Thursday, September 25, 2014

Yes Ma'am : Part 2 : Bab 4

Bab 4
“Hello….” 
Bola mata Aryana macam nak tercabut daripada soketnya apabila mendengar suara serak seperti baru bangun tidur di hujung talian.
“Abang baru bangun!!  Abang dah tahu tak pukul berapa sekarang nih!!  Sudah pukul tujuh abang tahu tak.”  Sengaja Aryana terpekik-pekik.  Sudah ditelah.  Ramalannya benar belaka.  Memang akan lewatlah Adib akan ke sekolah hari ini.
Ilham yang sedang mamai cuba membuka mata luas-luas untuk melihat jam loceng di meja tepi katil.  “Baru pukul 7.00 Yana.  Apa ada hal.”
“Abang jangan nak buat hal abang, abang lupa ker yang  abang kena hantar Adib pergi sekolah hari ni.  Abang tahu tak sekolah Adib dengan rumah Abang bukan dekat.  Jauh!!”  Pekikan Aryana semakin kuat. 
Ilham yang baru tersedar tentang Adib dan Adalia yang bermalam di kondo miliknya semalam bingkas bangun dari tidur.  “Adib…Baby….”  Suaranya memanggil-manggil.
“Abang…Mana anak-anak?”  Nada Aryana mula berubah apabila mendengar suara Ilham memanggil-manggil nama anak-anaknya tetapi tiada balasan.  Perasaan takut serta merta menular dalam diri.  Adakah Adib dan Adalia keluar rumah tanpa pengetahuan abah mereka?
“Abang!!!”  Suara Aryana makin naik apabila tiada respond dari Ilham.  Ilham yang terkejut terus menjarakkan telefon bimbitnya dari telinga. 
“Yana, jangan nak jerit-jerit macam ni boleh tak.  Boleh pekak telinga abang kalau dengar Yana jerit-jerit macam ni.  Tunggu sekejap tak boleh ker.  Abang tengah cari diorang nih.”  Marah Ilham. 
“Adib….Baby…”  Ilham terus memanggil anak-anaknya.  Setelah memeriksa setiap bilik yang ada dia beralih ke dapur rumah apabila mendengar bunyi sudu jatuh.
“Good morning abah!!”  Adib dan Adalia ucap serentak.
“Hahh..”  Ilham menghela nafas lega apabila melihat anak-anaknya sedang bersarapan pagi.
“Adib breakfast apa nih?”  Ilham sekadar menyoal. 
“Coco crunch.  Abah bangun lambat ek.  Itulah abah.  Kan mummy pernah pesan, tak elok lepas solat Subuh tidur balik.”
Ilham tersengih.  Aduh anak.  Pandai sangat sekolahkan abah pagi-pagi begini.
“Yana, Adib dengan Baby tengah breakfast.”  Ilham memberitahu Aryana yang masih dalam talian.
“Abang tidur balik yer lepas Subuh tadi.”  Aryana menyoal.  Dia dengar suara halus bercakap dengan Ilham tadi.
“Abang penatlah.  Tertidur.  Bukan sengaja nak tidur balik.  Sudahlah.  Abang nak siap ni.  Babai.  Assalamualaikum.”  Ilham cepat-cepat memutuskan panggilan sebelum Aryana sempat bersyarah 1500 perkataan dek kerana dia tertidur selepas solat Subuh tadi.
“Errmm..Adib makan dulu.  Abah pergi siap sekejap.”
“Okey.  Tapi abah jangan lambat tau.”  Adib berpesan.
“Yes bos!!!” 



“Hai Yana?”  Ilham memberi lambaian sambil tersengih-sengih sebaik keluar dari kereta. Macam tahu-tahu sahaja dia akan tiba, Aryana sudah siap-siap buka pintu pagar untuknya. 
Aryana buat muka jelik.  “Adib lambat?”  Soalnya serius.  Sengih kerang busuk Ilham itu buat dia rasa nak termuntah. 
Ilham terus tersengih.  “Yana kena faham, jalan dari kondo abang nak ke sekolah Adib tu selalu jammed kalau hari bekerja.”  Bijak dia mengarang alasan.
Kening Aryana terangkat sebelah.  “Pukul berapa Adib sampai sekolah tadi?”  Dia masih lagi serius. 
Ilham berdehem beberapa kali untuk membetulkan kotak suara.  “Pukul 8.”  Jawabnya jujur. 
“Pukul….”
Belum sempat Aryana menghabiskan kata-katanya Ilham terlebih pantas memotong.  “Tapi Yana tak payah risau, abang dah cakap dengan Cikgu Adib yang  perkara ni takkan berulang lagi dan abang pastikan lain kali sebelum pintu pagar sekolah tutup Adib akan sampai tepat pada waktunya.”  Sambung Ilham. 
Aryana merengus geram.  “Okeyyyy….”  Katanya sepatah.  Pintu keretanya dibuka.
“Eh Yana nak pergi ke mana nih?”  Ilham cepat-cepat bertanya. 
Aryana tidak jadi masuk ke dalam kereta.  Dia memandang Ilham.  “Yana nak pergi cari kerja lagi.”  Jawabnya selamba.
“Cari kerja?  Habis Baby macam mana?”  Telunjuk Ilham terarah pada Adalia yang kembali menyambung tidur di dalam kereta. 
Aryana panjangkan tengkuk bagi melihat keadaan Adalia.  Kemudian dia senyum sinis pada Ilham.  “Abang hantarlah ke rumah mama.  Apa masalahnya.”  Balas Aryana bersahaja. 
“Masalahnya abang dah lambat.  Takkanlah lepas hantar Adib, abang nak patah balik ke rumah mama.  Jalan nak pergi ke rumah mama tu lagilah teruk jam.  Abang ada meeting penting pagi nih.  Yana ajerlah hantar.”  Kata Ilham. 
“Ehh…Dah kenapa pulak.  Abang yang pandai-pandai ambil diorang rumah mama semalam kan, so abanglah hantar.”  Aryana tidak mahu mengalah.
“Sebab tu la abang tak suka Yana kerja.  Ini baru keluar cari kerja ajer tau dah abaikan anak-anak.” Tempelak Ilham geram. 
“Abang ni dah kenapa.  Salah ker Yana keluar cari kerja.  Apa hak abang nak halang-halang Yana nih.”  Aryana bagi sedas. 
Ilham mengetap bibir.  “Apa hak abang Yana cakap?  Eh Yana, Yana tahu tak Yana tu isteri..” Ilham terhenti.  Dia baru teringat yang….
Aryana senyum mengejek lagi.  “Correction abang.  Bekas isteri ajer yer.  Jadi jangan nak berlagak macam abang tu suami Yana lagi.  Abang tu ajer yang tak pandai nak manage masa.  Kalau dah tahu jalan nak ke rumah mama tu selalu jammed siapa suruh keluar lambat.”  Hambur Aryana senafas. 
Ilham buat muka boring.  “Yerlah…Yerlah…Bekas…Bekas…Tapi boleh tak kali ni Yana timbang rasa sikit dengan abang.  Tolonglah Yana.”  Ujarnya seakan merayu pada bekas isterinya itu.
Nope.  Yana dah lambat.  Baik abah kalihkan kereta abang nih.  Yana nak keluar.” 
Ilham hanya membatukan diri.  Kecik besar kecik besar tengok Aryana yang berlagak tu.
“Cepat tunggu apa lagi.”  Suara Aryana naik. 
“Yes ma’am…Yes ma’am…Yes ma’am.”  Ilham menggetus geram.  Gear ditolak ke huruf R.  Sebaik dia memberi laluan kepada Aryana, bukan main Aryana menekan minyak kereta dan terus pergi dari sini.
“Abah kita pergi rumah tok mama ker?”
Ilham memandang ke tempat duduk belakang.  “Baby, kita pergi office abah dulu.  Abah ada meeting awal pagi nih.  Nanti tengahari abah hantar pergi rumah tok mama okey.”  Katanya lembut. 
“Pergi office abah, bestnya. Nak…Nak…”  Adalia bersorak gembira.
Ilham hanya senyum terpaksa.  Tak apa Yana.  Tak apa.  Hari ni hari kau.  Esok lusa tulat aku akan pastikan hari aku!

Datuk Maarof yang baru tiba di pejabat agak terkejut dengan kehadiran seorang kanak-kanak di dalam bilik Hamidah.  “Ya Allah, anak saper ni Midah.” Soalnya.  Kasihan sangat tengok budak ni.  Mengerekot tidur di atas sofa. 
Mendengar soalan dari Datuk Maarof itu membuatkan tidak semena-mena Hamidah ketawa berdekah.  “Eh..Datuk nih.  Cucu Datuklah.  Siapa lagi.”  Ujar Hamidah dengan ketawa masih rancak. 
“Hahh…Cucu saya.”  Datuk Maarof bertambah terkejut.  Badan Adalia yang berpaling ditepi ditarik perlahan.  “Ya Allah Baby.  Cucu Atok.  Buat apa Baby dekat sini.”  Ujar Datuk Maarof. 
“Encik Ilham punya hal. Dia ada meeting awal pagi ni.  Tak sempat nak hantar Baby ke rumah Datuk tadi.  Tu yang dia bawa datang ke mari.”  Hamidah memberitahu hal sebenar kepada Datuk Maarof. 
“Ilham….Ilham…Midah awak pergi telefon Harun.  Mintak Harun hantarkan Adalia ke rumah saya.  Ni dari gaya ni tak mandi lagilah.  Dengan baju tidurnya.  Air liur basi meleleh-leleh.”  Datuk Maarof memberi arahan.  Tidak sampai hati tengok cucu kesayangannya ini comot-comot dan tidur kesejukan di dalam pejabatnya. 
Hamidah mengangguk.  “Okey Datuk.”  Katanya terus mendail nombor telefon Harun. 


Sebaik mesyuarat selesai Ilham terus menelefon Harun apabila melihat ada lima panggilan tidak berjawab daripada Harun yang diterimanya semasa mesyuarat tadi. 
“Hello bos.” 
“Hah Run.  Apa hal kau telefon aku tadi?  Aku baru habis meeting nih.”  Ilham terus menyoal.
“Owhh….  Tak ada apa-apa bos.  Saya cuma nak bagi tahu, tadi saya hantar Baby pergi rumah tok mama dia.”  Jelas Harun.
“Owhh…Terima kasih ya Harun.  Aku kelam kabut la tadi.  Tak sempat nak singgah hantar anak aku ke rumah mama.  Yana pulak langsung tak boleh nak mintak tolong dah sekarang nih.”  Ilham mengomel.  Mujur mesyuarat bermula lewat setengah jam.  Sempatlah dia sampai sebelum mesyuarat bermula. 
Harun mengekek ketawa mendengar omelan Ilham.  Dari gaya Ilham ni, memang belum bersedia nak menjadi bapa tunggal.  Nasib baik anak dua orang ajer dan nasib baik Aryana yang jaga kedua-duanya.  Ilham…Ilham…  Baru satu hari belajar mengurus persekolahan anak pun fail!!   “Tak apa bos.  Kecik punya hal ajer bos.”  Jawab Harun tidak kisah.
“Eh…Run kau buat apa.  Jom makan tengahari dengan aku.  Aku belanja.”  Ilham mempelawa Harun sebagai tanda terima kasih kerana Harun sudah meringankan sedikit kerjanya hari ini. 
“Eh…Tak boleh bos.  Saya nak balik rumah saya pulak ni.  Nak bawak isteri saya pergi ke klinik.”  Bersungguh-sungguh Harun menolak.
Mulut Ilham terngaga.  “Eh..Kak Leha berisi ker Run.  Hebat kau nih.”  Tuturnya nakal.  Jika benar telahannya itu maka memang tidak syak lagi Harunlah yang paling gagah perkasa.  
Harun berdekah ketawa.  “Eh..Tak la bos. Dah tutup kilang.  Semalam kaki dia terseliuh masa dekat pasar malam.  Semalam okey jer ni baru kejap tadi dia telefon saya cakap kaki yang terseliuh tu dah bengkak.  Tu yang nak bawak ke klinik tu.”  Jelas Harun hal sebenar.  “Lagipun bos, siapa tak sayang bini kan bos…”  Sambungnya lagi agak meleret.
Ilham mencebek.  “Kau ni kan Run sempat lagi kan perli-perli aku.  Sama ajerlah dengan Datuk.”  Dia menggetus. 
Harun terus ketawa berdekah di hujung talian.  “Gurau senda bawa bahagia bos.”  Balasnya bersahaja. 
“Sudahlah kau.  Kalau kau taknak makan dengan aku, aku ajak Shuib.  Assalamualaikum.”  Ilham terus mematikan taliannya dengan Harun.  Sebaik itu, dia terus mendail nombor telefon Shuib. 
“Shuib, jom makan!”


