ni..miahahah...*kajm gile ni*

MaY_LiN said...

wawawa..
rajin nya kamu..
sayang sama kamu

zuhayra said...

walaweh...bestnye..bukak2 trus ade 2 bab.tq so much eila!!

zuhayra said...

walaweh...best nye...masuk2 dah ade 2 bab.tq so much eila!!!

alreinsy said...

BEST2... sial la smbg lagi... nk gak tau kisah seterusnya... :)

Unknown said...

Nice...

IVORYGINGER said...

Aduh Ilham betul ke nk merisik mellina ni.
Tp kan klu smpai ayat dlm kad pun nk yana tulis mnmpkan sgt hnya suka2 ja ngan meillina tu. Bukannya cinta. Klu cinta automatik mamat kayu mcm dia leh creat ayat sendiri. he..;D
Anyway we still want Yana n BOs k writer. hehehe.. ;D

jagung manis said...

bessshhh...:))

lisa brunei said...

best...kalau boleh nak yana dgn ilham...

Dewi said...

best.... menantikan entry seterusnya...

Nadzeirra said...

adoooiiiii..nak je ketuk pala boss ni..kad pun nak org lain tulis ke??

hajar said...

da siap bila nk kuar kat pasaran? x sabar dah nih!!