Tuesday, November 9, 2010

YESS BOSS!! BAB 20

Aryana sibuk melihat semua juadah hidangan makan tengahari yang disediakan oleh pihak hotel. Semenjak Abang Harun berkhidmat dengan Datuk Maarof, Aryanalah yang begitu rajin menemani bos untuk makan tengahari. Abang Harun akan turut serta kalau Datuk Maarof tiada sahaja. Kadang-kadang, dari sarapan bawa ke makan tengahari sehinggalah makan malam bos akan ajak Aryana menemaninya untuk makan bersama. Untunglah dia kerana tidak perlu mengeluarkan duit makan setiap hari. Cuma kadang-kadang bila dah jemu makan di tempat yang ada kelas tu, Aryana akan merajinkan diri memasak di pagi hari untuk dibuat bekal. Belajar dari cerita lalu, dia akan awal-awal standby bekalan untuk dua orang makan agar tiada lagi insiden menyayat hati makanan habis di’paw’ oleh bos. Sebenarnya Aryana sangat senang hati melihat bos berselera makan makanan yang dimasak olehnya. Taktik memikat hati. Dia belajar memikat perut bos dulu.
“Aryana.” Panggil Ilham.
“Errmm..” Aryana sekadar menjawab sahaja. Gulai lemak daging salai bersama ubi disenduk ke dalam pinggan. Lauk ini sudah menjadi kegemarannya. Semenjak tinggal di Kuala Lumpur dia sudah pandai makan makanan dari negeri-negeri lain. Kalau dulu di kampung, dia hanya tahu membelasah gulai tempoyak sahaja.
“Yana rasa saya bos yang baik ker?” Ilham bertanya. Dia mengekori langkah Aryana yang berjalan perlahan.
Aryana ketawa kecil. Bos dipandang. Lelaki itu sedang setia menanti jawapan daripada mulutnya.
“Bos suka ni kan. Meh sini Yana ambilkan.” Ujar Aryana sambil meletakkan pula seekor ikan keli cili di dalam pinggan bos. “Bos nak suruh Yana menjawab secara jujur dan ikhlas ker?” Soal Aryana tanpa menjawab. Ayam goring berempah menjadi pilihan Aryana juga. Wah… melihat dari isi di dalam pinggan macam larat sahaja dia nak menghabiskan semuanya. Nasib baik pihak hotel menyediakan pinggan makan yang besar. Jadi selagi boleh muat dia nak rasa semua juadah makan tengahari di sini.
Ilham merengus.
“Okey. Okey. Jom kita duduk dulu. Nanti Yana bagi tahu.” Aryana ketawa lagi. Lucu bila melihat bos buat muka macam tu. Macam Elmo – muka ganas tapi boleh tahan kiut juga.
Aryana menyedut jus oren sebelum berkata. “Bos adalah seorang lelaki yang baik.” Ringkas dia menjawab tanpa mengangkat muka. Tumpuannya lebih kepada nasi yang diambil separuh, dan lauk-lauk yang macam-macam ni. Semuanya membuka selera.
“Baik jer?” Ilham menyoal. Kurang berpuas hati dengan jawapan Aryana itu.
“Yerlah. Dah bos tanya bos ni baik ker tidak. So Yana jawablah baik. Nak mati kalau cakap bos sendiri tak baik.” Balas Aryana separa bergurau.
Ilham merenung tunak wajah Aryana yang bersahaja.
“Ehh.. Bos jangan marah. Main-main jer.” Beritahu Aryana dengan tawa mekar di bibir. “Bos tu memang baik tapi bos jangan salah anggap. Yana cakap bos baik bukan sebab bos hadiahkan cincin dengan batik sutera pada Yana last week. Dan bukan sebab hari ini bos belanja Yana makan buffet kat hotel. Yana cakap bos baik sebab memang bos baik. Sebab tu Yana boleh bertahan kerja dengan bos sampai sekarang.” Ujar Aryana jujur dan ikhlas.
Ilham kembali senyap namun ada senyuman yang terukir. Nasi dikuis-kuis dengan sudu.
“Kenapa bos tanya macam ni?” Soal Aryana pula. Kini dia lebih berirama serius. Sesuai dengan mood bos.