“Yana ni pun, takkanlah tak boleh nak bertolak ansur dengan Ilham.  Kasihan abah tengok Baby tadi.  Dengan tak mandinya.  Rambut kusut masai.”  Datuk Maarof menegur lembut sewaktu Aryana datang ke rumahnya untuk mengambil Adib dan Adalia untuk dibawa pulang.
“Saja ajer abah.  Yana nak tengok abang tu boleh uruskan budak-budak tu ker tidak.”  Jawab Aryana tenang.
“Yana, macam Yana tak kenal Ilham tu macam mana.”  Balas Datuk Maarof.  Entah bilalah kemelut Aryana dan Ilham akan berakhir.  Dia faham jodoh mereka sampai di sini sahaja, tetapi takkan untuk menjadi sahabat pun sudah tidak boleh.  Ini pun untuk kebaikan anak-anak mereka juga.  Bila fikir pasal Aryana dan Ilham memang akan buat dia sakit kepala.
Aryana hanya membatukan diri. 
“Macam mana hari ni.  Dapat ker tidak kerja yang Yana mintak.”  Datuk Maarof mengalih topik.
Aryana mengeluh perlahan.  “Tak dapat.  Semua nak yang muda-muda ajer.  Dia orang tak tahu ker walaupun Yana ni tak berapa nak muda lagi, tapi pengalaman yang Yana ada ni lebih berharga tau abah.”  Dia mengomel. 
“Macam ni la Yana.  Sudah-sudahlah sibuk nak mencari kerja.  Dari Yana ke hulu ke hilir mencari kerja lebih baik Yana jaga anak-anak Yana sendiri.  Yana cakap dengan abah, berapa sebulan Yana nak duit belanja untuk Yana, abah bank in setiap bulan asalkan jangan biar cucu abah tak terurus macam hari ini.”  Datuk Maarof memberi jalan agar Aryana tidak perlu susah-susah lagi nak fikir untuk mencari kerja. 
“Ehh…Abah nih…”  Aryana tersipu malu.  Ini sudah kali kedua abah memberi tawaran lebih kurang sama macam ni.  Aryana tidak mahu membebankan abah.  Buatlah tiba-tiba Ilham berkahwin dengan perempuan lain, takkanlah dia nak jugak harap abah hulur duit pada dia tiap-tiap bulan.  Tak boleh…Tak boleh….
Datuk Maarof memandang ke dalam mata redup menantunya itu.  “Abah serius nih.  Abah tak sanggup tengok menantu abah susah payah ke hulu ke hilir mencari kerja.  Suruh kerja dengan abah tak mahu.”  Ujar Datuk Maarof. 
“Haah Yana.  Cakap ajer dengan abah kamu ni.  Yana nak berapa untuk belanja hidup Yana.”  Sampuk Datin Rokiah pula. 
“Maa…”  Keluh Aryana.
“Yana…Kalau Yana hormatkan abah, sayangkan abah macam abah kandung Yana tolong dengar cakap abah.” 
Aryana mengetap bibir.  Terasa cair dengan pujukan abah.  Kenapalah Ilham tak macam abah….
“Okey macam ni abah, Yana janji esok kalau Yana masih lagi tak dapat jugak kerja Yana akan ikut cakap abah.  Yana akan jadi suri rumah dan jaga anak-anak Yana.  Tapi Yana takkan mintak duit abah sebab Yana tahu Abang Am tetap akan bagi duit belanja untuk Yana jugak.”  Ujar Yana selepas puas berfikir untuk menyusun ayat agar mertuanya itu tidak terasa hati dengan penolakkan untuk kali kedua ini.
“Tengok tu!  Nak jugak tawar menawar.”  Datin Rokiah Kamsan mula membebel.
“Abah…Mama…Please….”  Aryana pantas memotong.  Dia buat muka simpati agar abah dan mama boleh faham keadaan dia sekarang ini. 
Setelah berfikir dalam sepuluh minit akhirnya Datuk Maarof mengangguk setuju.  “Okey.  Abah pegang kata-kata Yana.  Esok cubaan terakhir.”  Ujarnya.
Aryana hanya senyum dalam terpaksa.  Semoga esok dia akan berjaya!

Semoga terhibur!!!

Salam sayang,
Eila

Wednesday, September 17, 2014

Yes Ma'am : Part 2 : Bab 3

Bab 3


“Adib dengan Baby mana ni Surti.” Aryana bertanya sebaik sahaja dia keluar dari perut kereta. Matanya melilau mengitari sekitar kawasan rumah mencari kelibat anak-anaknya. Biasa kalau dengar sahaja enjin kereta dia memasuki kawasan rumah banglo ini pasti anak-anaknya menderu keluar mendapatkannya.

“Owhh….Tadi Tuan Ilham mampir ke mari mbak. Katanya malam ini anak-anak tidur di rumah dia aja.” Ujar Surti.

Mata Aryana membuntang apabila mendengar kata-kata Surti itu. “Tidur rumah dia? Esok kan Adib sekolah. Siapa yang pandai-pandai bagi kebenaran ni. Tuan kamu tu tak tahu ker turn dia dengan anak-anak hujung minggu sahaja.” Sedas Aryana. Selepas berpisah, anak-anak memang tinggal dengan dia dan hanya akan bersama bapa mereka setiap hujung minggu sahaja. Ini bukanlah atas sebab keputusan mahkamah, tapi atas dasar ‘faham-faham sendiri’ antara dia dan Ilham. Baik Aryana mahupun Ilham masing-masing tidak mahu membawa hak penjagaan anak-anak ke dalam mahkamah. Yang terputus kasih cuma dia dan Ilham sahaja dan bukan anak-anaknya.

Surti menggaru kepala yang tidak gatal. Terkebil-kebil dia memandang ke arah wajah Aryana yang tegang. “Mana lagi saya tahu mbak. Datin sendiri sudah diijinin. Saya itu mbak hanya menurut perintah.” Balasnya serba salah.

Aryana berdecit. “Sorrylah Surti. Tak sengaja naik suara tadi. Saya bengang sangat dengan tuan kamu ni. Suka-suka hati ajer ambil anak-anak tak bagi tahu saya dulu. Sekurang-kurangnya smslah tak adalah saya bengang sangat.” Omel Aryana sambil memeluk tubuh.

“Maafin saya mbak…” Ujar Surti lagi.

“Tak apalah. Bukan salah kamu pun. Sudahlah saya nak baliklah kalau macam ni.” Kata Aryana.

“Ehh…Nanti dulu mbak.” Surti sempat menahan Aryana dari masuk ke dalam kereta semula. “Datin suruh mbak Yana masuk ke dalam dahulu. Katanya mau ngobrol sama mbak Yana.” Kata Surti menyampaikan pesanan Datin Rokiah Kamsan kepadanya tadi.

“Ngobrol? Nak ngobrol apanya. Saya dah penat nih. Kalau nak ngobrol sangat suruh Datin Skype ajer dengan saya. Kalau tak pun, Whassap ajer.” Balas Aryana.

“Mana lagi saya tahu mbak. Cepatin mbak, Datin lagi nunggu mbak di dalam. Kalau mbak Yana pamit duluan saya bisa dimarahin sama Datin. Kasihani saya mbak. Kalau Datin sudah marahin saya bisa-bisa saja saya terpaksa pulang untuk lebaran nanti dengan kapal tongkang mbak. Saya enggak mahu naik tongkang mbak. Saya mahu naik Garuda. Kalau enggak bisa naik Garuda naik MAS pun okey mbak.” Surti merayu.

Aryana ketawa mendengar rayuan Surti yang panjang berjela. Dari stress penat mencari kerja dan bengangkan Ilham terus rasa ceria balik mendengar jenaka Surti.

“Waduh…Waduh….Kamu ini kalau sudah acting bagus sekali. Over tau. Sepatutnya kamu bukan jadi bibik dekat sini tapi jadi pemeran senetron. Acting sama namanya Baim Wong!” Balas Aryana.

Surti tersengih-sengih. “Rejekinya sudah di sini mbak.” Balasnya. “Ayuh mbak…” Dia terus menggesa.

“Yerlah…Jom!” Balas Aryana terus berjalan sama-sama Surti untuk masuk ke dalam rumah.





Kaki Aryana terus menuju ke ruangan dapur apabila hidungnya dapat menangkap bau yang enak. Kelihatan Datin Rokiah Kamsan sedang memasak sesuatu. Dari bau yang dihidu, mesti ibu mertuanya itu sedang menggoreng cucur udang.

“Masak apa tu mama?” Aryana sekadar menyoal sebaik bersalaman dengan ibu mertuanya itu.

“Cucur udang. Abah kamu telefon mama dari pejabat tadi katanya nak teringin nak makan cucur udang.” Jawab Datin Rokiah Kamsan.



“Langkah kananlah Yana hari ni dapat merasa cucur udang buatan mama.” Kata Aryana sambil mengekek ketawa. Cucur udang di dalam tapis yang sudah siap bergoreng diambil sebiji dan terus dibawa masuk ke dalam mulut.

“Macam mana hari ini? Dapat?” Datin Rokiah Kamsan menyoal sama ada Aryana berjaya atau tidak mendapat kerja setelah seminggu lebih mencari pekerjaan.

Aryana berdecit. Dia berlalu ke peti ais untuk mengambil air sejuk. Jus oren Marigold dituang ke dalam gelas. “Dapat penat adalah mama.” Aryana menjawab lemah sebelum meneguk jus oren.

“Gatal. Tu lah… Dah elok-elok duduk rumah jaga anak nak jugak kerja.” Sedas Datin Rokiah Kamsan.

Aryana menarik muka. Bila ada peluang memang ibu mertuanya ini akan bagi ayat pedas-pedas punya. “Maaa…kenapa mama izinkan abang ambil budak-budak tu ma?” Soal Aryana cuba mengalih topik.

Datin Rokiah Kamsan berpaling mengadap Aryana yang duduk di kerusi tinggi berhadapan dengan kaunter dapur. “Laa.. Yana nih. Tu bukan anak-anak dia jugak ker. Takkanlah mama nak halang. Lagipun memang Adib dengan Baby yang nak ikut balik tidur rumah abah mereka.” Selar Datin Rokiah Kamsan.

Aryana terkebil-kebil. Betullah tu. Apa hak dia nak halang-halang seorang Ilham dari berjumpa dengan anak-anaknya.

“Tolong mama bawa air kopi dengan cawan ke depan. Sekejap lagi abah kamu balik.” Datin Rokiah Kamsan mengarah.

Aryana hanya mengikut arahan. Cawan dan piring jenama Vantage dikeluarkan dari dalam kabinet dan disusun di atas dulang. Dia kemudian mengekori langkah ibu mertuanya menuju ke sofa. Dia melabuhkan punggung bersebelahan dengan wanita itu. Sementara menanti abah balik, dia dan mama sama-sama menonton televisyen.

“Yana bukan nak halang mama. Tapi esok kan Adib sekolah. Tu esok tu berkedut-kedutlah baju sekolah Adib tu. Abang Am bukan pandai gosok baju.” Omelan Aryana bernada lembut. Ilham tu anak Datin Rokiah Kamsan. Sedikit sebanyak pasti Datin Rokiah Kamsan akan membela anaknya juga. Aryana kena bijak berkomunikasi kalau mahu terus mendapat sokongan dari mertuanya itu.

“Tu Yana tak payah risau. Mama dah suruh Surti gosokkan baju Adib tu. Beg sekolah Adib pun mama dah tolong kemaskan.” Ujarnya Datin Rokiah Kamsan.

“Okey……..” Akhirnya sepatah perkataan itu sahaja yang keluar dari mulut Aryana menandakan perbualan mengenai Ilham sudah tamat.

“Assalamualaikum”

Sapaan Datuk Maarof di muka pintu membuatkan Aryana dan Datin Rokiah Kamsan sama-sama berpaling. “Walaikummusalam.” Mereka menjawab serentak.

Aryana menghampiri bapa mertuanya itu untuk bersalaman. Dia tersenyum kecil apabila melihat bagaimana mesranya ibu mertuanya menyambut suami pulang dari kerja. Mama bersalaman sambil mencium tangan abah, lalu abah terus mengucup lembut dahi mama. Abah dan mama bukan lagi muda dan sudah berkahwin berpuluh-puluh tahun tapi romantic mereka macam pasangan yang baru berbulan madu. Romantik ya amat!

“Lama dah ker sampai Yana?” Datuk Maarof menyoal.

“Tak adalah lama sangat. Kira baru jugaklah abah.” Jawab Aryana.

Datuk Maarof mengangguk-angguk kepala. “Hah…Ada awak buatkan cucur udang yang saya minta tu.” Soalan Datuk Maarof beralih kepada isterinya pula.

