Saturday, August 6, 2011

Calon Jodoh Untuk Adik 17


BAB 17
“Kau ni kenapa Mer.  Kerap sangat pulak sakit kepala kau tu datang.”  Bebel Izlan seraya menghulur segelas air suam kepada Azmer. 
Azmer masih mampu tersenyum walaupun kepalanya sekarang bagai diletakkan batu besar.  Sangat berat.  Gelas dari huluran tangan Izlan disambut.  Perlahan dua biji pil yang diambil dari hospital semalam ditelan.  Air diteguk. 
“Kau tak keluar pulak malam ni.”  Azmer bertanya.  Dia cuba memejamkan mata.  Tetapi gagal akibat kepala yang berpusing hebat.
“Dah kau sakit macam ni, macam mana aku nak keluar.  Buat risau aku ajer.”  Jawab Izlan.  “Mari sini aku picitkan kepala kau tu.”  Dia menawar diri. 
“Kau pandai ke Ee.”  Azmer bertanya.  Agak ragu-ragu jika Izlan mempunyai kemahiran urut mengurut ini.
“Aku ni kalau tak sebab tak diterima masuk kelas sains hayat dulu dah lama aku jadi doktor tau.”  Seloroh Izlan.  Minyak angin Cap Kapak botol besar yang sememangnya sudah ada tersedia di atas meja kopi di ambil.  Kepala Azmer dipicit-picit.  Kemudian nakal tangannya membuat fesyen rambut baru pula di kepala Azmer.  Sekejap-sekejap dia buat rambut terpacak macam fesyen Beckham dahulu kala.  Sekejap-sekejap rambut Azmer sudah jadi macam buah durian.  Azmer hanya merelakan sahaja apatah lagi mendengar suara halus Izlan cuba menahan tawa.  Itu pasti sedang membahankannya di dalam hati dengan rupa rambut baru yang dicipta khas untuknya.  Azmer tidak kuasa mahu marah-marah.  Izlan diberi mandat untuk buat apa yang disukainya sementara dia tengah sakit.
“Sayang jugak kau dekat aku yer Ee.”  Tiba-tiba Azmer bersuara rendah.
“Kau ni sayang menyayang pulak malam-malam macam ni.  Meremang bulu roma mak ni noks!!.”  Izlan bersuara malu-malu kucing.  Bahu Azmer ditampar perlahan.  Manja!
“Gila.  Jangan macam-macam.”  Azmer memberi amaran. 
Mereka sama-sama ketawa.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.” Azmer dan Izlan serentak menjawab salam dari pagar rumah.
Saper pulaklah yang datang melawat malam-malam ni.”  Rungut Izlan.  Malas-malas dia bangun untuk menjenguk gerangan tetamu yang datang. 
Pintu dikuak. 
“Abang ada?”  Aku menyoal dari luar pagar rumah.  Aku menjadi sombong bila melihat muka dia yang terjojol di muka pintu.  Mukaku paling ke tepi. 
Dia keluar.  Membuka pintu pagar yang bermangga besar.  Tanpa menghiraukan dia, aku dan Suhaila terus masuk ke dalam rumah. 


“Abang ni..  Kenapa sakit tak bagi tahu Ris.”  Aku memarahi abang sebaik sahaja melihat keadaan abang yang berbungkus bangkas dengan comforter.  Yang kiri kanan dahinya bertampal koyop.  Yang seluruh badannya berbau minyak angin Cap Kapak.  Yang kepalanya……errmmm……..ada buah durian!!
“La…  Kenapa datang rumah abang malam-malam macam ni.  Rumah abang ni rumah bujang, tak eloklah anak dara datang.”  Azmer bersuara.
“La…Apa pulak.  Ini rumah abang kan.  Kita adik beradik.  Lagipun ada Eila sekali.” 
Abang diam.
“Ni Ris ada bawak bubur.”  Aku menunjuk bekalan yang ku bawa untuk abang.
“Masak?”  Azmer bertanya dengan senyum meleret.
Aku tersengih malu.  Kepalaku geleng perlahan.  “Bubur ayam Mcd.”  Kataku bersahaja. 
“Tak apalah.  Letak dulu dekat situ.  Nanti-nanti abang makan.”  Balas Azmer.
“Abang tu lah… Semua nak nanti-nanti.  Makan sekarang.”  Aku mengarah. 
“Eila, kau tunggu abang aku sat, aku nak ambil sudu dekat dapur.”  Aku mengarah Suhaila pula.  Aku sengaja memberi lampu hijau untuk Suhaila bersama abang.  Time sakitlah Suhaila perlu memain peranan dengan sebaik mungkin untuk menambat hati abang.  Mana tahu, hati abang boleh cair dengan kesungguhan Suhaila menjaganya di waktu sakit. 
Aku masuk ke ruangan dapur rumah bujang abang.  Dapur orang bujang.  Bersepah di sana-sini.  Aku masih tercari-cari di mana orang-orang bujang di dalam rumah ini meletakkan sudu bersih.  Sebatang pun aku tak nampak.  Yang kotor di dalam mangkuk meggie yang tinggal separuh itu adalah satu.
“Cari apa?”  Izlan bertanya.
“Sudu.”  Aku menjawab ringkas.  Masih lagi tercari-cari dimanalah sudu-sudu di dalam rumah ini.  Mencari sudu bersih mengalahkan mahu mencari harta karun.
Aku hanya memerhati tingkah Izlan.  Aku lihat dia mengambil sudu dari mangkuk meggie separuh tadi lalu dibasuh.  Tisu dapur digunakan untuk mengeringkannya lalu diberikan kepada aku.  Sungguhlah semua sudu di dalam rumah ini  masih belum bercuci.
“Macam mana korang boleh duduk di rumah macam ni.  Ini dapur ker rumah tikus.”  Aku berkata sarkastik sebelum kembali ke depan dan meninggalkan dia dalam keadaan terpinga-pinga.


