Wednesday, July 13, 2011

Edisi Tunggu2 Yes Bos!




Bos memang macam tukan?
Apa sahaja yang dia katakan, kita wajib jawab, “yes, boss!”


Sinopsis:-

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.


Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?

22 comments:

mAdA said...

wahhhh!!!dh kluar novel ni...suke3!!

Siti Mas Hidayu said...

best2...bile ada kat book store?

miznza84 said...

tahniah... hebat...

syira destroyer said...

xsbr nk beli :)

Anonymous said...

yahoooooo..dah kuar akhirnyaa... dh ade kt kedai buku ker???

anna cumil said...

yezzzzzzzzz...nk kuar dh yea...congrats2!...hehe

fara said...

yeayyyy!! finally..
congrates sis...
nk g book ciap2 kt KN.. =)

Ct_zack said...

dah keluar ke??? dah lama tunggu

Ct_zack said...

dah lama tunggu.......... akhirnya... yes bos

cactaceous opuntia said...

bile kluar bile?haha

nadia said...

tak sabar nk tunggu bln 8 nk beli novel ni ^_^

Unknown said...

dh kuor?? OMG!!! nak beli..tulum..nk beli! tulummmmmmmmm!! arghhhh! *mroyan*

Aliah Rahim said...

tak sabar nak beli novel nie....

Miss Kira said...

tahniah sis!!! ;)

Anonymous said...

eeeiiii ... lepas nie kena cari nie ... tak sabar nak baca Yes Bos .....

SueSue said...

nak beli jugak...where & when?

yoona said...

waaah! buku ni akan d'keluarkan pada bulan ogos kan?heee~ xsabarnya nak beli

Unknown said...

wuuu....niat nk beli ade,.tp kna sabar2 dulu..exam smu da dekat..budget pun xbrape nk cukup ag...pasang tekad je la dulu..

fa ez said...

dah keluar...dah dptkan pun..dan dah hbis baca pun.......best sgtttttttt.....tebaeeekkkkkkk.....

fa ez said...

dah dptkan pun nvel nie....dah hbis baca pun....mmg best dan best dan best....terbaeekkkkk.......

Unknown said...

dah order dkt kaki novel..
x sbr nak baca..hehe

kak ida said...

salam dik..akak da beli novel ni kat MPH subang parade semalam...kalo adik nak tahu..semalam ramai juga yg membeli buku ini..disana..i think mrk adalah yr die hard fan...dan da khatam pukul 4 pagi tadi..worth it dik...tak tiduq mlm ..menelaah novel adik..nasib baik..ari ni Ahad..bole qadak tidor!
sekalung tahniah kat adik krn buku ni adalah yg terbaik dan akak suka karya adik yg ini berbanding yg lain kerana citer ni sampoi,kelakar giler..akak tak kering gusi bila membaca watak watak yg diketengahkan oleh adik esp. harun driver mamat poyo.ilham..aryana yg selamba giler..setiausaha ilham..yg mempunyai aura yg tersendiri..dan off course mak datin ibu ilham yg tak pernah nak berkompromi ngan anak bujangnya pasal teman wanita..
pengakhiran citer yg akak rasa comel buat couple ini..
Hope akan ada keluaran buku terbaru dari adik dimasa yg terdekat ini...