“Ada. Dah siap dah pun. Jomlah kita makan sama-sama sementara masih panas.” Ujar Datin Rokiah.

“Tu la yang buat abang sayangkan awak tau Datin Rokiah Kamsan. Pandai menjaga perut saya.” Datuk Maarof mencuit hidung.

“Yerlah tu Datuk Maarof ooii… Awak ni memang pandai memuji kan.” Balas Datin Rokiah Kamsan pula.

Aryana tersenyum kelat melihat abah dan mama saling bergurau. Terpalit rasa sayu. Masa dia menjadi isteri Ilham dahulu segala-gala apa yang Ilham ingin makan dia cuba sediakan. Aryana yang tidak pernah-pernah masak masakan Mexico pun terpaksa Google bagaimana menyediakan hidangan Paela yang berasal dari benua Amerika Latin itu hanya kerana Ilham mengidam nak makan nasi Paela gara-gara menonton rancangan masakan di Channel AFC. Last-last apa yang dia dapat?

“Yana!”

Aryana tersentak apabila bahunya ditepuk perlahan.

“Hah..Apa dia ma?”

“Mengalamun pulak budak ni. Jom. Makan. Yana tunggu apa lagi dekat sini.” Aryana ketawa kecil. Agak-agak berapa lama dia mengalamun tadi. Ilham ni walaupun tidak ada depan mata pun bayang-bayangnya selalu sahaja datang menghantui. Berhantu sangat!





“Macam mana? Dapat kerja?” Datuk Maarof memulakan perbualan agar suasana minum petang hari ini tidak dingin.

Aryana mengeluh. Dia menjongket bahu. “Entahlah abah. Susah sangat nak cari kerja sekarang nih.” Tutur Aryana lemah.

Datuk Maarof senyum sahaja.

“Yana nak abah tolong dapatkan kerja dekat mana-mana syarikat kawan abah ker?” Ujarnya menawarkan pertolongan agar mudah sedikit Aryana mendapat kerja yang diinginkan.

Aryana ketawa kecil. “Rekemen Yana dekat syarikat kawan-kawan abah? Ishh… Tak mahulah abah. Yana tak mahulah guna kedudukan abah untuk kepentingan Yana.” Aryana menolak secara baik.

“Kalau susah-susah sangat marilah kerja dengan abah balik. PA Ilham baru berhenti. Kosong dekat tempat tu.” Datuk Maarof memberi tawaran yang seterusnya pula.

Dahi Aryana automatik berkerut seribu. “Suri berhenti, kenapa abah?” Soalnya ingin tahu. Agak lama benar dia tidak menghubungi Suri. Dengan keadaan diri yang menimbun-nimbun dengan masalah, Aryana hampir terlupa kewujudan Suri. Hari ni apabila Datuk Maarof memberitahu Suri sudah berhenti kerja baru dia teringatkan gadis itu. Adakah kerana Ilham sudah mengetahui yang selama ini Suri adalah pengintipnya membuatkan gadis itu dipecat. Atau Suri telah mendapat peluang kerja di tempat lain, atau Suri sudah pergi menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana di luar negara seperti impiannya dahulu? Bertalu-talu soalan berkaitan dengan Suri keluar dari otaknya.

“Entah. Berhenti mengejut.” Jawab Datuk Maarof bersahaja.

Aryana diam berfikir. Apa kena dengan Suri ini. Kutlah Suri ada masalah lain kenapa tidak menghubungi dia. Errmm… Hati Aryana melonjak-lonjak ingin tahu apa yang terjadi pada Suri sehingga perlu berhenti kerja secara mengejut.

“Macam mana? Nak ker tidak kerja dengan abah. Jadi PA Ilham. Teruk sangat Am tu abah tengok bila PA dia berhenti kerja.” Datuk Maarof menyoal lagi.

“Kerja dengan abah sebagai PA Ilham balik? Memang taklah abah.” Tutur Aryana diselang seli dengan ketawa lucu. Memang lawak tak berapa nak lawaklah cadangan abah yang menawarkan perkerjaan sebagai PA Ilham. Desperado tahap gaban pun, tak ingin dia kerja dengan Ilham.

“Yana…Yana….Yana dengan Ilham ni kan 2x5 ajer tau.” Keluh Datuk Maarof. Takkanlah mudah sangat kasih sayang dan cinta antara mereka hilang dalam tempoh masa sesingkat ini.

Aryana senyum payau apabila melihat wajah kecewa abah. “Abah jangan risau. Yana yakin, esok-esok adalah rezeki Yana nak dapat kerja. Yana pun bukannya jenis memelih kerja sangat. Asal halal okey dah.” Tuturnya seakan memujuk.

Datuk Maarof dan Datin Rokiah Kamsan hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala sahaja.

“Okeylah mama, abah. Yana nak balik dululah.” Aryana minta izin untuk pulang. Badannya sudah melekit-lekit. Sebelum azan Maghrib berkumandang eloklah dia minta diri dahulu.

“Taknak makan malam dulu ker?” Datin Rokiah Kamsan bertanya ketika Aryana bersalaman dengannya.

“Tak apalah ma. Dah kenyang makan cucur udang mama ni. Yana balik dulu ya.” Tutur Aryana. “Balik dulu abah.” Dia bersalaman dengan bapa mertuanya pula.

“Hati-hati bawa kereta tu.” Sempat Datin Rokiah Kamsan berpesan sebelum Aryana masuk ke dalam perut kereta. Aryana hanya balas dengan senyum sahaja.

“Ishh…Dua-dua pun dalam kepala ada batu. Tak boleh nak bawak berbincang langsung.” Ngomel Datin Rokiah Kamsan sebaik bayang kereta Aryana hilang dari kawasan rumah.











Pesanan Penaja: Terima kasih sudi baca.  Terima kasih untuk komen juga.  Part 1 memang N3 setakat itu sahaja.  :)

Monday, September 15, 2014

URUSAN HATI BAB 6

Bab 6


Syazlin lihat penampilan diri di cermin. Dia bersiap ala kadar sahaja. Cukup dengan seluar track suit dan T-Shirt lengan panjang. Kedua-dua hujung tudung bawal di pin di kiri kanan bahu. Selepas berpuas hati dengan penampilan diri, dia pergi ke bilik mama. Pintu bilik mama dibuka. Dia lihat mama sedang terbaring di atas katil. Dia dah mula suspek mama akan buat hal lagi. Macam kebiasaaannya. Mama dah ready dah masuk mood pelakon wanita terbaik.

“Mama, ni yang Lin malas ni. Setiap kali nak pergi rumah Babah jer mama sakit kepala lah, sakit lutut la, macam-macam sakit yang datang. Kalau tak elok ajer.” Gumam Syazlin di muka pintu bilik. Tak perlulah nak dengar dialog-dialog lakonan mama. Dia dah boleh agak apa yang mama nak cakap. Setiap kali menerima jemputan ke rumah Babah mama akan automatik sakit sana, sakit sini.

Che Ros mengetap bibir. Dia bangun dari baring dan terus duduk mengadap Syazlin yang sudah pun mengambil tempat di sisi katil. “Syazlin ni macam tahu-tahu ajer kan.” Kata Che Ros seraya menanggalkan koyok yang ditampal pada kiri kanan dahi. Helahnya tidak menjadi.

Automatik Syazlin ketawa kecil. “Please la mama. Dah lebih sepuluh tahun kut mama buat perangai macam ni.”

Che Ros senyum hambar.

“Kali ni kalau mama tak mahu pergi rumah Babah sekali dengan Lin, Lin pun malas nak pergi juga.” Kata Syazlin, bijak mengugut.

Che Ros mengeluh perlahan. Kepala Syazlin diusap lembut. “Lin pergi ajerlah. Lin pun dah lama tak jumpa Babah kan. Babah dah rindukan Lin sangat tu.” Dia memujuk. Anak daranya itu selalu sahaja menjauhkan diri dari bekas suaminya. Che Ros tak pernah mengajar anak-anak membenci ayah mereka.

Syazlin berdecit. Dia pandang wajah mama yang seperti berharap agar dia pergi memenuhi jemputan Babah malam ini. Dia memang lemah kalau mama buat muka sedih macam ni depan dia. “Nanti Syazlin bawakkan sambal jawa yang mama dah siapkan tu yer. Babah Lin suka sangat makan sambal jawa. Dah lama mama tak masakkan untuk dia.” Pesan Che Ros.

Dengan berat hati Syazlin paksa diri untuk pergi walaupun hakikatnya dia cukup malas nak bertemu dengan Babah. Sejak Babah dan mama bercerai, dia telah spesifikkan masa menemui Babah hanyalah pada pagi hari raya sahaja. Hari-hari lain dia memang malas melainkan kalau mama yang mendesak.

Syazlin bersalaman dengan mama sebelum keluar rumah. Tupperware berisi sambal goring Jawa untuk babah dibawa bersama.



“Assalamualaikum.” Syazlin memberi salam sebaik tiba di rumah Babah. Rumah Babah terletak tidak jauh dari rumah mama. Masih lagi dalam kawasan yang sama, cuma berlainan taman perumahan sahaja. Kalau naik kereta, dalam lima minit sudah sampai.

“Waalaikummusalam. Ibu, Kak Lin dah sampai ni.” Fasha menyambut kedatangan kakaknya itu dengan gembira.

Che Yam yang sedang menyiapkan hidangan makan malam di dapur bergegas mendapatkan Syazlin yang baru tiba. “Lin, lamanya ibu tak jumpa dengan Lin.” Ujar Che Ros seraya terus memeluk Syazlin.

Seperti biasa Syazlin tidak tunjuk sebarang riaksi dengan keramahan dan kemesraan Che Yam kepada dirinya. Biarlah bertahun-tahun Che Yam cuba membahasakan dirinya sebagai ‘ibu’ dengannya tetapi dia tak boleh nak sebut perkataan itu. Dia memang bermasalah betul dengan Che Yam. Pada Syazlin sebab Che Yam la mama dan Babah berpisah. Che Yam bukan setakat dah rampas suami mama, tetapi juga kasih sayang Babah pada anak-anak. Lepas ajer Babah ceraikan mama, babah terus kahwin dengan Che Yam.

“Mama bagi.” Syazlin cuba bermanis muka. Dia hulur Tupperware berisi lauk sambal jawa yang dimasak oleh Mama. Ini satu lagi hal. Syazlin tak faham mama ni manusia jenis apa. Sejak dulu mama macam tak kisah pun dengan Che Yam. Bila Syazlin cuba berkata buruk tentang Che Yam, mama akan cepat-cepat menasihatinya.

“Tak baik berkata buruk tentang Che Yam. Che Yam isteri Babah. Ibu Lin juga.” Itulah nasihat mama yang acap kali didengari bila Syazlin.

Dah banyak kali mama suruh dia menganggap Che Yam seperti ibu kandung sendiri tapi hatinya memang langsung tak boleh nak terima. Ibu kandung dia cuma mama seorang.

Che Yam bukak penutup Tupperware. Dia hidu bau aroma sambal jawa tersebut. “Sedap baunya. Babah Syazlin paling suka sambal jawa masakan mama Lin.” Tutur Che Yam. Tanpa perlu rasa pun dia dah tahu sambal jawa buatan Rose Yatimah memang sedap. Dia sendiri masih lagi tidak dapat memasak sambal jawa sesedap yang Rose Yatimah masak.

Syazlin senyum kelat. “Ada apa-apa yang nak Lin tolong ker.” Syazlin sekadar menyoal. Cuba tunjuk baik. Sebelum pergi tadi mama dah pesan, jangan nak buat perangai biadap depan Che Yam. Dari Syazlin kecil sampai dah besar macam ni pun mama tak putus-putus menasihati dan berpesan agar jangan sesekali bersikap kurang ajar dengan ibu tirinya itu. Syazlin fikirkan pasal mama sajer kalau tidak dari dulu lagi dia memang sekolahkan Che Yam sebab dah rampas Babah dari mama.

Che Yam hanya tersenyum sambil menggeleng perlahan. “Tak ada apa pun. Semua ibu dah siapkan. Lepas ajer Babah dengan yang lain balik dari masjid kita makan. Lin pergilah duduk-duduk dekat depan dulu.” Ujar Che Yam lembut.

Syazlin jungkit bahu. “Okey.” Ujar Syazlin sepatah sebelum berlalu ke raung tamu rumah menyertai Fasha yang sedang menonton drama korea di chanel 393.

“Kak Lin, layan tak cerita ni?” Soal Fasha merujuk kepada drama The Heirs yang sedang dimainkan di kaca tv.