“Abang kena rajin makan ubat okey.  Tamaulah tengok abang sakit-sakit macam ni.” Kataku sebelum pulang.
“Yerlah…….”  Azmer sekadar menjawab. 
“Terus kebah demam abang ni bila dengar Ris membebel macam tu.”  Sambungnya lagi.
Aku hanya ketawa. 
“Eila drive nanti elok-elok yer.  Dah malam ni.  Terus balik jangan nak menyinggah ke mana-mana pulak.”  Pesan Azmer lagi.
“Okey.  Take care yer abang.”  Balas Suhaila malu-malu kucing.
“Okey abang.  Kita orang balik dulu.  Take care okey.  Nanti-nanti kita orang datang lagi.”  Aku berkata girang apabila melihat abang sudah boleh bangun. 
“Arisa!!!”  Azmer memanggil sebelum Arisa masuk ke dalam perut kereta.  Dia pergi mendapatkan adiknya itu.
“Tahu kan abang sayang Arisa.”  Azmer berkata. 
Aku ketawa kecil.  “Abang ni…Tahu.  Abang tu.   Jangan lupa makan ubat.”  Aku meninggalkan pesan lagi.
Aku tersentap apabila tiba-tiba abang memelukku erat di hadapan Ee dan Suhaila. Abang mendakapku erat.  “Tahukan apa-apa yang abang buat selama ini untuk kebahagian Ris.”  Aku mendengar dengan jelas apabila abang berbisik perlahan di tepi kuping telingaku sebelum pelukkannya dilepaskan. 
“Okey.  Babai abang.”  Kataku payah.  Terasa lain pula malam ini.  Sekali lagi aku bersalaman dengan abang.  Tangannya ku kucup sebelum aku masuk ke dalam kereta Suhaila.


“Kenapa kau senyap.”  Suhaila bertanya sebaik sahaja kereta Viva miliknya meninggalkan taman perumahan rumah sewa abang dan menuju ke jalan besar.
“Aku rasa lain macam.”  Kataku tanpa menyorok perasaanku saat ini.
“Rasa apa?”  Suhaila bertanya pelik.
Soalan Suhaila aku biarkan sahaja.  Tanganku meraba telefon  bimbit di poket belakang denim yang aku pakai.
“Alah…..”  Aku mengeluh panjang.  “Bateri habis.”  Aku berwajah hampa.  Tote bag Eila yang sememangnya berada di ribaku aku raba-raba.  Mencari handphone Eila.  “Eila pinjam handphone kau.  Aku nak telefon abang aku sekejap.”  Kataku meminta izin.  Tangan masih tercari-cari ke Blackberry Eila.
“Mana handphone kau.”  Aku bertanya apabila gagal menjumpai telefom bimbit Suhaila di dalam totebagnya yang penuh dengan macam-macam barang.  
“Dalam tu lah.” 
“Tak ada pun.”
“Sah tertinggal.”
“Alah..”  Aku mengeluh lagi.
“Kau ni kenapa tiba-tiba ajer nak telefon abang kau.  Kita kan baru ajer balik dari rumah dia.  Sampai rumah pun belum lagi kan.”  Kata Suhaila tidak faham dengan tingkah Arisa.
“Aku tak sedap hatilah bila abang aku peluk aku tadi.”  Balasku.  Masih lagi khuatir dengan sikap abang ketika dia mahu pulang tadi.
“Selama ni abang kau tak pernah peluk kau ke Ris.”  Tanya Suhaila.
“Tak adalah.  Cuma tadi tu…..errmm.”  Aku kehilangan kata. 
“Emosi kau ajer tu.  Tak ada apalah. Abang kau demam jer.”  Suhaila cuba menenangkan emosi Arisa.
Aku melepaskan keluhan.  Pandanganku lempar di luar tingkap.  Mungkin betul kata Suhaila.  Emosi aku sahaja kut tadi. 




6 comments:

cikdidasyuhada said...

azmer dh nak mati?? ohhh! sdeynye! tlg la bg wasiat srh ris kawen dgn e..tlg la..huhuhu

Anonymous said...

huhu cdih la plak n3 kali nie..
jgn la bgi azmeer 2 mati..xmaw2..:(

aiscream cokolat said...

adeh! tersentap jap hati bile abg peluk ris...cepat la ris kau patah blik g rumh abg!

cik aoi bulat said...

waaaaaaa.

alfa syamimi said...

bez wa!! skarang abang adek jarang nak sweet mcm ni..

S Adda said...

alahhh . suka azmer . jangan lah bg dia mati :(