Wednesday, November 3, 2010

YESS BOSS!! BAB 19

Perlahan langkah kaki diatur melalui di tepi-tepi gerai yang ada di sepanjang tingkat dua bangunan KLCC ini. Duit yang Sakina minta malam tadi sudah selamat dimasukkan ke dalam akaunnya melalui mesen cash deposit Maybank tadi. Terasa hari ini dia mahu mengukur keluasan pusat membeli belah ini pula. Ukur sahajalah, nak berbelanja, bajet shoppingnya bulan ini telah diberikan kepada Sakina. Setiap bulan selalu sahaja dia mengalami masalah di dalam hendak menguruskan bajet. Kadang-kadang terasa gaji yang syarikat Datuk Maarof berikan tak cukup. Gaji yang dapat itu terpaksa dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian. Opah, Mak Ngah, Sakinah dan tak dilupakan pada hutang pada PTPTN. Yang mana lebih tulah dia simpan untuk kegunaan jika masa sesak.
Aryana berhenti di tepi gerai kecil yang menjual pelbagai jenis dan bentuk barangan yang diperbuat daripada perak. Matanya jadi ralit apabila melihat kecantikan sebentuk cincin berbatu putih yang ada di dalam rak kaca di hadapannya ini.
“Amoi saya mahu tengok ini.” Kata Aryana. Telunjuknya ditalakan pada cincin silver berbatu putih yang di letakkan di sisi kanan rak kaca.
Amoi berbaju pink Hello Kitty yang menjadi jurujual di sini mengeluarkan cincin yang ditunjuk Aryana.
Aryana mengambil cincin dari tangan amoi comel tu lalu terus disarung ke jari manisnya. Alahai… dia sudah gemuk kut. Cincin comel macam ni pun tak muat celuih ke jari. “Moi, kasi angkat itu saiz yang besar sikit.” Kata Aryana lagi dengan pelat Cina yang dibuat-buat.
Amoi tadi memasukkan kembali cincin yang tidak kena pada saiz jari Aryana lalu dikeluarkan cincin dari patern yang sama tetapi bersaiz sedikit besar dari tadi. Diberikan semula kepada Aryana.
Aryana menyarungkan cincin yang agak besar dari tadi ke jari manisnya. Muat. Ngam-ngam.
“Berapa?” Soalnya bertanyakan harga sebenar cincin ini.
“RM180.” Beritahu Amoi jurujual itu sepatah.
Mata Aryana terbeliak mendengar harga yang baru disebut oleh amoi tadi. Mahalnya. Cincin silver pun sampai seratus lebih. Mengalahkan cincin emas pula. Aryana mengeluh lemah. Hujung bibir digigit. Pada adik amoi ni dihadiahkan sahaja senyuman dibibir yang ditarik sumbing. Cincin tadi dilurutkan dari jemarinya. Diletakkan kembali di atas rak kaca. Buat masa sekarang dia tak berapa nak mampu untuk membeli cincin silver ini.
“Simpan balik. Sajer tengok-tengok.” Beritahu Aryaan serba salah. Bukan rezeki barangkali nak beli cincin ini walaupun kehendak hatinya dia mahu sangat cincin silver ini. tapi nak buat macam mana. Kalaulah Sakina tak mintak duit semata-mata untuk holiday dan bersukaria, dia pasti akan beli cincin ini. Haihhh….. Sakina, Sakina.
Aryaan meneruskan perjalanannya menawaf KLCC. Dari satu kedai ke satu kedai dia masuk. Masuk sekadar mencuci mata. Puas mencuci mata dia keluar menuju ke kedai lain pula. KLCC tanpa gaji dan duit yang cukup apalah maknanya. Bosan dan memenatkan badan!!
“Aryana.” Panggil satu suara dari belakang.
Serta merta langkah Aryana mati. Kakinya terpasak di atas lantai KLCC. Macam biasa didengari sahaja suara ini.
“Aryana.” Panggil suara itu lagi apabila Aryaan berdiri tegak tanpa menoleh.
Aryaan mengetap bibir apabila dirasakan suara itu semakin menghampirinya. Ngeee… Kenapa jugaklah di tingkat dua ini juga dia perlu bertemu dnegan lelaki ini. Kenapa lelaki ini tak ke tingkat tiga ker, sepuluh ker, dua puluh lima ker. Kenapa mesti nak berjalan di tingkat dua bersama dia. Tahu tak fakta yang semua orang perlu tahu, KLCC ada 88 tingkat!!