“Bolehlah. Tapi tak lah layan sangat. Akak tak suka cerita-cerita melankolik macam ni. Mengantuk.” Jawab Syazlin.

“Fasha kalau tengok ajer oppa Lee Min Ho ni langsung tak mengantuk.” Tutur Fasha sambil mengekek ketawa.

Syazlin malas nak layan Fasha. Budak ni nak dekat PMR boleh pulak nak beroppa-oppa depan tv. Babah tak pulak tegur. Masa dia dulu, kalau ada peperiksaan besar, jangan harap dapat nak tengok tv. Memang diharamkan terus. Ada kala dia rasa Babah tak adil dalam mendidik anak-anak. Syazlin dan Abang Syah teruk kena tekan kalau malas belajar, tapi dengan anak-anak Babah dengan Che Yam ni, tak ada pula guna kekerasan.

“Kak Lin, bila nak pergi Korea lagi. Fasha nak ikut?”

“Fasha kan tengah belajar lagi. Ada duit ker nak pergi ke Korea tu?” Syazlin menyoal dengan nada yang sarcastik.

Fasha tersengih. “Babah dah janji kalau result PMR Fasha bagus Babah nak bawa Fasha pergi bercuti ke Korea. Boleh jumpa Abang Syah.” Ujar Fasha teruja dengan janji yang telah dilafazkan oleh Babah itu.

Syazlin mengetap bibir. Walaupun perbezaan umur sepuluh tahun dengan Fasha, tapi itu tak menghalang dia untuk rasa cemburu dengan adiknya itu. Masa zaman dia dulu, sebagus mana pun keputusan peperiksaan Babah tak pernah bagi apa-apa ganjaran. Sikit pun tak ada.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikummusalam.” Syazlin dan Fasha jawab serentak.

Syazlin sekadar menjeling Fasha yang tergedik-gedik berlari mendapatkan Babah yang baru pulang dari masjid. Syazlin memang selalu cemburukan Fasha. Kadang-kadang dia teringin jadi macam Fasha. Boleh bermanja dengan Babah. Tapi dia tak berkemampuan nak dapat semua tu.

Syazlin bangun dari duduk dan mendapatkan Babah yang baru masuk ke dalam rumah. Matanya terpana pada jejaka yang berdiri di antara Babah dan Fadhil. Afzan? Hatinya menjerit. Dia betul-betul terkejut.

“Syazlin.”

Syazlin tersentak apabila Babah menyapanya. “Hah… Babah...” Syazlin terkulat-kulat. Dia yang baru perasan huluran tangan Babah segera bersalaman.

Syazlin lihat Afzan kelihatan tenang. Tidak pula tunjuk gaya terkejut beruk seperti dia. Mungkin Fasha sudah memperkenalkannya kepada Afzan melalui gambar-gambarnya yang ada di dalam simpanan adik tirinya itu. Kecilnya dunia. Dari jiran, sekarang dah jadi sedara pula.

“Kak Lin ini la abang baru kita orang. Abang Afzan.” Fasha memperkenalkan Afzan pada Syazlin.

“Syazlin.” Syazlin perkenalkan diri, berpura-pura tidak mengenali Afzan.

Afzan mengangguk sambil memberi segaris senyuman.

“Lin, Afzan ni anak ibu dengan bekas suami ibu dulu.” Tanpa di minta Che Yam memberitahu. Che Yam pandang tunak ke wajah Afzan. Anak lelaki yang telah lama tidak ditemuinya. Perlahan air mata Che Yam mengalir. Wajah Afzan dielus penuh kasih. Selepas bercerai dengan bekas suaminya dahulu, Afzan telah memilih untuk tinggal bersama bapanya di kota London. Tidak seperti bekas suami yang ingin menetap di sana, Afzan telah memilih untuk kembali pulang ke Malaysia selepas menerima tawaran kerja di salah sebuah firma arkitek di sini. Kata Afzan, tempat orang mana nak sama dengan tempat sendiri.

“Bila boleh makan yer. Lin kena balik awal la. Mama sorang dekat rumah.” Syazlin bersuara sambil buat muka boring. Rasanya semalam sewaktu Afzan datang ke sini pasti sudah ada episod Jejak Kasih. Tak perlulah nak buat part two pula. Dia datang untuk makan. Bukan untuk jadi penonton episod Jejak Kasih part two antara Che Yam dengan anak kandungnya itu.

Syazlin senyum kelat bila melihat mata Babah yang merenung tajam ke arahnya.

Che Yam baru tersedar dia terlebih emosi tadi. Air mata yang mengalir diseka dengan belakang telapak tangan. Kepalanya mengangguk. “Boleh-boleh. Semua dah siap. Jomlah kita makan.” Che Yam menjemput semuanya ke meja makan.

Syazlin menuju ke meja makan, mendahului yang lain. Gerun tengok renungan tajam Babah. Ni buatnya Babah mengadu pada mama ni, masaklah dia kena cuci dengan mama nanti. Salah ker apa yang dia cakap tadi? Ayat tu tak salah. Nada dan riak muka yang tak kena dengan keadaan tu yang salah Nurul Syazlin binti Rahman!







Selamat membaca dan semoga terhibur.  Kepada yang sudi jatuhkan komen, terima kasih banyak2.  :)

Yes Ma'am : Part 2 : Bab 2

Bab 2


Ilham pandang bingkai gambar di atas meja. Walaupun sudah tidak ada apa-apa ikatan dengan Aryana, gambar Aryana masih lagi berada di atas meja. Seperti biasa, gambar bekas isteri dan anak-anaknya selalu menjadi inspirasinya ketika bekerja. Perlahan keluhan dilepaskan. Lepas satu-satu masalah yang datang. Sebaik sahaja selesai kes penceraiannya di mahkamah selesai, Suri pula berhenti kerja. Sudahnya, baik di rumah mahu pun di pejabat kelam kabut hidup menguruskan diri dan kerja.

Ilham tersentak apabila pintu pejabatnya ditolak kuat dari luar. Sebaik terpacul wajah Hamidah dari balik pintu, dia terus mengeluh perlahan.

“Ya Kak Midah.” Dia menjawab lemah.

“Encik Ilham, ni buat apa lagi dekat sini. Encik Ilham tahu tak Encik Ilham ada meeting dengan Datuk sekarang ni. Datuk dah bising tu….” Hamidah membebel.

Automatik Ilham yang lemah menjadi cergas semula. “Ya ker? Kenapa Kak Midah tak ingatkan saya.” Tuturnya sedikit gelabah. Tie yang longgar dikemaskan. Kot pada penyangkut dicapai dan terus dipakai.

“Encik Ilham ni kan lepas lunch tadi Kak Midah dah ingatkan Encik Ilham. Encik Ilham cepatlah Encik Ilham. ” Hamidah terus mendesak. Dia juga tidak tentu arah apabila melihat mood Datuk Maarof yang tidak berapa nak okey tadi.

“Ya Kak Midah. Saya tengah mencari fail untuk mesyuarat ni. Kat mana pulak la saya letak.” Balas Ilham sambil tangan mencari-cari file mesyuarat di dalam tray ‘masuk’.

“Ya Allah Encik Ilham ni dah kenapa? Yang ini bukan fail mesyuarat ker.” Balas Hamidah terus telunjuknya terarah pada fail mesyuarat yang terletak betul-betul dihadapan mata Ilham.

“Kak Midah ni kenapa tak bagi tahu saya ini fail mesyuarat.” Ilham merengus. Fail mesyuarat itu segera diambil.

“Cepatlah Encik Ilham. Tak kuasalah Kak Midah nak dengar Datuk bising-bising. Kak Midah ni dah tua. Kalau hari-hari pressure macam ni Kak Midah yang sihat walafiat ni boleh kena penyakit darah tinggi tau. Nanti tak pasal-pasal kena ambil VSS pulak.” Hamidah sambung membebel. Haih… Sejak Encik Ilham bercerai dengan Aryana bukan Encik Ilham sahaja yang tak tentu arah. Dengan dia pun tak tentu arah sekali. Entah apa hal time-time ni pulak Suri berhenti kerja. Tak pasal-pasal dia kena jadi PA kepada dua orang bos balik.

Ilham buat tidak tahu. Tanpa mempedulikan Hamidah yang masih lagi belum berhenti membebel, dia terus keluar dari pejabatnya dan segera menuju ke bilik mesyuarat.





“Am, masuk bilik abah. Ada benda yang abah nak cakapkan nih…” Arah Datuk Maarof sebelum keluar dari bilik mesyuarat sebaik mesyuarat selesai. Arahan Datuk Maarof kedengaran tegas itu membuatkan ahli-ahli mesyuarat yang masih tinggal di dalam ruang ini saling berpandangan sesama sendiri. Ada ketika pandangan mereka jatuh kepada Ilham yang terkemut-kemut menelan air liur.

“Family discussion.” Beritahu Ilham tanpa diminta. Staff-staff lain yang mendengar kata-kata spontan Ilham itu sekadar senyum sumbing dan mengangguk.

Walaupun sedikit gusar Ilham cuba berlagak selamba di hadapan staff-staff yang lain. Tanpa berlengah dia terus menuju ke pejabat abah.

“Kenapa abah?” Ilham menyoal pura-pura tidak tahu sebaik sahaja memasuki ruang pejabat Datuk Maarof. Tangan menarik kerusi keluar. Dia duduk betul-betul bertentangan dengan abah. Pandangan mata abah yang mencerun itu macam menikam ke dalam anak matanya. Ilham bawa pandangan ke tempat lain sambil jari mengetuk-ngetuk meja.

“Kenapa kamu tanya? Am, apa nak jadi dengan kamu nih. Abah tengok dua tiga menjak ni asyik hilang fokus ajer. Kerja cincai. Macam mesyuarat tadi, kamu boleh mengelamun panjang. Ilham, jangan sampai sebab sikap kamu yang macam ni abah hilang projek ya Ilham.” Hambur Datuk Maarof sekali lafaz.

“Abah ni tanya macam tak faham. Abah tahu kan Am sedang mengalami masa-masa sukar sekarang nih.” Ilham cuba meraih simpati.

“Banyaklah kamu punya masa-masa sukar.” Suara Datuk Maarof naik lagi. “Kesukaran tu datang sebab kamu yang cari. Bukan mama kamu ajer yang geram dengan kamu tau Ilham, abah ni pun kecik besar kecik besar tengok perangai kamu nih. Aryana tu sebaik-baik isteri senang-senang kamu lafazkan talak.” Datuk Maarof mengungkit.

Ilham berdecit. “Kenapa ya abah dengan mama selalu ajer menangkan Yana? Berapa kali Am nak cakap, Am tak salah. Yana provoke Am sampai Am terlepas cakap. Am pun taknak lah abah jadi macam nih.” Luah Ilham kesal dengan sikap orang tuanya yang melebih-lebihkan Aryana. Abah dan mama langsung tidak berpihak kepadanya. Amani pun sama. Semua orang menyalahkan dia. Yang nampak okey sikit pun cuma Mak Ngah ajer. Itu pun Mak Ngah tak boleh nak tolong apa pun. Tolong bagi nasihat ajerlah yang mampu.

“Habis tu kenapa masa dalam tempoh idah kamu taknak rujuk. Kenapa tetap nak juga teruskan penceraian.” Selar Datuk Maarof.

“Bukan Am taknak abah, tapi Yana. Yana tu yang dah taknak dekat Am. Takkan Am nak melutut abah. Am pun kena jaga reputasi Am sebagai lelaki abah. Am pun ada maruah jugak abah. Dah orang taknak, takkan Am nak terhegeh-hegeh.” Balas Ilham.

“Sebab nak jaga reputasi sangatlah tu yang sampai jadi macam ni. Lintang pukang. Haru biru. Am tahu tak sebenarnya Am tu perlukan Yana. Ya Allah Am. Tengok ni. Dengan baju kedut. Serabai sana sini. Am tahu tak Am tu dah jatuhkan kredibilati Am sebagai CEO dekat sini tau. Kalau dah macam ni gayanya abah kena fikir seratus kali kut Am untuk serahkan syarikat abah ni pada Am.” Luah Datuk Maarof.

Dahi Ilham berkerut mendengar luahan abahnya. Dia lihat kemeja yang dipakai. “Eh…. Abah ni. Dah jauh sangat melencongnya ni. Apa kena mengena baju kedut dengan nak serahkan syarikat. Am tak sempat nak hantar dobilah abah. Ni pun dari ampaian terus pakai. Janganlah sebab baju berkedut satu hari abah dah ubah fikiran abah tu. Abah sendiri nampak kan macam mana seriusnya Am dengan kerja Am. Performance Am dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dekat sini pun bagus kan. Abah dengan ahli lembaga pengarah yang lain pun selalu puji kerja Am sebelum ni.” Tutur Ilham.