“Entahlah. Kadang-kadang saya rasa saya ni macam tak cukup baik untuk ditemukan dengan perempuan yang baik.” Ilham sekadar menjawab. Sudu dibawa malas ke mulut.
“Ini mesti kena sound dengan datin lagi ni kan.” Aryana cuba meneka. Tapi dia sudah dapat jangkakan yang tekaannya itu tepat. Datin Rokiah Kamsan kan. Siapa tidak kenal. Sekali sudah membebel bukan boleh berhenti.
“Tu la bos… Dah Yana tolong adjustkan yang baik-baik bos tak mau. Jual mahal sangat…” Aryana menyambung lagi.
Ilham sekadar tersenyum.
Kan betul…..
“Aryana dah ada boyfriend?” Soal Ilham tiba-tiba.
Aryana yang sedang menyedut jus oren tersedak apabila mendengar pertanyaan bos itu. Bos dipandang. “Yana tak ada boyfriend.” Jawabnya datar.
“Takkanlah sampai sekarang pun tak ada?” Ilham bertanya lagi. Kurang percaya.
“Tak ada.” Aryana menjawab.
“Kenapa?”
“Malas!!”
“Malas ke tak laku?” Sindir Ilham.
Aryana mencebek. Bos dijeling.
“Kuat menyibuk. Kuat berleter. Lelaki mana pun takut.” Balas Ilham. Sekarang dia pula yang galak ketawakan Aryana.
Aryana membulatkan mata. “Excuse me. Kalau bukan sebab datin, Yana pun tak kuasalah nak menyibuk hal bos. Dan lagi satu Yana bukan berleter dengan bos. Cuma nasihat. Dan buat pengetahuan bos jugak, Yana bukannya perempuan yang tak laku. Cuma Yana belum jumpa ajer lagi dengan lelaki idaman hati Yana tu.” Bebel Aryana. Muncungnya berdepa panjang. Geram dengan bos. Dari dulu selalu sahaja mendoakan dia menjadi anak dara tak laku. Puaka betul!
“Owwhh.. Tahu pulak ada idaman hati. Habis tu saya tak ada ker?” Balas Ilham.
Kata-kata bos mengundang ketawa Aryana. Lucu sungguh statement itu.
“Bos ada idaman hati ker. Setahu Yana semua perempuan berdahi licin tu idaman hati bos.” Perli Aryana. Aryana menghela nafas perlahan sebelum menyambung kembali kata-katanya. “Bos sampai bila nak macam ni. Sampai bila bos nak mempermainkan hati wanita. Bos bukan makin muda. Makin tua. Bos patut cari seorang perempuan yang boleh jaga bos. Bukan cari perempuan untuk mengisi masa bos ajer.”
Ilham hanya mendiamkan diri. Membiarkan Aryana terus berkata-kata. Setelah mendapati Aryana sudah berhenti berkata-kata baru Ilham mencelah.
“Aryana bukan saya yang tergila-gila mereka tu semua. Mereka yang datang mencari saya. Mereka yang mengharapkan sedikit cinta dari lelaki yang seperti saya. Lagipun salah ker kalau saya memberikan sedikit rasa kasih sayang saya ni pada wanita-wanita tu semua.”
Aryana buat muka. Nak termuntah bila mendengar kata-kata bos yang kedengaran riak itu. Kalaulah memang pun bos itu punya potensi untuk buat semua perempuan jatuh cinta dengannya tak perlulah nak jadi sombong, bongkak, riak, berlagak – SBRB.
Ilham ketawa kecil. Terasa lucu apabila melihat Aryana dengan ekspresi muka yang sebegitu.
Aryana mendengus geram. Bos tidak pernah mahu serius. Ada sahaja benda yang nak dibuat main-main.
“Kenapa Aryana bersungguh-sungguh sangat mencari calon yang sesuai untuk saya dulu yer?” Ilham kembali menyoal.
“Sebab datinlah. Siapa lagi.” Aryana menolak malas pinggan makan yang sudah habis dijamah. Selepas ini dia mahu mengambil desert pula. Tadi tengok macam ada bubur anak lebah dan bubur pulut hitam. Ini dua-dua kegemaran dia. Adakah rasanya seperti yang opah buat? Nanti dia akan rasa.