Aryaan mengalih pandang pada pemilik suara yang telahpun berdiri disebelahnya sambil menarik nafas megah.
“Bos. Buat apa dekat sini.” Soal Aryana.
“Saya buat apa kat sini? Owhh.. Saya training bola sepak.” Sarcastik Ilham menjawab.
Aryana menjulingkan mata ke atas. “Patutlah semput.” Jawabnya. Langkah kaki diatur perlahan ke hadapan.
Ilham sekadar ketawa kecil. Laju dia menuruti langkah Aryana yang sudah ke hadapan. “Saya call semalam banyak kali. Kenapa tak angkat.” Soal Ilham.
Tiba giliran Aryana pula ketawa apabila mendengar soalan dari bos. Tau. Pagi tadi apabila telefon bimbit dihidupkan semula, ada 30 missed call dari bos. Nak telefon balik? Tak ada maknanya.
“Baru nak ajak awak teman saya keluar hari ini. Tapi macam jodoh pulak kan. Semalam walaupun tak dapat call awak tiba-tiba pulak jumpa awak di sini. So awak tak ada alasan nak menolak. Awak kena teman saya shopping.” Tutur Ilham bersahaja.
Aryana berpaling laju mengadap muka bos yang masih bersahaja itu. “Saya ada hal lain lepas ni bos. Teman-teman shopping apa pulak. Saya kena balik cepat ni.” Tipu Aryana. Percayalah, dalam masa dua tahun dia sudah muak menemani bos keluar membeli belah. Tambahan pula dengan sikap bos yang terlalu cerewet dalam nak memilih baju lagilah dia mahu elakkan. Cerewetnya mengalahkan orang perempuan.
“Ada saya kisah. Tak kira. Awak kena teman saya pergi shopping jugak.” Putus Ilham. Dia tidak kira. Nak tak nak Aryana memang perlu menemaninya.
Aryana mencebek. “Girlfriends bos yang lain mana? Kenapa tak suruh salah seorang dari mereka yang teman kan.” Aryana mula mempersoalkan kewujudan semua teman wanita bos itu. Kalau setakat nak teman boss shoping pun takkan tak boleh. Keluar shopping di KLCC dengan lelaki yang kejernya cop duit adalah sesuatu yang sangat bermakna. Terutamanya untuk jenis teman-teman wanita bos yang Aryana kenal tu. Diorang semua kan ker suka bos disebabkan duit ayah bos yang berkepuk-kepuk tu.
“Aryana jangan cakap banyak boleh tak. Saya ajak teman tu, teman ajerlah. Lagipun bukan kita buat apa-apa pun. Shopping-shopping, makan-makan, saya janji balik nanti saya hantarkan awak sehingga selamat sampai di depan pintu pagar rumah awak. Nak suruh hantar ke dalam rumah pun tak ada masalah.” Ujar Ilham. Malas dia mahu mendengar Aryana membebel lagi.
Aryana mengetap bibir. “Gatalah bos nih.” Tuturnya geram. Benda yang dia paling menyampah adalah apabila bos menggunakan helah miangnya itu dengannya. Perempuan bodoh bolehlah terpedaya dan terkulai tergoda. Kalau kategori macam dia, sorrylah bos. Tak ada maknanya!!!
“Bolehkan.” Ilham mengulum senyuman nakal.
Namun pada Aryana senyuman nakal itu bisa menembusi ke hatinya pulak. Cepat-cepat pandangan mata dialihkan ke tempat lain. Zina mata satu. Satu lagi, haihhh… Manis tau bos senyum macam tu. Dia takut cair. Dia ni pun satu. Kenapa cepat sangat terasa seram sejuk bila bos memberikan senyuman tujuh juta megawatt sehingga boleh merencat sehingga ke saraf hati. Ataupun dia sememangnya turut tergolong dalam golongan yang boleh terpedaya dan terkulai tergoda. Kategori perempuan bodoh!
“Bolehkan Aryana.” Tutur Ilham lembut. Cuba membeli jiwa.
Aryana mengeluh. Sudah tidak ada pilihan. “Yess boss!!” Ujarnya.
“Lets go!!” Arah Ilham.