Biji mata Datuk Maarof membuntang apabila mendengar ada sahaja jawapan yang keluar dari mulut Ilham. “Itu sebelum ni. Yes. Memang performance Am mantap. Tapi look at yourself man. Prestasi menurun. Boleh lingkup tau tak syarikat abah ni kalau abah serahkan pada Am dalam keadaan diri Am yang macam ni.” Selar Datuk Maarof.

Ilham garu belakang telinga. Dia mengeluh perlahan. “Abah. Janganlah macam ni abah. Janji mesti ditepati. Abah, Am janji abah. Ini cuma sementara ajer. Nanti-nanti Am okeylah.” Balas Ilham dengan penuh semangat. Dia tidak mahu menjadi lelaki yang loser. Sudahlah kecundang dalam perkahwinan, kalau mengurus syarikat abah pun dia tidak mampu buat malu diri sahaja. Ilham tanam azam. Tempoh berkabung sudah habis!

“Nanti…nanti…” Datuk Maarof mengajuk. “Nanti..nanti kamu tu bila? Sudahlah Am. Pergilah pujuk Aryana balik. Am masih ada peluang untuk berkahwin balik dengan Aryana.” Datuk Maarof cuba memujuk.

Semangat yang tadinya berkobar-kobar terhakis sedikit demi sedikit apabila mendengar kata-kata abah yang langsung tidak memberi motivasi dalam konteks kerja untuk dia. Balik-balik soal Aryana juga yang diungkit. Ilham mengeluh lemah lagi. “Jodoh kami setakat ni ajer abah…” Ilham seolah mengalah. Lelah mahu memujuk Aryana yang keras kepala dan langsung tak boleh nak dibawa berbincang. Marah Aryana berlarutan sampai sekarang tak pernah kurang.

Datuk Maarof akhirnya melepaskan keluhan lemah juga sama seperti Ilham.

“Ni kamu tahu tak? Yana dah dekat seminggu keluar mencari kerja.” Beritahu Datuk Maarof tiba-tiba.

Ilham yang bersandar malas terus duduk tegak dengan badan rapat ke meja. “Cari kerja? Habis Baby?” Soalnya bertalu.

“Tinggal dengan mama.” Selamba Datuk Maarof menjawab. Dia sudah malas mahu melayan Ilham. Mata kembali mengadap skrin Macbook. Emel yang kebetulan baru masuk ke dalam inbox dibaca.

“Apa lagi yang Yana ni tak puas hati. Tak cukup ker duit belanja yang Am masuk bulan-bulan.” Ilham menggetus geram. Inilah benda yang paling dia tak berkenan dengan Aryana. Ada sahaja idea mencari jalan untuk bagi dia bengang.

Datuk Maarof cuma tersenyum kecil melihat muka Ilham yang semakin berkerut. “Haih..marah nampak. Cemburu ker.” Dia bersuara sinis tanpa memandang Ilham.

Ilham mengerling ke arah Datuk Maarof yang sedang tersenyum-senyum memerli sambil berpura-pura membaca emel. “Apa abah nih…” Ujarnya meleret.

“Abah mula-mula pun tak setuju jugak, tapi bila fikir-fikir balik biarlah. Lagipun takkan dia nak duduk rumah meratap sebab kena tinggal dengan kamu. Lebih baik dia pergi cari kerja dekat luar tu. Untung-untung boleh jumpa lelaki yang lebih baik dari kamu.” Datuk Maarof sengaja membakar suasana.

“Fuhh…” Ilham merengus kuat. Menusuk kalbunya kata-kata abah ini.

Ilham yang sudah hangus terbakar terus bangkit dari duduk dan keluar. Dia perlukan ruang untuk menyejukan hatinya.







Terima kasih buat yang sudi jatuhkan komen :)

Friday, September 12, 2014

Yes Ma'am : Part 2 : Bab 1

Bab 1


Tiga bulan sudah berlalu. Hari ini Aryana bangun dari tidur dan menjadi Aryana yang baru. Dia sudah tidak mahu menangis lagi apatah lagi meratapi nasib diri. Aryana mahu jadi kuat dan cekal menempuh dugaan. Adib sudah pergi ke sekolah. Sejak tiga bulan lalu, Abang Harun yang menghantar dan mengambil Adib dari sekolah. Sejak diceraikan Aryana hidup macam zombie. Langsung tidak terurus kerana itulah mama menyuruh Abang Harun menghantar dan mengambil Adib dari sekolah sementara Aryana pulih seperti sediakala. Sejak berpisah dengan Ilham, memang mamalah yang selalu ambil peduli pasal Aryana.

“Yana, dah okey ker. Ya Allah syukur Alhamdulillah. Mama seronok sangat tengok Yana dah okey macam biasa.” Tutur Datin Rokiah Kamsan gembira apabila menyambut kedatangan Aryana pagi itu. Aryana nampak sudah pulih dari kesedihan.

“Mama, Yana datang ni sebab nak tumpang tinggalkan Baby dengan mama ya. Nanti mama cakap dekat Abang Harun, sementara Yana keluar ni, mintak Abang Harun hantar Adib ke sini yer.” Ucap Aryana seraya mengeluarkan beg Adalia dari dalam kereta.

Dahi Datin Rokiah Kamsan berkerut. “Yana nak pergi ke mana nih?” Soalnya pelik.

Aryana mengeluh perlahan. “Pergi mana lagi mama. Cari kerja la.” Katanya.

“Kerja??” Suara Datin Rokiah Kamsan naik sedikit kerana terkejut.

“Ya la mama. Takkan Yana nak duduk dekat rumah tunggu duit turun dari langit kut.” Balas Aryana.

“Am tak bagi nafkah pada Yana ker.” Datin Rokiah Kamsan mula bersuara tidak puas hati. Kalau benar Ilham sudah abaikan tanggungjawabnya tentang pemberian nafkah anak-anak dan jandanya ini memang nak kena sangat dah budak ni. Sudahlah senang-senang hati lafazkan talak, lepas tu abaikan pula tanggungjawab. Benar, sejak Ilham lafazkan talak pada Aryana dan langsung tak ada usaha bersungguh nak rujuk kembali, hatinya selalu bengang dengan Ilham. Buat senang. Hidup pun bukan main kembali enjoy. Bujang duda dengan bujang tak kahwin tu lain.

“Untuk anak-anak adalah dia masukkan duit dalam akaun Yana mama.” Jujur Aryana memberi tahu. Sejak kena tinggal Ilham tak pernah pun bekas suaminya itu lupa akan tanggungjawabnya. Setakat ni nafkah memang tak pernah terabai. Setiap bulan seperti biasa RM5000 automatik akan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Duit bayaran kereta juga siap-siap sudah dibayar. Insurans untuk Aryana dan anak-anak juga siap berbayar juga. Semua sama seperti semasa mereka suami isteri.

“Habis untuk Yana?”

“Sekalilah tu mama.”

“Habis tu yang sibuk-sibuk nak kerja kenapa. Jaga ajerlah anak-anak dekat rumah.”

“Sampai bila Yana nak harap duit abang mama. Yana ni bukan isteri dia lagi. Yana kena juga belajar untuk berdikari.” Jelas Aryana.

“Yana, mama dengan abah masih boleh tanggung Yana dengan anak-anak Yana kalau Am tak bagi duit belanja. Berapa Yana nak. Yana cakap. Mama tulis cek sekarang juga.” Selar Datin Rokiah Kamsan tidak bersetuju dengan tindakan Aryana yang mahu bekerja semula.

Aryana mengeluh lagi. Dia tahu, mama dengan abah takkan biar dia hidup terkontang kanting tanpa duit, tapi takkanlah dia nak menagih duit dari mereka setiap bulan. Lagipun dia dah berazam nak mulakan hidup baru dan langkah pertama yang harus dia ambil adalah dengan kembali bekerja. Aryana yakin dengan bekerja dia dapat lupakan kenangan pahit yang dia alami.

“Tak payahlah. Kalau betul mama nak tolong Yana, mama tolong jagakan Baby dengan Adib sementara Yana pergi kerja ya mama.” Kata Aryana. Beg Adalia dihulurkan kepada Datin Rokiah Kamsan.

“Yana…” Panggil Datin Rokiah Kamsan lembut mahu memujuk dengan harapan Aryana berubah fikiran.

“Mama, please… Yana dah lewat nih. Yana pergi dulu yer…” Aryana cepat-cepat masuk ke dalam kereta selepas bersalaman. Lagi lama dia di sini, nanti macam-macam ayat sedih yang mama akan keluarkan. Dalam kereta, air mata Aryana jatuh. Ya Allah, kuatkanlah semangatku. Doanya dalam hati.

Aryana masih gigih turun naik bangunan-bangunan tinggi ini semata-mata untuk mencari kerja. Setakat hari ini adalah tiga empat syarikat yang dia pergi untuk temuduga tetapi nasib masih belum lagi menyebelahinya. Betullah cakap orang zaman sekarang makin sukar untuk mendapatkan pekerjaan apatah lagi kena bersaing dengan calon-calon yang muda-muda.

Aryana pandang jam di pergelangan tangan yang sudah menunjukkan pukul 3.00 petang. Cepat sangat masa berlalu hari ini. Biasa kalau duduk di rumah tidaklah pula cepat begini. Kaki Aryana sudah penat. Rasanya cukuplah untuk hari ini. Esok dia akan mencuba dan terus mencuba lagi. Masakan langsung tiada kerja kosong kan. Malaysia masih aman. Berpusu-pusu orang luar bekerja dekat sini. Takkanlah dia yang tidak pernah terlepas mengundi setiap lima tahun sukar benar nak dapat kerja. Aryana cuba positifkan diri.

Sebelum pulang Aryana singgah ke dalam sebuah restoran yang kebetulan terletak sederet dengan syarikat terakhir tempat dia temuduga tadi untuk melepaskan lelah setelah penat berjalan ke sana ke mari mencari lubang-lubang kerja.

“Aucchhh!!” Aryana terjerit kecil apabila badannya terlanggar dengan seseorang di hadapan kedai. Mujur Aryana dapat mengimbangkan badan kalau tidak pasti jatuh tergolek. Bukan main keras badan makhluk Allah yang melanggarnya tadi.

“Cik, Saya minta maaf.”

“Encik ni dah kenapa, lain kali kalau nak jalan tu tengok la depan bukan tengok handphone. Tengok nih.” Balas Aryana sedikit kasar. Jari telunjuk terarah kepada file sijil yang sudah jatuh di lantai. Tanpa menghiraukan lelaki tersebut dan juga beberapa pasang mata yang memandang ke arahnya, Aryana terus mengutip file tersebut. Sijil-sijil yang terkeluar dimasukkan semula ke dalam file.

“I’m sorry.” Balas lelaki tersebut turut sama membantu Aryana.

“Sorry…sorry….” Gerutu Aryana sebaik selesai memasukkan dokumen yang bertaburan ke dalam file.

Lelaki itu sekadar mempamer senyum manis.

Aryana yang terpandang senyuman manis lelaki itu segera buat muka jelik. Kau apahal?!! Aryana geleng-geleng kepala terus masuk ke dalam restoran. Macam geli geleman pulak bila budak muda macam tu sengih-sengih gatal pada dia. Huhh!!

“Lan, apahal tu?” Tegur Mastura apabila Chef Razlan menghampiri ke kaunter.

“Saya terlanggar dia tadi kak.” Razlan sekadar menjawab.

“Amboi terlanggar macam cedera parah ajer gayanya cara dia marahkan Lan tadi.” Gerutu Mastura yang kurang senang dengan sikap berlagak pelanggan yang berlaga dengan Razlan tadi. Tidak tahukah perempuan itu yang Razlan bukan setakat chef sambilan di sini, tetapi restoran ini juga adalah miliknya dan kalaulah perempuan itu tahu salasilah keluarga Razlan ini, pasti menyesal sebab biadap dengan beliau.

Razlan yang sedang mengikat tali apron pada pinggang hanya tersenyum mendengar omelan Mastura. “Biarlah kak. Customer kita tu kan. Bagi sini buku menu. Saya ambilkan order dia. Karang lambat ambil order bising lagi dia karang.” Ujar Razlan bersahaja. Buku menu yang dihulurkan oleh Mastura disambut. Dia menghampiri wanita yang berlanggar dengannya tadi. Wanita itu nampak sibuk mengemas dokumen-dokumen ke dalam filenya semula agar teratur.

“Order Cik.” Tutur Razlan.

Tangan Aryana yang rancak mengemas dokumen-dokumen ke dalam file berhenti seketika. Dia pandang muka budak yang mengambil order. Laa… Waiter dekat sini rupanya. Jalan kelam kabut sampai aku yang kecik sikit dari gergasi ni pun habis dilanggar mesti sebab dah terlambat masuk kerja. Desis Aryana di dalam hati.

