Saturday, August 6, 2011

Langkah Izzara Bab 1

BAB 1

Semua hadirin berkumpul di ruang tamu rumah.  Tok kadi yang baru tiba terus membuka fail yang dibawa lalu teks khutbah akad nikah dan surat nikah yang belum bertandatangan dibelek-belek sebentar sementara menunggu semuanya bersedia.  Bakal pengantin lelaki sudah segak berbaju Melayu teluk belanga berwarna kuning cair sudah bersedia duduk di alas baldu merah di tengah ruang tamu.  Sekejap masa lagi, majlis pernikahan antara Hannah Izzara dan Zarul Azhar akan berlangsung. 
Zulaika keluar dari bilik pengantin perempuan dengan muka yang sukar ditafsirkan.  Dia pergi mendapatkan Haji Sulaiman yang duduk disebelah tok kadi.  “Abah, Zara dah tak ada.”  Tutur Zulaika lemah. 
Mata Haji Sulaiman membuntang.  Dadanya berombak kencang.  Masakan semuanya sudah bersedia si pengantin perempuan pula tiada.  Dan Izzara kemana perginya?
Melihat perubahan air muka Haji Sulaiman membuatkan Zarul Azhar merapati lelaki itu.  “kenapa abah?”  dia menyoal perlahan.  Kebiasaannya begitulah dia.  Walaupun belum lagi secara rasmi Haji sulaiman menjadi bapa mertuanya, mmenag itulah panggilan yang sellau dia panggil kepada haji sulaiman.
Haji sulaiman diam.  Mulutnya sukar untuk mengeluarkan kata-kata.
“Zara lari.   Dia tak ada dalam bilik.”
Azhar cuba menahan rasa marah yang datang tatkala mendengar berita yang disampaikan oleh Kak Zulaika.  Seraya itu semua mata hadirin menghala kea rahnya yang sudah keluar dari rumah. 
“Apa dah jadi ni Haji.  Jadi ke tak jadi ni majlis nikah kit ani.”  Tanya Tok Kadi selepas melihat kejadian sebentar tadi.
“Belum sempat menjawab, haji Sulaiman telah rebah pengsan. Dan suasana menjadi semakin hingar.



“Nah!” 
Baju pernikahan berwarna kuning air berhiaskan dengan manic swarozki diberikan kepada Nadira. 
Beg galas yang dipegang oleh Nadirah kini sudah beralih tangan keapda izzara pula.  Beg tersebut digalas di belakang. 
“Walau apa pun terjadi, ini rahsia kita berdua jer.  Kau jangan sesekali bagi tahu pada sesiapa aku pergi ke mana, dengan keluarga aku sekali pun.”  Izzara memberi peringatan.
“Ohww..Come onlah.  Aku kan sepupu kau yang boleh dipercayai.”
“Bukan sekadar sepupu aku jer, kau kawan baik aku jugak.  Dan semua idea ni pun datang dari kau kan.”
Nadira menggaru kepala.  “Ya.  Memang.  Tapi kau memang suka kan.  Atl least kau takkan terpaksa kena kahwin dengan Zarul Azhar.”
Izzara tersenyum.  “Ya. Bagus untuk aku kan.”
“So lepas ni bila lagi kau akan balik ke kampung.”
“Errmm…”  Izzara tidak punya jawapan.
“Tengoklah nanti macam mana?  Yang penting aku nak jumpa Kamal dulu.  Lepas tu tengoklah macam mana.”  Jawab Izzara tidak lagi mengambil kisah tentang perasaan seluruh ahli keluarganya.  Apa yang penting ketika ini, adalah bertemu kamal, buah hati yang sudah berjanji untuk sehidup semati yang akan menempuhi segala onak dan duri sepanjang hidup ini.  yang lain-lain, lain kali yang akan difikirkannya.  Lagipun Izzara tidak mahu menyesakkan kepalanya.  Apa yang dia buat selama ini pun tidak pernah elok dimata semua ahli keluarga.  Alang-alangkan lebih baiklah dia pergi.  Tak menyusahkan sesiapa pun.  Diaa sudah dewasa.  Sudah boleh menentukan hala tuju dan langkah hidupnya. 
“Okeylah.  Bas dah sampai.  Apa-apa nanti aku roger kau.  And, good luck untuk tawaran masuk university kau tu.”  Izzara berkata.
“Okey.  Babai…”
Bergerak sahaja bas general berwarna hijau mahendi itu, Nadira tersenyum.  Usahanya ternyata berhasil.