“Ehh…Jangan buat muka macam tu depan saya boleh tak.” Ilham mencerun memandang Aryana sambil bercekak pinggang. Buat muka garang. Buat muka tegang.
Aryana tersentak. Dia terpinga-pinga. Mukanya diraba perlahan. “Buat muka macam mana?” Soalnya sedikit blur.
“Buat muka bosan macam tu.” Ilham menjuih bibir menunjuk ke muka Aryana.
Aryana merengus perlahan. Dia senyap sahaja.
“Tak ada dalam sejarah mana-mana perempuan yang keluar dengan saya akan buat muka bosan macam ni tau. Kat luar tu berderet perempuan nak keluar dengan saya tau. Awak ni kira bertuah sebab saya sudi mengajak awak untuk keluar bersama saya.”
“Yess boss!!... I’m sorry. Jom kita sambung shopping.” Tutur Aryana lemah. Tak ada kudrat nak bertekak dengan bos ditengah KLCC ini. Dia sudah penat berjalan mengikut langkah bos yang mengejap setiap kedai pakaian yang ada di sini. Satu kedai transit sampai tiga puluh ke empat puluh minit. Tapi sampai sekarang satu benda pun bos tak beli. Kalau sudah masuk sehingga sepuluh butik pakaian di dalam KLCC ni tapi sehelai baju pun tak beli saper yang tak buat muka bosan macam ni. Bos ni nak cari kemeja kerja pun cerewet sangat.
“Aryana…” Ilham memanggil lembut. Dia tidak mahu merosakkan mood Aryana. Aryana adalah harapannya untuk menemaninya keluar membeli belah setelah Harun terpaksa menerima arahan berkurung oleh Zaleha. Untuk keluar ke KLCC dengan teman-teman wanitanya yang bermata duitan itu, haruslah dielakkan. Mereka bukan boleh diajak, nanti satu KLCC ini mahu dibeli. Haihhh…
“Yes bos…” Aryana menjawab malas.
“Penat?”
Aryana mengangguk.
“Okey ini last kedai kita masuk. Lepas tu kita pergi makan okey.”
“Betul ni?”
“Yess ma’am!!” Tutur Ilham. Tangan diletak ke dahi. Salute ma’am.
“Okey!!” Aryana kembali ceria.