“Bagi nilah.” Aryana menjawab. Telunjuknya diletakkan pada gambar kek tiramisu yang nampak begitu menyelerakan.

“Minum Cik?”

Cik…Cik… Alahai…Hemah sangat tutur kata lelaki ini. Akak ‘Puan’ dik! PUAN! Getus Aryana di dalam hati. Bukanlah nak perasan tapi dia memang kurang berkenan cara budak lelaki ini memandang ke arahnya. Tambah-tambah lagi memandang dengan senyum gatal pulak tu. Dari tadi tau! Dari tadi!

“Hot chocolate dan tiramisu ajerlah.” Cepat Aryana menjawab terus memberikan semula buku menu itu kepada pelayan gatal itu.



Setelah selesai makan, Aryana mengangkat tangan, memberi isyarat kepada pelayan restoran yang duduk di kaunter bayaran agar membawakan bil. Hatinya senang kerana pelayan gatal tadi sudah tiada di hadapan. Mungkin basuh pinggan di belakang barangkali.

“Bil.” Pinta Aryana sebaik sahaja pelayan menghampirinya.

“Tak payah bayar kak. Ada orang belanja.” Ujar pelayan itu mesra.

“Orang belanja?” Aryana pelik. Matanya melilau-lilau mencari kelibat siapa-siapa yang dia kenal di dalam restoran ini. Tidak ada. Aryana musykil. Serta merta timbul persoalan di hati.

“Terima kasih kak. Kalau tak sedap bagi tahu kami, kalau sedap bagi tahu rakan-rakan. Datang lagi yer kak.”

Aryana tayang sengih melihat semangat adik pelayan ini mempromosikan cogan kata restoran ini. Kalau tak sedap beritahu kami, kalau sedap beritahu rakan-rakan. Aryana membaca dalam hati cogan kata yang terpampang besar pada dinding restoran. Dia ketawa kecil. Pasti dia akan kembali lagi kerana rasa tiramisu di sini sangat sedap. Cair dimulut. Bila makan terasa terbuai-buai.

Ketika berlalu di hadapan bayaran, kaki Aryana berhenti seketika. Macam tak sedap hati pula tiba-tiba ada yang belanja hari ini. Kalau kenal tidak mengapalah. Memang dipanjatkan doa agar orang itu murah rezeki. Kalau tak kenal? Akan doakan jugalah tapi motif sebenar belanja tiramisu dan hot chocolate ni nak juga dia tahu.

“Hai, saya nak tanya, siapa ya yang bayarkan meja nombor sepuluh tu tadi.” Aryana bertanya.

“Owhh…Chef restoran ni.” Mastura sekadar menjawab soalan pelanggan yang bertanya ini.

Dahi Aryana berkerut. “Chef?” Soalnya pelik.

“Yang berlanggar dengan Cik Kak tadilah.” Balas Mastura agak sinis.

Dahi Aryana berkerut lagi.

“Tuu…” Panjang bibir Mastura menjuih ke arah dapur yang mana separuh daripada dinding dapur itu adalah terdiri daripada cermin telus pandang.

Mata Aryana menyorot pada arah yang ditunjukkan. Memandangkan restoran ini berkonsepkan open kitchen maka pelanggan yang berkunjung ke sini boleh melihat bagaimana tukang masak di sini menyediakan makanan.

“Owhh….Yang tu Chef…Ingat waiter.” Ujar Aryana sambil ketawa kecil.

“Tu Chef Razlan. Restoran ni dialah punya.” Beritahu Mastura tanpa diminta.

Mulut Aryana sedikit melopong. Wahh….Serta merta persepsinya pada pelayan gatal tadi berubah. Kagum sangat!

Dari balik cermin kaca Aryana lihat Chef Razlan melambai ke arahnya. Aryana sekadar melambai kembali sambil mulutnya mengucap terima kasih tanpa suara. Semoga Allah murahkan rezeki Chef Razlan!


Semoga terhibur buat yang sudi singgah blog saya!!!

Thursday, September 11, 2014

URUSAN HATI BAB 5

Bab 5


Che Ros letak mug Milo panas atas meja kopi. Anak dara tunggalnya yang sedang membelek telefon dipandang. Syazlin kalau pulang ke kampung dia bukan mahu keluar berjalan-jalan. Memang ini sahaja aktiviti yang suka dilakukannya. Duduk terperap di rumah sambil bermanja-manja dengan mama.

“Kenapa ni mama, pandang-pandang Lin macam tu.” Syazlin menyoal selamba. Dia bangun dari baring. Mug Milo atas meja dicapai lalu dibawa ke bibir. Dia meniup perlahan Milo yang berasap panas sebelum dihirup. Air tangan manusia yang bergelar ibu ini ajaib. Air Milo buatan mama ni rasanya sedap ya amat. Kalah Milo buatan Saif Ali Khan!

“Babah Lin telefon mama tadi. Kenapalah masa lalu depan rumah dia semalam Lin tak singgah. Babah ada dekat luar tau tengok ajer kereta Lin laju ajer lalu depan rumah dia.” Kata Che Ros.

Syazlin buat muka. “Malaslah mama. Nanti-nantilah.” Tuturnya malas. Kembali baring dan bermain dengan telefon bimbitnya.

“Nanti-nanti tu bila Nurul Syazlin? Raya? Pergilah Lin. Tak baik buat Babah macam tu.” Che Ros memujuk lembut.

Syazlin mengeluh perlahan. “Maaaa….jangan paksa.” Balas Syazlin panjang tanpa memandang mama yang sedang memandang ke arahnya.

“Assalamualaikum….”

Automatik Syazlin bangun dari baring apabila mendengar orang memberi salam dari luar. Cepat-cepat dia mendaki tangga untuk menyorok di dalam bilik tidur.

“Mama, cakap Lin keluar.” Sempat dia berpesan pada mama sebelum menyembunyikan diri di dalam bilik.

Che Ros mengetap bibir. Macam-macamlah Syazlin nih!!

“Waalaikummusalam…” Che Ros jawab salam. Dia buka pintu rumah. Dia ukir senyum manis apabila melihat wajah Fasha. Seperti biasa Fasha bersalaman dengan Che Ros.

“Che Ros, ibu bagi.” Fasha hulur Tupperware berisi pengat pisang kepada Che Ros.

“Terima kasih.” Ujar Che Ros sebaik bekas Tupperware bertukar tangan.

“Che Ros, Kak Lin mana?” Fasha bertanya.

Che Ros tidak terus menjawab. Dia cuma tersenyum sambil telunjuk menunjuk ke atas, isyarat di mana Syazlin berada.

Fasha mengangguk-angguk faham. Dia segera menaiki tangga untuk ke tingkat atas.



Di dalam bilik Syazlin hanya menikuskan diri. Takut benar kalau Fasha menemuinya. Dia rapatkan cuping telinga pada pintu bilik. Keadaan sudah senyap sunyi. Sudah tidak ada lagi suara kecoh di bawah. Syazlin ukir senyum lebar. Dia hela nafas lega. Pintu bilik terus dibuka.

“Kak Lin!!!”

“Oh mak kau!!” Terkejut beruk Syazlin apabila disergah oleh Fasha. Habis berterabur mulut melatah. Dia urut dada. Matanya mengecil memandang Fasha yang sudah ketawa besar.

“Kak Lin…Rindunya dekat Kak Lin.” Ujar Fasha terus memeluk erat Kak Lin. Sikit pun dia tidak takut pada pandangan Kak Lin yang mencerun itu.

“Fasha nih!! Nasib baik Kak Syazlin taka da sakit lemah jantung tau. Kalau tak dah arwah dah Kak Syazlin.” Syazlin menggetus geram sewaktu meleraikan pelukan Fasha. Terasa rimas betul bila berpeluk-peluk begini. Dia bawa diri ke katil. Novel di tepi meja katil yang masih tinggal separuh untuk dihabiskan itu.

Fasha masih ketawa. Dia mengekori langkah Kak Lin ke katil.

“Fasha nak apa nih?” Syazlin sekadar bertanya apabila Fasha duduk menempel disebelahnya. Rimas okey. Rimas! Nak feeling-feeling dengan hero novel ni pun terganggu apabila ada Fasha di sebelah.

Fasha mencebik. Seperti biasa Kak Lin selalu sahaja bersikap dingin dengannya. Bila dengan Kak Lin, nak rasa kemesraan adik beradik tu payah sangat. Dia teringin nak ada kakak yang boleh berkongsi cerita sama-sama. Kak Lin ni nama ajer kakak satu ayah berlainan ibu tetapi taraf layanan kepada dia macam orang asing. Langsung tak ada semangat adik beradik.

“Nak jumpa Kak Lin lah. Kak Lin kalau bukan hari raya memang taklah kan nak pergi rumah Fasha.” Rungut Fasha.

Syazlin cuma jeling Fasha disebelah dengan ekor mata.

“Ibu kirim salam.” Ujar Fasha.

“Waalaikummusalam.” Syazlin menjawab malas.

“Fasha ada bawakkan pengat pisang untuk Kak Lin. Ibu masak. Babah kata Kak Lin suka makan pengat pisang.” Ujar Fasha.

Hati Syazlin terusik sedikit. Setiap kali balik ke rumah mama, Babah pasti akan menyuruh Fasha menghantar pengat pisang kegemarannya itu ke sini. Che Yam punya pengat pisang memang sedap. Kalau pasal Che Yam punya pengat pisang dia jarang nak jual mahal. Walaupun dia tak suka pada Che Yam, tetapi dia tak boleh paksa lidahnya ini untuk tidak suka pada pengat pisang Che Yam yang sedap itu juga.

“Fasha datang sorang ajer ker. Fadhil mana?” Syazlin mula buat-buat ramah, bertanya tentang Fadhil, kembar Fasha. Anggap sahaja sikap ramahnya ini sebagai tanda terima kasih kerana Fasha sudah bersusah payah datang ke mari semata-mata mahu menghantar pengat pisang untuknya.

“Fadhil keluar dengan abang baru kita orang.” Fasha memberitahu sambil kening terjongket-jongket.

“Abang baru? Bila masa pula Fasha dengan Fadhil ada abang. Setahu Kak Lin, korang tu menempel dengan Abang Shah ajer kan. Siapa tu?” Syazlin bertanya. Novel di tangan ditutup. Dia tidak pernah mendengar tentang nama itu.

“Anak ibu dengan suami lama ibu dulu. Dia baru sampai semalam.” Kata Fasha lagi.

“Owhh…Okey.” Syazlin mengangguk-angguk kepala. Selama ini dia tidak pernah tahu yang Che Yam ada anak dengan suami pertamanya dulu. Ingat Che Yam tu dulu janda berhias yang vogue da vass.

Syazlin sambung membaca novel yang terhenti. Fasha dibiarkan sahaja. Mahu tergolek ker, mahu terlentang ker di atas katil ini suka hatilah.

Fasha rasa penat nak menarik perhatian Kak Lin lagi. Kakak yang seorang ini memang jenis hati ais. Dia bangun dari baring. Boringlah dengan Kak Lin nih! Boleh pulak buat-buat tak tahu dia di sini.

“Kak Lin, malam esok jangan nak pergi ke mana-mana yer. Babah suruh Kak Lin datang rumah makan malam ramai-ramai.” Ujar Fasha sewaktu mahu keluar dari bilik Kak Lin.

“Tengoklah kalau rajin.” Syazlin menjawab malas tanpa memandang muka Fasha.

“Tak ada tengok-tengok. Datang tau. Nanti boleh berkenalan dengan abang baru Fasha.” Jerit Fasha yang dah menuruni anak tangga ke tingkat bawah.

“Abang baru Fasha?” Syazlin ketawa sendiri. Entah apa yang bagus sangat entah tentang abang tiri si Fasha tu pun dia tak tahu sampai beria-ia benar budak seorang itu mahu dia berkenalan dengan mamat itu.

Syazlin cepat-cepat turun ke bawah sebaik sahaja mendengar enjin skuter Fasha yang sudah sayup-sayup meninggalkan kawasan rumah. Anak tekak ni dah meronta-ronta nak makan pengat pisang Che Yam!





Tuesday, September 9, 2014

URUSAN HATI BAB 4

Bab 4


Syazlin pandang kiri. Couple. Syazlin pandang kanan. Couple lagi. Tengkuk berpaling ke belakang. Owh…Semua orang datang dengan pasangan hari ini. Dah macam 14 Februari pulak. Couple ada di merata-rata. Dia seorang sahaja yang tercongok seorang diri sementara menanti makanan yang dipesan tiba. Kalau bukan kerana lapar dan malas nak masak di rumah dia tak kuasa nak singgah menapau makanan di restoran ini.