Izzara nak pergi mana?” 
Langkah kaki izzara mati.  Ia kaku terpasak di bumi.  Arggghhh!!  Nadirah!!  Payah dia menoleh.
“Buat apa awak datang sini.”  Marah Izzara.
“Izzara boleh bertanya pada saya kenapa saya datang sini?”  Zarul bertanya. 
Izzara mengjulingkan mata ke atas.  “orang dah kata orang tak mahu kahwin dengan awak.  Kenapalah awak dengan family awak tak paham-paham.” 
“Saya cin..”
“Eyhh…Please lah.  Awak dah cakap benda tu seratus lima puluh kali, dan saya dah bagi jawapan lebih seribu kali yang saya tak pernah cintakan awak.  Ngee..  Tolonglah awak.  Gelilah!”  Hambur Izzara tanpa perlu untuk dia menjaga hati dan perasaan Zarul. 
“Izzara, kita boleh pupuk perasaan sayang dan cinta tu nanti.  Yang penting dan yang awak perlu tahu, saya sayangkan awak.  Saya berjanji saya akan bahagiakan awak untuk seluruh kehidupan awak nanti.  Percayalah cakap saya.  Saya benar-benar sayang dan cintakan awak Izzara.”
Izzara buat muka.  Ayat ini juga sudah muak dia dengari dari mulut Zarul.  Banyak kali lelaki ini bercakap dengan luhur tentang hati dan perasaannya, tetapi bagi Izzara penderiannya tetap sama.  Sekali tidak bererti tidak untuk selamanya.  Dia sudah punya Kamal.  Itulah cintanya sampai mati.  “Zarul, errmm….”  Izzara mencari perkataan-perkataan yang sesuai untuk memberi penjelasan agar Zarul memahami keadaan dirinya yang sebenar dan tidak terlalu obsess untuk mendapatkan cinta daripadanya.
Zarul sedia menanti.  Harapannya biarlah Izzara mengeluarkan sesuatu yang baik dari mulutnya nanti.
Izzara menggaru kepala. Payah benar mahu bercakap dengan manusia yang tidak faham bahasa.  Mahu kata Zarul jenis kurang cerdik, hah…  satu kampung tahu, dia baru balik belajar dari luar negeri. 
“Zarul, please.  Kalau betul awak sayangkan saya, tolong izinkan saya pergi sekarang.  Bas saya nak bergerak dah tu.”  Izzara bingkas bangun untuk menuju ke platform nombor 4.  Tempat bas Ekspress Consortium membawa penumpang ke kuala Lumpur telah tiba. 
Sepantas itu juga, tangan Zarul menyambar lengan Izzara yang kecil molek.  “Ngee…  Apa hal ni.”  Marah Izzara. 
“IKut saya balik.”  Akhirnya Zarul membuat kemputusannya untuk Izzara.  Izzara di tarik.
“Eyyyhhh…Tak mahu!”  Izzara melepaskan pegangan Zarul itu.  “Zarul saya tak nak.  Okey.  Saya tak nak kahwin dengan awak sebab saya dah ada kekasih saya sendiri.  Lelaki yang saya nak sehidup semati dengannya.  Tapi abah tak bagi.  Kak long kak ngah, semua menentang. 
Zarul terdiam.  Baru hari ini dia tahu duduk bangun cerita sebenar.  “Tapi Izzara tak boleh nak pergi dengan cara begini.”
“Zarul, saya dah tak pedulikan orang lain lagi sebab di rumah tu tak siapa pun pernah ambil peduli hal saya.”
“Tapi awak akan menyesal kalau awak ambil tindakan sebegini.”
“Zarul, ini jalan yang saya pilih.  Dan saya tak akan menyesal dengan jalan yang saya dah pilih.  Baik awak pergi balik.  awak lelaki baik, dan saya yakin awak akan jumpa perempuan yang lebih baik dari saya.  Saya kena pergi sekarang.  Panjang umur kita jumpa lagi.”
Zarul sekadar menghantar Izzara dengan pandangan jauh apabila si gadis itu sudah pun memasuki ke dalam perut bas.  Nafas lemah di hela.  Izzara…  Tuturnya sepatah tanpa sedar apabila bas tersebut sudah berlalu perlahan-lahan meninggalkan hentian bas ekspres medan gopeng. 


7 comments:

mAdA said...

ngaaaa~~nak zarul azhar jdk hero bleh??;P

Anonymous said...

citer baru..
cpt2 la smbg..:)

Nur said...

baru selangkah langkah izzara nih.tapi besh! :)

Wild Cherry said...

tertanya2 sape hero sebenar dia

bulat said...

waa.citer baru.whatll happens next.cant wait.hehe

Me is Whoa! said...

sambung pls, dah tak sabo ni :)

Unknown said...

izzara..cantiknye name! ehehe..btw, nnt mst si kamal 2 x layan izzara n izzara menyesal. pahtu zarul la jd heronye. ngehehehe..sukenye sy leh wat plot sndiri! dish! ahahaahhaahahahah~ btw, x sabo nak bace cite ni lagi..:)