“Untuk Yana.” Tutur Ilham seraya meletakkan satu kotak kecil di atas meja usai keduanya menjamu selera di Restoran Kenny Rogers.
Aryana memandang sepi kotak kecil berwarna pink berserta riben kecil di atasnya. Terhias cantik. Biasa kotak kecil macam ni tempat orang letak cincin. Warna pink pula tu. Sweet la pulak.
“Apa ni?” Soal Aryana.
“Hadiah.” Jawab Ilham sepatah. Baki jus oren yang sudah tinggal separuh gelas diteguk perlahan. “Bukaklah.” Kata Ilham lagi apabila melihat Aryana sekadar memandang sepi sahaja pemberiannya itu. Sentuh pun tidak.
Perlahan tangan Aryana mengambil kotak kecil yang comel itu. Dibuka perlahan. Matanya tertancap pada sebentuk cincin silver yang diidamkkannya di kedai amoi tadi. Matanya beralih ke muka bos yang sudah mengukir senyum segaris.
“Bos intip saya sejak dari mana.” Soal Aryana.
“Dari cash deposit Maybank tadi.” Jawab Ilham jujur.
“Bos ni kan….”
“Suka?”
Aryaan mengangguk. “Ya. Tapi saya tak boleh nak terima…”
“Kenapa?”
Aryana mencerna makna hadiah ini. dia menelan air liur. Tahu. Masa dua tahun sudah berlalu. Adakah bos sekarang sedang mengotakan janjinya. Tapi takkan pulak pakai cincin silver berharga RM180. Apa kelas untuk orang seperti bos melamar dara pujaan pakai cincin macam ni. Aryana pejam mata. Kepalanya digeleng perlahan. Dia sukar untuk terima kenyataan.
“Pemberian sebentuk cincin ini mendalam maknanya. Simbolik kepada…” Aryana mula bersuara seperti dia adalah seorang pakar barang kemas yang tahu setiap satu barang kemas itu mempunyai makna-makna yang tersendiri. Sebenarnya dia cuma ingin berkias. Adakah apa yang difikir akalnya tadi itu adalah betul-betul atau sekadar cobaan…..
“Aryana, takkanlah bila satu perhubungan itu jelas sebagai kekasih saling cinta mencintai ajer yang boleh bagi hadiah cincin. Cuba ubah sikit mind set tu. Jangan terpengaruh dengan jalan cerita Hindustan ajer. Pemberian hadiah tu berbentuk universal. Saya berhak nak hadiahkan awak apa sahaja yang saya mampu sebab awak adalah orang kepercayaan saya. Saya hadiahkan awak cincin ni sebagai tanda terima kasih saya kepada awak kerana awak seorang sahaja yang sanggup melayan karenah saya.” Pantas Ilham mencelah sebelum Aryana sempat transform jadi doctor pakar cinta.
Aryana tekun mendengar kata-kata bos. Cobaan….
Walaupun begitu penjelasan bos dia masih teragak-agak dengan pemberian bos yang tak disangka-sangka ini. Dalam-dalam itu sempat dia membelek-belek cincin ini. Cincin idamannya sejak dua jam tadi.
“Aryana janganlah awak risau. Tak ada apa pun pada cincin silver berharga RM180 tu. Saya hanya nak awak rasa gembira bila dapat apa yang awak inginkan. Sekurang-kurangnya saya nak juga yang awak rasa berbaloi dapat keluar dengan bos awak yang pemurah ni. Yang tak lokek dengan pekerjanya.” Ilham berkata dengan gaya angkuhnya. Tangannya menepuk ke dada yang bidang bersama kening terjongket sebelah.
Aryana mencebek. Angkuhnya bos ni bila bercakap. Mendongak ke langit. Errmm.. Betul juga kata-kata bos tu. Alah.. Apalah sangat dengan cincin berharga RM180. Tak luak pun duitnya yang menimbun di dalam bank. Sedikit-sedikit Aryana menyalahkan dirinya. Kenapa mesti perkara tak pasti dua tahun lepas perlu diingati. Itu kan hanya perjanjian main-main. Mujur dia hanya berkias dan tidak tanya terus. Kalau tak tadi pasti dia sudah malu besar.
“Awak nak ke taknak ni. Kalau tak nak saya tolak balik dekat amoi tu.”
“Eh nak lah. Dah bos bagi. Thank you ya bos.” Aryana menjawab laju. Kotak kecil itu dimasukkan ke dalam tote bagnya. Dia tidak mahulah terus menyarung cincin silver itu ke jari. Nanti nampak sangat yang dia ini seorang perempuan yang gelojoh. Di depan bos dia selalu sahaja berlagak ayu tak kena masa.
“Gud girl. Dan ini lagi satu. Untuk Yana juga.” Ilham menghulur pula beg kertas yang setia dijinjit ke sana ke mari bersama Aryana tadi.
Aryana melihat beg kertas berbunga-bunga itu. “Apa lagi ni.”
“Untuk Yana jugak.”
“Untuk Yana lagi?” Aryana menyoal kurang percaya. Selama ni bos bukanlah rajin sangat nak memberi hadiah. Pendek kata jaranglah kalau bos nak beri hadiah yang special-special macam ni. Takat-takat belanja makan kat tempat ada kelas tu biasalah.
“Tengoklah. Harap Yana suka.”
Aryana melihat isi dalam beg kertas tersebut. Sepasang kurung suteralah. Cantiknya….
“Ini untuk apa pulak?” Dia bertanya malu.
“Untuk dua tahun perkhidmatan yang cemerlang.”
“Bos ni…. So sweet….”
“Walaupun tahun ni Yana terlepas lagi untuk tercalon sebagai penerima anugerah pekerja cemerlang peringkat syarikat, tetapi saya tetap nak bagi hadiah penghargaan ni jugak. Thanks for being my great secretary. And thanks also for being my great friend.”
Hati Aryana menjadi kembang. Malu pula bila dia dihargai sampai macam tu sekali. “Bos pun. Thanks for being my greatest boss in the world.” Ucap Aryana jujur. Bos adalah yang terbaik!!
“ Lepas ni kita sambung jalan lagi okey.”
Aryana membulatkan mata. Dia mengeluh lemah.
“Mengeluh!! Dah bagi upah pun nak mengeluh lagi.” Ilham mula mengungkit.
Aryana buat muka. Bos memang tak pernah ikhlas. Eyyhh.. Kalau bos tak bagi. Dia pun tak naklah!!