“Aryana tahu tak. Saya…” Ilham berhenti sejenak.
Aryana memandang bos dengan pandangan penuh was-was. Tiba-tiba pulak bercakap lembut-lembut pulak ni. Aryana tenang menanti apa yang inign bos sampaikan.
“Saya tak perlu semua perempuan-perempuan tu. Dan Yana pun tak perlu nak mencari calon untuk diri saya. Saya sebenarnya sukakan Aryana. I love you.” Ucap Ilham lembut.
Aryana terpempan. Terasa jantung bagai mahu terlompat keluar. Hatinya menjadi kembang. Ingin sahaja dia meminta bos untuk mengulangi kata-kata itu agar memastikan yang dia ini sebenarnya tidak pekak dan apa yang bos katakan itu benar dan bukan ilusi.
Ilham yang sudah tidak tahan melihat riak muka Aryana yang berubah terus itu melepaskan tawanya. Tawanya itu membuatkan setiap pengunjung di dalam restoran hotel ini memandang ke tempat dia dan Aryana duduk.
Aryana makin keliru. Kenapa bos ni. Tapi dia masih lagi dia membatukan diri. Dia masih menanti-nanti kutlah bos nak ulang balik apa yang dia katakan tadi. Yang bos katakan ‘I love you’ kepadanya lima minit yang lepas. Sebab dia dah tak sabar nak balas balik dengan ‘I love you two, three, four’.
“Jokinglah.” Ilham menarik sedikit awning tudung Aryana ke depan. Dia mahu gadis ini sedar diri cepat. “Takkanlah saya nak cakap I love you pada Aryana.” Kata Ilham dengan tawa yang bersisa.
Muka Aryana berubah warna. Malu. Terasa gurauan bos macam melebih. Bos dijeling tajam. Alah… macamlah dia hadap sangat bos tu. Dalam hati dia terasa sedih pula dipermainkan macam tu. Bos buat dia macam perempuan murahan yang tak ada maruah. Mudahnya bos mempermainkan hati perempuan. Atau sebenarnya hati perempuannya ini yang cepat sangat menjadi lemah jika berhadapan dengan bos. Macam mana tak selemah ini jika rasa itu sudah bertanda di hati. Sememangnya sudah lama dia jatuh cinta dengan bos. Bukan semalam. Bukan minggu lepas. Bukan bulan lepas. Rasa tu dah lama. Cuma bos ajer yang tidak menyedarinya kerana dia selalu di’overshadow’ oleh girlfriends bos yang keliling pinggang itu. “Bos ni bila baru nak jadi serius.?” Aryana menutur rendah. Dibawa muka menghadap tempat lain. Hilang selera nak pergi makan bubur tadi. Bos punya pasal!!
Ketawa Ilham mati. Aryana yang memaling kan muka ketepi direnung.
Sedar diperhatikan Aryana memandang semula ke wajah bos. Tepat. Pandangannya tajam menikam. Keningnya terangkat sebelah. “Kenapa bos ni?” Soalnya keras.
Ilham ketawa kecil. “Awak feeling yer. Awak suka saya yer.” Giat Ilham.
“Ah tak ada maknanya.” Cepat Aryana menafikannya.
“Eh..tadi macam ada feeling-feeling ajer.” Ilham mengusik lagi.
“Mana ada. Mana ada.” Aryana menggeleng-geleng kepala.
“Eh tak ada ker. Tu muka merah tu.” Ilham menuding ke muka Aryana yang terlebih pemerah pipi.
Aryana mendengus geram. Bos tak boleh dilayan. Makin dilayan makin menjadi.
Ilham tak berhenti ketawa. Masih mengekek.
“Bos seriuslah.” Bentak Aryana geram. Dia dah terasa nak meninggalkan sahaja lelaki ini dan balik saja ke rumah. Owwhh.. Ya. Hari ini bukan hari berkerja. Hari ini hari minggu. Tapi dia tetap ikut juga bos keluar makan tengahari. Sebab konon lelaki ini dirundung masalah. Sanggup pula tu mendengar bebelan Mak Ngah sebelum ke mari tapi sudahnya dia kena main pulak dengan bos. Sekarang apa lagi yang perlu dia hadapi. Dia sudah penat.