Syazlin keluar Samsung tab dari dalam totebag. Dalam keadaan keseorangan begini dia perlu buat-buat sibuk. Bila buat-buat sibuk begini tak adalah nampak macam loser sangat. Dah la dia seorang sahaja yang ganjil dalam restoran ni. Dari tadi dia perasan ada beberapa pasang mata memandang ke arahnya.

“Boleh saya duduk?”

Syazlin yang sibuk melayan Facebook mengangkat kepala untuk memandang wajah yang menyapa. “Afzan.” Hatinya berkata. Gulp. Dia telan air liur sebelum mata mengitari seluruh kawasan restoran. Memang tiada tempat kosong.

Perlahan Syazlin mengangguk kepala sambil buat muka.

Afzan tidak peduli dengan muka kerek Syazlin itu. Dia terus menarik kerusi di hadapan Syazlin dan terus melabuhkan punggungnya di situ. Tangan mengetuk-ngetuk meja sementara menanti adik waiter datang mengambil pesanan.

Syazlin buat-buat sibuk. Tangannya menari-nari di atas skrin tab, tanpa mempedulikan kehadiran Afzan. Sampai sekarang dia masih bengang dengan jiran yang dah tak berapa nak baru itu. Macam tak boleh blah betul bila sehingga ke hari ini, Afzan langsung tak tahu nak minta maaf atas kesalahannya dahulu. Dah sebulan lebih berlalu!

Syazlin terus menyibukkan diri membalas komen-komen di dalam Facebook. Konon-konon buat tidak hairan pada pemandangan di hadapannya.

“Dik lambat lagi ker nasi goreng chicken chop akak dik. Lama dah tunggu ni.” Syazlin menyoal apabila adik waiter datang mahu mengambil pesanan dari Afzan.

“Lambat lagilah kak. Orang ramai ni.” Balas adik waiter.

Syazlin mengeluh lemah.

“Order bang?” Adik waiter bertanya sambil menyerahkan kad menu kepada pelanggan yang baru tiba itu.

Afzan membelek kad menu yang sudah hampir lunyai itu. Matanya turun naik atas bawah membaca senarai menu yang sudah hampir pudar warna tulisannnya.

“Bagi nasi goreng chicken chop jugaklah. Bungkus ya.” Ujarnya seraya menyerah kembali kad menu itu.

Syazlin sengaja memasang telinga. Dari butir bicara lelaki ini sewaktu memberi pesanan kepada adik waiter yang bertugas, lelaki ini juga mahu membungkus menu makanan yang sama seperti dia. Order sama menu tu mesti sebab nak cepat siap la tuh!

Syazlin masih menanti makanan yang dipesan siap. Sesekali dia curi-curi pandang pada lelaki itu. Sepertimana apa yang dia sedang lakukan, lelaki ini juga begitu. Buat-buat sibuk main game dalam telefon bimbitnya. Lelaki ini memang ada aura yang boleh buat mata Syazlin tak habis-habis nak mencuri pandang ke arahnya sahaja. Mungkin sebab hidung yang mancung tu kut. Serius. Hidung mamat ni macam perfect sangat. Perfect yang original, bukan dibuat-buat. Lagi satu, senyuman. Serius. Masa dia nampak mamat ni senyum pada adik waiter yang comel tadi, memang manis tahap kena kencing manis.

Time-time ni juga, kepala Syazlin mula berfikir benda-benda di luar kotak. Kalaulah lelaki ini lebih bersifat gentleman, pasti dia akan pertimbangkan idea Cikgu Borhan yang konon-konon mahu kenen-kenenkan dia dengan mamat ni. Owhh….Tidak. Idea Cikgu Borhan tak boleh diterima langsung. Dia bukan desperado nak cari suami sampai dengan jiran sebelah rumah pun jadi. Okey, paling tidak pun dia akan hulur salam perkenalan kepada jiran baharu. Itu lebih sesuai. Kan.

Wajah Syazlin rasa beku bila Afzan memberi segaris senyuman saat dia sedang lagut memerhati lelaki itu. Apa-apa pun konsepnya di sini reputasi kena jaga. Jangan sebab hanya segaris senyuman manis itu dia jadi berlembut hati dan boleh melupakan kesalahan lelaki itu. Minta maaf dulu, baru dia akan okey!

Syazlin balas senyuman Afzan itu dengan muka jengkel.

Afzan hanya tenang sahaja. Dia cuma ketawa kecil sambil menggeleng-geleng kepala. Macam-macam betul perangai jiran yang seorang ini.

Syazlin menjeling tajam apabila mendengar suara halus manusia di hadapannya ini sedang ketawa. Tanpa ambil peduli pada ketawa sinis itu, dia pandang sekilas pada jam dipergelangan tangan. Ya Allah. Lambatnya nak siap. Nasi goreng chicken chop jer kot. Akhirnya dia tutup tab dan dimasukkan kembali ke dalam tote bag. Sambil menongkat dagu dia perhati keadaan sekeliling. Bilalah dia ada peluang macam diorang ni. Dari dulu sampai sekarang, kalau masuk soal cinta, dia selalu tidak bernasib baik.

Syazlin tersentak apabila mendengar telefon bimbitnya menjerit. Ada Whatssap dari Farissa. Syazlin terus membuka aplikasi Whatssap untuk melihat apa yang dihantar oleh Farissa. Dahinya berkerut. Euwww…Spontan mulut mengeluarkan bunyi itu. Dah jadi trend orang-orang zaman sekarang kan, taka da silu langsung berkongsi gambar pregnancy test yang ada double line tu pada orang lain. Benda alah tu dah kena air kencing kot!

Meskipun Syazlin redha dengan pengakhiran kisah dia dan Faris, tapi kadang-kadang timbul rasa iri bila tengok bahagia yang sedang dikecapi oleh Farissa selepas berkahwin dengan Faris. Ah…Masa deorang tengah masyuk bercinta dulu pun dia terasa iri juga. Cuma dia ni jenis yang pandai cover jer agar tak jelas di muka.

Dengan rasa malas Syazlin taip perkataan TAHNIAH. Sepatah jer. Kemudian apabila dia mendengar lagi bunyi Whatssap masuk yang sudah tentunya dari Farissa lagi, dia sekadar buat tidak tahu. Nanti akan berjela-jela pula cerita Farissa tentang kehamilan pertamanya itu.

Sekali lagi Syazlin tersentak apabila telefon bimbitnya kembali menjerit. Panggilan dari mama. Syazlin bangun dari duduk. Dia pergi ke tempat yang tenang sedikit untuk menjawab panggilan mama itu. Keadaan di dalam restoran ini agak bising dengan suara-suara riuh pelanggan yang sedang menonton perlawanan Piala Malaysia pada skrin projector yang dipasang di luar restoran.

“Assalamualaikum mama.” Syazlin memberi salam.

“Waalaikummusalam. Lin dekat mana ni. Riuh jer.” Che Ros bertanya.

“Lin dekat kedai makan ni. Tapau.” Jawab Syazlin.

“Cuti-cuti pun tak masak Lin? Apa nak jadi ni Lin. Kasihanlah laki Lin nanti. Asyik kena makan kedai ajer. Dah bini tak reti nak masak.” Che Ros dah mula membebel di hujung talian.

Syazlin mengeluh. Che Ros kalau sudah dapat membebel memang cair tahi telinga. “Mama, Lin belum nak kahwin lagi mama. Nanti kalau Lin nak kahwin, Lin belajar la masak. Tak pun Lin cari suami yang pandai masak. Senang.” Dia menjawab.

“Ada jer nak menjawab kan Lin ni.” Getus Che Ros.

“Mama nak apa telefon Lin malam-malam ni.” Syazlin bertanya.

“Takkan mama nak telefon anak mama sendiri pun tak boleh?” Suara Che Ros bertukar sarcastic.

Syazlin ketawa kecil. Dia dengan mama memang begitu. Kalau sembang memang macam kawan-kawan. Mungkin kerana dia terlalu rapat dengan mama. Kawan sejati dia hanya mama seorang. Mama selalu ada untuk dia bila-bila masa. Syazlin tak mampu nak bayangkan macam manalah kehidupannya andai satu hari nanti mama tiada lagi.

“Mama mesti telefon Lin ni sebab nak tanya bila Lin nak balik kampung kan? Sorry ya mama. Dua tiga minggu ni Lin sibuk sangat ni. Insyaallah minggu depan kalau Lin dah tak sibuk Lin balik kampung ya.” Balas Syazlin yang sudah dapat meneka tujuan mama menelefonnya malam ini. Gelabah la mama bila anak gadis kesayangan mama dah sebulan lebih tak balik kampung. Biasanya paling lama pun, dua minggu sekali Syazlin akan pulang ke kampung untuk melawat mama.

“Anak mama ni buzy mengalahkan YB ajer.” Sindir Che Ros.

Syazlin mengekek ketawa. “Minggu depan yer mama. Lepas ajer habis kerja hari Jumaat tu Lin terus balik kampung. Mama jangan risau.” Ujar Syazlin yang turut sama merindui mama. Rindu nak tidur sekatil dengan mama sambil main garu-garu.

“Eloklah tu kalau Lin balik minggu depan. Fasha tu dah berapa kali datang sini duk tanyakan Lin. Lin, kalau Fasha tu mesej ker, email ker, telefon ker, jawablah. Janganlah biar senyap macam tu ajer. Fasha tu adik Lin tau. Jangan nak kekwat tak kena tempat.”

Syazlin mengetap bibir bila mama mula membangkitkan hal-hal yang pada dia tidak penting itu. Fasha memang tiada kepentingan dalam kehidupan Syazlin. Geram pula dengan Fasha. Berani betul budak sorang ni mengadu domba dengan mama kan.

“Insyaallah mama. Mama okeylah mama. Lin rasa makanan Lin dah siap tu. Nanti-nanti kita sambung lagi lah yer.” Syazlin mahu tamatkan perbualan sebelum mama membangkitkan hal-hal lain pula.

“YErlah. Jaga diri. Assalamualaikum.”

“Waalaikummusalam. I love you mama.”

Sebaik menamatkan panggilan dengan mama, Syazlin kembali semula ke mejanya semula. Afzan sudah tiada di situ. Meja itu juga sudah diduduki oleh pelanggan lain. Pasti nasi goreng chicken chop nya sudah siap. Fikir Syazlin.

Segera dia ke kaunter untuk mengambil nasi goreng chicken chop yang dipesan.

“Adik, nasi goreng chicken chop akak dah siap?” Syazlin bertanya.

“Nasi goreng chicken chop?” Adik waiter bertanya kembali.

Air muka Syazlin berubah bila adik waiter balas dengan soalan balik. “Yerlah. Kan akak order nasi goreng chicken chop tadi. Dah siap ker belum?” Balas Syazlin cuba control nada suara.

“Abang yang duduk dengan akak tadi cakap akak cancel. Nak balik cepat sebab sakit perut.” Ujar adik waiter dengan muka serba salah.

“Hahh…” Biji mata Syazlin membuntang.

“Habis tu nasi goreng chicken chop?” Syazlin bertanya lagi.

“Saya bagi pada abang tu. Dia pun order menu yang sama juga. Maaf kak. Saya tak tahu akak sebenarnya ada dekat sini lagi. Saya tertipu kak.”

Syazlin tarik nafas dalam-dalam. Tak sampai hati nak bising-bising pada adik waiter yang tengah buat muka kasihan di depannya ini.

“Tak apalah dik. Kali ni akak betul-betul cancel la nasi goreng chicken chop akak tu.” Tutur Syazlin dengan suara yang dibuat-buat ramah dan senyum sinis dibibir. Terkulat-kulat adik waiter memandangnya.

“Kurang asam punya lelaki. Dah lah bulan lepas mandikan aku dengan air lopak, hari ni merompak nasi goreng chicken chop aku pulak!” Getus Syazlin sewaktu memanjangkan langkah menuju ke 7-Eleven yang terletak selang tiga lot kedai dari restoran tadi.

Malam ini Syazlin cuma mengisi perut dengan Maggie Cup sahaja. Dua kali tau lelaki ini buat dia kempunan. Pertama kali dulu, kempunankan roti canai Saif Ali Khan. Hari ini, kempunan nak makan nasi goreng chicken chop. Huhhh…..

Monday, September 8, 2014

URUSAN HATI BAB 3

Bab 3


Semalam memang heaven gila. Mana tidaknya Syazlin puas apabila dapat qada tidur yang tidak cukup sepanjang minggu lepas. Tambah-tambah lagi semalam dari siang bawa ke malam hujan turun tidak berhenti-henti. Memang bergulung dalam selimutlah jawabnya. Dia cuma bangun untuk solat dan mengisi perut sahaja.