____________________________________________________________________

Serius!! saya tak tahu nak menulis seromantik mana sampai korang boleh rasa satu-satu plot itu romantik. Saya cool, rock, selamba dan jiwang kadangkala. Romantik tidak!

Luvs,
Eila.

17 comments:

yu-hee said...

sambung lagi he3

Anonymous said...

xpe....ni pn da romantik gak....sengih je lg td nie....huhuhu :))))

Strawberi Comei said...

suke2..nk lg

nienadia said...

mcm ni pun dh okey. tak tipikal romantik scene. best2. k.iela, smbg lagi cerita ni :)

missn said...

so sweet...
ni da msuk part 2 ke?
pnjg lg x cter ni ek?

Anonymous said...

suka n sweet aje. sambung lagi ya.

Nadiah said...

best la eila....syok sgt...bagai dibuai2 masuk dalam watak ni sama...hehehehehe

.:farah:. said...

huhu..
dah cukup romantik dah neh kak..
huhu
sengih memajang baca cerita neyh..haha

aqilah said...

ini pun dah cukup sweeeeeeeeet!!!!!!
nak lagi.................

IVORYGINGER said...

aik ini pkembangan yg baik. Dah ada tanda2 bos cam cuba pikat Yana. hehehe...
Siap belikan cincin yana bkenan dah tu bg baju lg. Dahsyat bos ni. Dah mula langkah pro-active. ahaks...
Bos jatuh cinta ngan Yana betul2 na???
Eila dah mula nk wat part romantik ya ant. yana n bos. Ini br pmulaan kan Eila. Make sure ceta ni lg romantik from iman suraya. Iman nyanyikan lagu bt suraya. Ceta ni apalak???? cannot waiting full version to come out. he....

MaY_LiN said...

alahaiiiiii
bos ni kan???

hazulfa said...

bg sy ini dh ckp menyentuh jiwa..teruskn menulis..i'm waiting 4u

anys said...

gile best..waa iman suraya dah kua..
mahu cari..2 buku dah ade..hehehe..

Farhanum said...

sukaaaa3....best sgt....sonok lao dpt bos yg sporting n best camni...:)))

...CiKdiDa... said...

wah2..yana dpt cincin...i like..huhuhu

Dr.LoVe said...

best2.....tapi bila lah agaknya bos ngan yana akan bersatu...x sabar nak tunggu time tu...

miznza84 said...

ala sweetnye dorang ni.... suka sgt...