“Aryana saya hanya akan serius bila….” Ilham berfikir sejenak.
Tutur bos yang sudah mula menunjukkan ada gaya nak jadi serius membuatkan Aryana mengalih pandang kepada bos sekali lagi. Kalau agak bos nak main-main lagi dia memang akan terus blah sahaja dari sini.
“Bila apa?” Soal Aryana apabila dirasakan bos terlalu lama pula berfikir untuk menyambung kata-katanya itu.
“Bila saya jatuh cinta.” Kata Ilham yakin.
Aryana ketawa mengejek. “Dah berpuluh kali pun bos jatuh cinta.” Sinis dia bersuara.
“Tak. Itu bukan cinta. Itu hanya kesukaan saya sahaja. Saya hanya akan jatuh cinta pada gadis yang akan buat jantung saya terhenti sejenak sebaik sahaja saya terpandangkan wajahnya.”
Patutlah bos tak pernah jatuh cinta dengan dia. Maklumlah sebaik sahaja pertama kali berjumpa dengan bos dulu jangankan nak harap jantungnya berhenti, malah lelaki ini siap mengamuk dan melarikan diri dari pejabat pulak tu. Aryana diam. Tekun mendengar tanpa ada rasa mahu mencelah.
“Yang akan buat mata saya tak berkelip hanya kerana tak mahu terlepas peluang satu saat pun menatap wajah cantiknya itu.”
Patutlah bos tak mungkin jatuh cinta dengan dia. Sebab masa pertama kali bertemu dulu sedetik sampai dua tiga empa lima enam kali mata bos berkelip tak henti. Terpegun melihat dia yang langsung ada satu pun kreteria yang bos suka. Haihhh… tipikalnya kegemaran seorang lelaki. Nak yang cantik. Nak yang berbody solid. Nak yang seksi sahaja.
“Yana doakan ajerlah bos boleh berjumpa dengan bidadari yang bos idamkan tu.” Akhrinya Aryana berkata malas. “Jomlah balik. Saya dah penat satu hari ni duk melayan bos ajer kerjanya.” Pinta Aryana. Dia bangun.
“Okey. Jom.” Balas Ilham. Dia bangun. Sebaik dia berpusing ke belakang dan melangkah setapak ke hadapan, dia terlanggarkan seseorang.
“Ouucchh…” Jeritan halus kedengaran.
Pandangan Ilham terpana pada pemilik suara halus yang menjerit itu. Bidadari turun dari langit. Itu sahaja yang terlintas di otaknya.
“Excuse me…” Gadis itu manja meminta laluan apabila jalannya dihalang oleh Ilham. Rambut yang sedikit berjuraian diselit ke tepi telinga.
“No…” Ilham menutur sepatah.
Gadis itu mengerut dahi. “What ever.” Dia berlalu.
“Hey…” Panggil Ilham. Dia berjalan perlahan mendekati gadis itu.
“Ilham Irfan.”
“Mellina.”
“Aryana.” Aryana menyampuk. Turut sama menghulurkan tangan. Tujuannya bukanlah nak menyibuk tapi nak menyedarkan bos yang bos sudah hampir dua minit bersalaman tak lepas tangan dengan perempuan yang bernama Mellina tu.
“Bos.. Kita dah lambat. Jom..” Aryana berbisik di tepi telinga bos. Tangannya menarik lengan bos.
Ilham menjeling ke arah Aryana. Kad nama yang memang ada standby di dalam poket seluar dikeluarkan. Lalu diberikan pada pemilik nama Mellina ini.
Mellina tersenyum. Bagai memahami senyuman melirik Ilham itu, sekeping kad juga dikeluarkan dari tas tangannya. Sebelum dia berlalu pergi, kad tersebut di serahkan kepada Ilham.
Ilham masih terpana dengan gaya menggoda Mellina. Tidak pernah dia berjumpa dengan perempuan secantik Mellina. Kad nama yang diberikan oleh Mellina tadi dilihat. Mellina boleh tahan juga orangnya. Tuan punya butik pakaian. Patutlah cantik sehingga senang untuk hatinya tertarik.
“Bos jom baliklah.” Aryana menggumam apabila bos sekali lagi berada di dalam keadaan kurang sedar.
“Jom.”