Untuk hari ini dia nak buat aktiviti lain selain dari tidur. Semalam dah buat kuak lentang atas katil, hari ini nak jogging sambil menghirup udara segar pula. Setelah siap berpakai sukan, Syazlin keluar dari pagar rumah. Sebelum mula berjoging disekitar taman perumahan ini, dia buat senaman regangan terlebih dahulu.

“Amboi Cik Lin, awalnya bangun pagi. Nak pergi berjoging ker?”

Syazlin kalih pandang pada suara yang menyapa. Dia lihat Cikgu Borhan yang sedang mencuci kereta tersengih-sengih memandangnya. “Haah Cikgu.” Jawabnya ramah. Mata Syazlin terpandangkan rumah yang dahulunya kosong sekarang seperti sudah berpenghuni. “Cikgu, ada jiran baru ek…” Dia menyoal sambil memanjangkan tengkuk mengintai rumah yang bersebelahan dengan rumah Cikgu Borhan itu.

“Haah. Minggu lepas baru pindah. Cik Lin kan tak ada minggu lepas. Nanti-nanti berkenalanlah.” Jawab Cikgu Borhan.

Syazlin ukir senyum. “Keluarga ek?” Dia sekadar menyoal.

Cikgu Borhan pantas menggeleng. “Taklah. Bujang.” Ujar Cikgu Borhan. “Lelaki bujang.” Sambung Cikgu Borhan lagi sambil sengih nakal.

Dahi Syazlin berkerut. “Apasal Cikgu ni tersengih-sengih tengok Lin macam tu.” Syazlin menyoal, kurang senang dengan sengih mengada Cikgu Borhan itu.

“Tak adalah.” Cikgu Borhan jawab dengan nada meleret. Dia datang menghampiri Syazlin di tepi pagar. “Nanti Cik Lin cuba-cubalah kenal-kenal dengan jiran baru kita ni. Yang ni confirm bujang. Saya dah interview dah hari tu.” Ujarnya sedikit berbisik. Sengih nakal masih menghiasi bibir.

Syazlin ketawa kecil. “Amboi Cikgu ni. Macam makcik-makcik dekat kampung jer nak kenen-kenenkan orang. Sejak bila pulak Cikgu bukak agensi cari jodoh ni. Dah pencen dari mengajar ker?” Sindir Syazlin.

Cikgu Borhan mencebik. Dia kembali menyambung kerjanya tadi. Berus sabut diambil dari dalam baldi. Tayar Toyata Wish disental kasar. “Tak adalah. Saya ni kasihankan dekat Cik Lin. Single sampai sekarang. Dulu saya nak cuba adjust diri Cik Lin tolak mentah-mentah. Kalau tak, dah bahagia dah hidup Cik Lin. Bukan setakat dapat saya, pakej sekali seorang kakak dan tiga anak tiri lagi.” Ujar Cikgu Borhan rendah tanpa mengangkat wajah. Dia fokus menyental tayar kereta.

“Kak Noraa!!!!!!!!!!!!!” Automatik mulut Syazlin memekik berteriakkan nama isteri Cikgu Borhan serentak dengan itu jugak Cikgu Borhan tegak berdiri sambil meletakkan telunjuk pada bibir, memberi isyarat agar Syazlin diam.

“Hah Lin. Apahal Lin seru-seru nama Kak Nora pagi-pagi nih.” Nora terus menyapa sebaik keluar dari rumah.

Syazlin ukir sengih sambil kepala menggeleng laju. “Tak ada apa-apa. Sajalah. Minggu lepas kan Lin sibuk kursus rindu la Lin dengan Kak Nora.” Tipunya. Memang dia dah faham sangat perangai suka mengusik Cikgu Borhan ini tapi kalau dah kerap sangat kena usik dengan modal yang sama sebegitu dia memang tak selesa. Siapa yang nak suami orang kan!

“Yerlah kau ni Lin.” Suara Nora meleret. Mata menjeling pada suaminya yang sedang kusyuk menyental tayar kereta.

Syazlin ketawa apabila melihat Cikgu Borhan terkemut mencuci tayar kereta. Tadi bukan main lagi dengan gaya miang keladinya nak mengorat anak dara, kini terkemut-kemut seperti kucing parsi apabila ada Kak Nora di sini. “Kak Nora Lin pergi dululah yer…” Syazlin minta diri.

“Errmm….” Nora sekadar menjawab. Matanya masih lagi mengerling ke arah suaminya. Perlahan dia mendekati suaminya itu.

“Abang menggatal dengan Lin tu tadi yer?” Dia meneka.

“Eh mana ada. Tak adalah.” Laju Cikgu Baharom menjawab.

Mata Nora terus mencerun memandang Borhan yang sudah terkebil-kebil. Betul la tuh!!!



Sewaktu jogging Syazlin terserempak dengan Auntie May dan Makcik Sariah yang sedang berbual di tepi pintu pagar rumah sementara menanti van ikan Uncle Lim tiba. Dengan mesra Syazlin menyapa mereka berdua. Memang itulah kebiasaan yang selalu dia lakukan, apabila dapat jogging atau bersiar-siar di sekitar taman perumahan ini, dia akan mengambil peluang untuk beramah mesra dengan jiran-jiran tetangga. Kalau boleh sesiapa yang dia jumpa, dia pasti akan bertegur sapa. Tidak kiralah, Makcik Hasnah ker, Uncle Lim ker, Auntie Kamala ker semua dia tegur sehinggakan dia digelar Duta 1 Malaysia di taman perumahan ni.

Lin memang dah lama tinggal di sini. Sejak Abang Syah berhijrah ke Korea kerana mendapat tawaran kerja di sana, dia la yang menjaga rumah Abang Syah. Abang Syah tak percaya nak bagi penyewa duduk. Jadi Abang Syah suruh Lin yang tolong jaga rumah ni. Duduk free. Siapa tidak mahu kan.

Selepas berborak sebentar dengan Auntie May dan Makcik Sariah, Syazlin sambung jogging. Lariannya terhenti apabila melihat tali kasut sukannya terlerai dari ikatan. Dia duduk menunduk di tepi divider jalan untuk mengetatkan kembali tali kasut yang terlerai. Sebelum bangun dia teguk air miniral yang dibawa bersama untuk membasahkan tekak yang sudah kering. Ketika mahu menutup kembali botol air miniral dengan penutup, serentak dengan itu air dari lopak yang berada tidak jauh di depannya terus naik menyimbah ke muka. Macam rasa kena pukul ombak kut. Kurang ajar punya pemandu CRV!

“Oiii…Buta ker?!! Bodohlah!!!” Syazlin menjerit apabila kereta jenis Nissan Murano itu sudah jauh meninggalkannya. Dia lihat keadaan diri sendiri yang basah disirami air dari lopak ini. Dah la warna air teh susu! Hajat nak terus ke kedai mamak di seberang jalan terbantut. Kempunan nak sarapan pagi roti canai istimewa yang disediakan oleh anei yang mirip Saif Ali Khan itu!



“Eh Lin, setahu Kak Nora yang hujan tu malam tadi. Dah kenapa pagi-pagi ni Lin boleh basah macam ni? Beria sangat ker Lin jogging tadi? Berapa round?” Tegur Nora sewaktu melihat Syazlin pulang dari jogging dengan keadaan basah.

Syazlin menghampiri Kak Nora yang sedang menjemur baju pada pagar rumah. “Entahlah Kak Nora. Tengah-tengah Lin berehat tepi divider jalan kat simpang sana tu ada pemandu giler mana entah yang main langgar jer lopak air tak pandang kiri kanan. Habis dah Lin.” Syazlin menggetus geram. Berkerut-kerut dahinya menahan marah.

Automatik ketawa Nora meletus apabila mendengar cerita Syazlin itu. “Lin, pun Lin. Dekat tepi lopak tu jugaklah yang Lin nak berehat dah kenapa? Dah tak pasal-pasal kena mandi dengan air lecah.” Kata Nora.

“Nak buat macam mana, dah dekat situ jugak tali kasut Lin dah nak tercabut.” Getus Syazlin. “Bengang betul. Kempunan tau hari ni nak sarapan roti canai Saif Ali Khan tu.” Sambungnya lagi.

Nora cuma ketawa sambil menggeleng perlahan melihat muka masam Syazlin. Dia kembali menyambung menjemur pakaian.

Syazlin mengerling dengan ekor mata melihat Kak Nora kembali menyambung kerja. Kak Nora seperti sudah hilang minat mahu melayannya. Kemarahan yang masih bersisa jadi tidak terluah. Dia terus memeluk tubuh dan membuang pandang ke tepi. Matanya tertancap pada Harrier yang sangat dikenali itu berada di dalam garaj jiran baru mereka.

“Kak Nora, tu kereta jiran baru kita ker.” Syazlin bertanya ingin tahu. Telunjuknya menuding ke arah Harrier yang diparkir di dalam garaj rumah sebelah.

Nora sekadar mengerling dengan ekor mata ke arah yang ditunjuk oleh Syazlin itu. Kemudian dia mengangguk. “Haahlah. Kenapa?” Soalnya acuh tak acuh. Tangan masih ligat menjemur pakaian yang masih ada di dalam bakul besar.

Tanpa berfikir panjang, Syazlin terus pergi ke rumah tuan punya Harrier. “Assalamualaikum.” Dia memberi salam.

“Eh Lin, kut yer pun tak sabar nak berkenalan dengan jiran baru kita ni, pergilah mandi dulu. Wangi-wangi.” Nora menegur.

“Kak Nora, kalau Lin mandi, wangi-wangi, hilanglah bukti. Lin tak sabar sangat nak tengok muka tuan punya Harrier biadap ni. Harrier ni la punca Lin jadi macam ni.” Ujar Syazlin.

Belum sempat Nora memberi nasihat agar Syazlin melupakan sahaja kejadian tadi, tuan punya Harrier terlebih dahulu menjawab salam.

“Waalaikummusalam.”

“Kak Nora panggil saya ker tadi?” Afzan menyoal ramah.

Nora terpinga-pinga. Syazlin masih berwajah ketat. Dari gaya renungan Syazlin ini, bila-bila masa sahaja gadis ini boleh menyerang tuan punya Harrier itu.

“Hah…” Nora mengangguk laju.

Mata Syazlin membulat apabila mulut Kak Nora kumat kamit memberi isyarat kepadanya untuk bersabar dan bawa bertenang.

“Kak Nora nak kenalkan, ni Lin. Tuan rumah nombor 5. Sebelah rumah Kak Nora.” Ujar Nora memperkenalkan Syazlin kepada jiran baru mereka.

Syazlin mengetap bibir apabila melihat lelaki ini sedang memerhatinya atas bawah. Matanya mengerling ke arah Kak Nora.

“Hai…Afzan. Ahmad Afzan.” Afzan memperkenalkan diri sambil tersenyum manis kepada gadis yang bernama Lin itu.

Syazlin terpana sejenak apabila melihat senyuman 5000megawatt itu. Namun dia cepat-cepat tersedar apabila Kak Nora menepuk bahunya. Dia lihat kening Kak Nora menari ronggeng.

Tanpa mempedulikan Kak Nora dan lelaki yang bernama Ahmad Afzan itu, Syazlin terus berpaling dan masuk ke dalam rumah.

“Mesranya.” Tutur Afzan sepatah dengan nada yang sarcastic sebaik jiran yang baru dikenalinya itu masuk ke dalam rumah.

Nora hanya ketawa kecil. “Zan la punya pasal.”

Dahi Afzan berkerut. “Apa kena mengena dengan saya pulak Kak Nora?” Dia menyoal kurang faham.

“Yerlah. Yang Zan bawa kereta memecut sampai langgar lopak air tadi tu kenapa. Kesian dia Zan. Pagi-pagi dah kena mandi dengan air lopak.” Cerita Nora dengan ketawa masih bersisa.

Afzan turut sama ketawa. “Laa….dia ker yang kena air lopak tadi. Serius Kak Nora, tadi tu memang Zan tak perasaan ada orang tengah duduk tepi lopak air tu. Dah jauh baru Zan nampak ada orang dekat situ. Itu pun lepas budak tu kejar kereta Zan. Zan terus la jalan.”

“Laa…Bertuah punya budak. Zan tahu lah yang Zan dah mandikan orang dengan air lopak tadi?” Nora bertanya.

Tanpa rasa bersalah, Afzan mengangguk laju.

Nora tak boleh tahan bila tengok muka selamba Afzan itu. Afzan pula hanya tersengih sahaja. Tidak lama kemudian mereka sama-sama ketawa serentak. Ketawakan Syazlin yang sudah pastinya sekarang ini sedang mandi di dalam bilik air!