==================================================================

Saya tahu korang semua mahu mereka bercinta. Tapi...kalau tak ada cinta-cinta tak boleh ker??? Agagaga... Peace!!


Luvs,
Eila

25 comments:

aqilah said...

kesian yana tau!!!!!!!!!!!! apapun, bset!!!!!!!!1

Anonymous said...

nk ilham ngn yanaaaa........ kesian yana tau!!!!

fatim fatimah said...

kasian yana,,tk guna punya bos,,tk ada perasaan tul

Anonymous said...

kesian kt yana...bagi la bos pn ada perasaan kt yana jugak....

cactaceous opuntia said...

xpyh cinta pn xpe...boley je kalau nk buat yana nti jupe org lain...pas 2 baru die sdar prasaan ngn ilham tu cm prasaan adik ngn abg kn..haha...pas 2 buat la ilham ngn org len...xde hal pnye...hee

nadia said...

sokong cactaceous opuntia :)
tp last nnt nk gk ilham ngan yana.

Anonymous said...

maybe ilham belum sedar yang cinta sebenarnya adalah dgn yana. nanti bila yana dah terjumpa org lain baru akan timbul rasa cemburu dihatinya dan perasaan cinta pd yana wujud dlm dirinya. apa2 hal pun kesian dgn yana.

pelangi said...

alahhh...suspens jer..huhuhuhu..tetiba muncul watak len...ini namanya cerita kan..penuh kejutan....teruskan ya...

pelangi said...

huhuhuhu...suspens jer tau..tp kejutan yang baik.. teruskan ya..

Strawberi Comei said...

mmm..nk yana n ilham gak...tp klu biar ade org laen suke kat yana..pastu biar ilham cmburu lihat lelaki kacak suke kat yana..hahaha..baru best!

Miss Kira said...

cian yana..bos jahat seh...

miznza84 said...

benci ilham ni tau.. tak penah nk berubah.. sian yana... yana susah2 tak payah tunggu en. bos tu ..cari je yg lain... biar dia plak rasa kehilangan yana....

Dr.LoVe said...

hish...bodohnya ilham ni kan...permata depan mata pun tak nampak....hish..geram tau...gigit ilham ni baru tau...matanya dibutakan kerna kecantikkan luaran sahaja....

MOMOCHAN said...

alaaa kenapa jumpe pompuan lain pula?eeeeee~

farra ramli said...

fara xkisah..make sure happy ending la..hikhik~

nursya said...

xpe cr kn jer yana lelaki yg lg hensom n lg gentlement ar dr si ilham tu...
biar tjojol mata si ilham tuh..
aper ingat si yana tu x laku ker???
eeee...
geram lak nie...

bidadari cinta said...

hihi..best!

imannuraisha said...

stuju ngn steawbery comey....ehehe
nal la cintan cintun...
bru ade feel nk bace....
kehkehkeh...(gatai sngguh..huhu)
papepon,best sgt...smbg la lg...

Aishah Hamzah said...

haha SBRB....layan GENG SURAU gak ke? haha pape pn best....teruskan lagi....tp nk ilham ngan yana....cuma sebelum die org bersama tuh,bykkan la konflik perasaan....baru mantopppp....haha well done!

IVORYGINGER said...

betul2 Dr. Love.
Permata depan mata xnmpk. Bodoh tul Ilham. xkan xsedar slama ni Yana ikut ja apa dia suh bt. Weekend pun kuar ngan bos. Kecantikan luaran xmenjamin kebahagian.
Yana spatut tggl ja bos dia tu. Cr keja kat pat ln. Biar Ilham rasa bila Yana tiada hidup dia camna.

IVORYGINGER said...

hehehe... Iela,
we all expect Yana n Bos sbb hnya Yana yg leh tegur bos even dianya parent pun xleh bt camtu.
Rs diaorg sgt padan. Tu kami smua nk Yana n Ilham. Sweet couple should be. ;D

Unknown said...

em..nk tnye lg..spttnye terpegun melihat dia yg x ada 1 pon kriteria yg bos ske kn? ke sy yg terlbh pndai ni? miahaha..btw..x ske n3 ni..sbb bos jmpe pmpuan len..UNLIKE! ehehe...nk bos dgn yana jgk! plezzzzzzzzzz....+.+

MaY_LiN said...

hihihi..
go go yana..
jon sesama blasah boss

Nu_Rull said...

alaa.. nape timbul watak ni plk... patutnye bos yg jeles sbb ade org minat nge yana... xpe2, biar die lalai dulu nge watak 2, hihihi...

Anonymous said...

ERM...x skew ilham wat yana cm uh... lme2 mymph lak dgn ilham niew...klo ley kn... kuar larh kn hero ke-2 bg ilham jelez...bwu pdan mkew die...asyk yana jew tkena...hehe...